Translate

Thursday, June 21, 2012

Lynas boleh beroperasi

LYNAS MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP memutuskan projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, boleh dibenarkan beroperasi dengan kawal selia berterusan oleh agensi penguat kuasa.

Bagi tujuan itu, kerajaan dicadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan yang dianggotai agensi berkaitan dengan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) serta pakar bertauliah.
Ia antara 31 syor yang antara lain mengenai aspek keselamatan terhadap pendedahan sinaran, kesihatan awam, pengurusan residu, alam sekitar, memperkasa agensi penguat kuasa dan makluman kepada masyarakat secara berkesan.

Laporan itu menyatakan, bersandarkan dapatan dan fakta saintifik, takrifan undang-undang serta pandangan pakar, projek itu bukan aktiviti perlombongan, sebaliknya kilang pemprosesan kimia yang menghasilkan nadir bumi. Ia juga bukan loji nuklear dan potensi kemudaratan kepada kesihatan awam sangat terpencil. Rumusan dan syor berkenaan terkandung dalam laporan jawatankuasa yang dibentangkan pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi, di Dewan Rakyat, pagi semalam.

Ia diluluskan selepas dibahaskan lebih enam jam. Ketika perbahasan, berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang mempertahankan hujah masing-masing.

Syor lain ialah mengeluarkan lesen Kelas A (Mengilang Peringkat Pengendalian Sementara/TOL) supaya projek itu dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad, tetapi perlu mematuhi semua syarat lazim dan syarat tambahan dalam lesen itu. Selanjutnya di sini

BERITA BERKAITAN
-Malaysians rally against rare-earths plant
-Lynas says committed to operating safely
-Lynas confident on Malaysia investment
-Lynas plant good to go, minister tells critics