Translate

Tuesday, June 26, 2012

Kerajaan Lulus Peruntukan RM11 Juta Untuk Projek Naik Taraf Tiga Jalan Di Keningau

Datuk Seri Shaziman Abu Mansor
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM11 juta untuk membolehkan projek naik taraf tiga jalan di Keningau, Sabah iaitu Jalan Mailo Sodomon, Jalan Biah Skim dan Jalan Linggaran Biah dimulakan segera.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata daripada jumlah itu RM2 juta diperuntukkan untuk Jalan Mailo Sodoman, Jalan Biah Skim (RM3 juta) dan Jalan Linggaran Biah (RM6 juta). Selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Keningau baru-baru ini, beliau meminta Shaziman supaya membaikpulih jalan-jalan tersebut kerana berada dalam keadaan teruk. Katanya projek menaik taraf Jalan Mailo Sodomon sepanjang 1.85 kilometer itu telah pun dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh sebulan.

"Manakala projek menaik taraf Jalan Biah Skim sepanjang 5.23 kilometer pula buat masa ini dalam proses penyediaan dokumen tender. Projek ini dijangka dapat dimulakan di tapak selewat-lewatnya pada bulan Ogos ini," katanya dalam kenyataan di sini.

-- BERNAMA