Translate

Saturday, June 30, 2012

PIMPINAN NEGERI DAPAT KEPERCAYAAN, SOKONGAN NAJIB

KOTA KINABALU: Kepimpinan negeri Sabah mendapat kepercayaan dan sokongan padu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan tidak perlu dipertikaikan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

"Kita dalam kepimpinan Umno Sabah juga sependapat dengan Perdana Menteri," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perjumpaan Tertutup Lembaga Disiplin Umno Malaysia dengan pemimpin Umno Sabah di Bangunan Umno di sini kelmarin.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata, kerajaan negeri di bawah teraju pimpinan Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman mendapat kepercayaan daripada Perdana Menteri, malah terbukti keupayaan melaksana agenda pembangunan untuk rakyat.

"Yang penting adalah bagi semua ahli Umno bersatu padu memperkuatkan parti, untuk menghadapi pembangkang dan cabaran menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang," katanya.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata persoalan mengenai siapa yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon pilihan raya adalah perkara lumrah dalam politik, malah semua 25 bahagian di negeri ini sememangnya telah mengemukakan senarai calon masing-masing.

"Soal siapa dipilih sebagai calon, itu adalah hak mutlak Perdana Menteri untuk memutuskannya," katanya, sambil mengakui bahawa soal lobi melobi adalah perkara biasa apabila tiba musim demam pilihan raya

No comments: