Translate

Thursday, June 21, 2012

Najib: Kestabilan politik kunci utama kemewahan negara

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kepada komuniti perniagaan Cina, kekayaan dan kemewehan yang mereka miliki akan “hilang” kecuali jika negara mempunyai kestabilan politik.

Najib (gambar) dalam ucapannya hari ini turut menggesa ahli perniagaan Cina untuk “bekerjasama” dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan tersebut dikekalkan, dan mengambil iktibar daripada krisis ekonomi di Eropah, dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, termasuk insiden di Afrika Utara.
“Anda telah bekerja keras untuk mengumpul aset dan kemewahan di negara ini, namun ianya akan hilang jika kita tidak bekerjasama bagi memastikan kestabilan politik ini dapat dikekalkan,” katanya.

“Kestabilan politik adalah faktor utama kerana sebarang bentuk ketidakstabilan akan memberikan risiko kepada perniagaan yang akan meningkatkan kos, turun naik pelaburan langsung asing, dan pasaran saham akan merundum,” katanya lagi sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-66 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCIM).  BACA SELANJUTNYA DI SINI