Translate

Thursday, June 21, 2012

Musa Yakin Sabah Terus Jadi Kubu Kuat BN Pada Pilihan Raya Umum 13

YAB DS Musa Aman bersama masyarakat dan pemimpin masyarakat dari Pantai Barat khasnya Kota Belud, Tuaran dan Ranau di Dewan Sri Sulaman Tuaran.

TUARAN, 21 Jun (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Sabah akan terus kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) berdasarkan sokongan padu rakyat serta kepercayaan terhadap keupayaan BN membawa pembangunan negara.

Beliau berkata rakyat kini menyedari bahawa pembangunan pesat di Sabah hanya datang daripada kerajaan BN.

"InsyaAllah Sabah akan terus jadi kubu kuat Barisan Nasional (pada pilihan raya akan datang). Rakyat Sabah kini semakin matang menilai dan kerajaan BN mempunyai rekod lampau yang amat baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri siri terakhir perjumpaan khas ketua masyarakat daerah Tuaran, Kota Belud dan Ranau di Dewan Seri Sulaman, di sini Khamis.


Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika ditanya mengenai aliran sokongan rakyat terhadap BN dalam siri perjumpaannya dengan ketua-ketua masyarakat di seluruh Sabah.

Ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah di Keningau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sabah masih simpanan tetap kepada BN dan mengajak rakyat supaya terus bersatu menyokong kerajaan yang memerintah hari ini serta mengelak sebarang bentuk perbalahan.

-- BERNAMA

BERITA BERKAITAN
-Musa upbeat on support for BN