Translate

Thursday, October 4, 2012

Bajet 2013: Tak pinggir golongan sederhana


Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat pada sesi #tanyanajib 2013 melalui Google+ Hangout dan laman web YouTube, malam tadi.

Nikmati pengurangan cukai, Program rumah Pertamaku: PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan meminggirkan golongan berpendapatan sederhana dalam pembentangan Bajet 2013.

Perdana Menteri berkata, mereka tidak diketepikan, sebaliknya menikmati manfaat termasuk pengurangan cukai individu sebanyak satu peratus dan manfaat menerusi Program Rumah Pertamaku.

“Kalaulah ada pihak yang melabelkan ini sebagai bajet pilihan raya, itu tidak benar kerana pada asasnya ini adalah bajet yang secara asasnya adalah bertanggungjawab. - Datuk Seri Najib Razak

“Kita juga memberikan kemudahan lain yang boleh menguntungkan mereka seperti Rumah Pertamaku... dan beberapa langkah lain. Jadi, golongan pertengahan sebenarnya tak diketepikan kerana kita berikan apa yang termampu,” katanya pada sesi secara langsung #TanyaNajib 2013 melalui Google+ Hangout dan laman web YouTube, malam tadi.


Individu terpilih

Lima individu terpilih untuk berinteraksi secara langsung dihoskan pengacara televisyen, Suhaimi Sulaiman bermula jam 9 malam yang turut membuka soalan kepada umum mener usi laman Twitter dan Facebook.

Sesi disertai Angelica dari Miri, Sarawak; Asyraf Adlan dari Bukit Jelutong, Shah Alam; Lee Yong Lik dari London, Michael Teoh Prai, Pulau Pinang dan P Prajesh dari Sungai Petani, Kedah.

Najib turut menjelaskan Bajet 2013 bukan bajet pilihan raya, sebaliknya disediakan secara kebetulan dan menjadi bajet terakhir kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Kalau kita labelkan sebagai bajet pilihan raya ia membawa konotasi seolah-olah kita ketepikan segala prinsip asas iaitu bajet yang berhemah, berimbang dan bertanggungjawab semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Bajet bertanggungjawab

“Kalaulah ada pihak yang melabelkan ini sebagai bajet pilihan raya, itu tidak benar kerana pada asasnya ini adalah bajet yang secara asasnya adalah bertanggungjawab.

“Ini disebabkan defisit semakin berkurang. Kalau defisit bertambah mungkin ada asas. Malah, saya melihat analisis ekonomi dari dalam dan luar tidak ada yang kata ia bajet yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ketika ditanya rasional rebat pembelian telefon pintar 3G, Najib menjelaskan langkah itu bagi mengiktiraf peranan penting golongan muda dan mengenal pasti cita rasa mereka.

BERITA HARIAN
2012/10/04 - 06:59:53 AM Oleh Shaarani Ismail dan S Anand Kumar Cetak Emel Kawan

No comments: