Translate

Thursday, June 21, 2012

Pelan induk disediakan bagi menetapkan hala tuju PKS

Antara matlamat pelan induk kerajaan untuk sektor PKS adalah mengalakkan inovasi and penggunaan teknologi, menurut YAB DS Mohd Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR, 21 Jun — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan telah menetapkan hala tuju dan kemajuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini. Perdana Menteri berkata pelan itu akan memberi fokus mewujudkan satu ekosistem yang memboleh dipercepatkan pertumbuhan PKS melalui peningkatan produktiviti dan inovasi.

“Salah satu matlamat strategik di bawah pelan itu ialah untuk menggalakkan inovasi dan mengguna pakai teknologi oleh PKS,” katanya semasa menyampaikan ucaptama melancarkan SMIDEX 2012, Persidangan PKS Asean-India dan Minggu PKS 2012 di sini hari ini.

Najib berkata satu Majlis Pembangunan PKS di bawah Jabatan Perdana Menteri juga ditubuhkan bagi mengawasi usaha PKS kebangsaan. BACA SETERUSNYA DI SINI