Translate

Friday, June 29, 2012

Tuisyen percuma disediakan

Najib Tun Razak meneliti isi kandungan memorandum memartabat dan mentransformasi profesion pensyarah universiti yang diterima daripada Pengerusi Majlis Persatuan Akademik Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Idrus Mohd. Masirin (kanan) di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA 28 Jun - Kira-kira 10,000 calon peperiksaan utama di Selangor bakal menikmati tuisyen percuma menerusi program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Sebanyak RM2 juta diperuntukkan kerajaan daripada dana khas untuk melaksanakan program yang digerakkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) itu. Kumpulan yang terpilih mengikuti program tuisyen percuma di luar waktu sekolah itu terdiri daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelancaran program itu berlangsung selepas sesi sembang Perdana Menteri bersama profesor dan profesor madya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Sri Perdana. Najib dalam ucapannya memberi jaminan kerajaan akan terus memperjuangkan prinsip keadilan sosial dan mengiktiraf kecemerlangan menerusi prinsip meritokrasi dalam sistem pendidikan negara.

Katanya, adunan dua prinsip itu penting bagi memastikan kejayaan mobiliti sosial di negara ini terus dinikmati semua pihak. "Sekiranya sistem di negara ini tidak dapat memberi peluang yang adil kepada golongan tersebut, maka berlaku kepincangan masyarakat, kebanggaan yang ada selama ini ekoran berlakunya mobiliti sosial yang ketara," katanya.

Program dihadiri ahli Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) yang mewakili 30,000 golongan itu di seluruh negara. BACA SELANJUYNYA (klik di sini)

BERITA BERKAITAN (klik tajuk di bawah)
-Dasar Bahasa Kebangsaan terus dipertahan