Translate

Thursday, October 25, 2012

Jimmy Wong Digantung Menghadiri Sidang DUN Sabah Kerana Enggan Patuhi Arahan Speaker

Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.
KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menggantung Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) daripada menghadiri persidangan dewan semalam kerana keengganan beliau mematuhi arahan Speaker.

Speaker DUN, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata sebagai Speaker, beliau berhak menggunakan kuasanya mengikut Perkara 52 Peraturan Tetap sidang DUN bagi menyingkirkan mana-mana ADUN yang melanggar Perkara 51 peraturan itu daripada menghadiri persidangan dewan.

"Penggantungan Wong adalah kerana beliau enggan dengar arahan Speaker kerana dalam peraturan mesyuarat, Speaker mempunyai kuasa tertentu dan sebagai Speaker persidangan kelmarin saya memberi ruang seluas-luasnya kepada Wong untuk melibatkan diri dalam perbahasan," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.


Salleh menyangkal laporan media berbahasa Cina hari ini bahawa Wong digantung daripada menghadiri persidangan kerana membangkitkan perkataan 'korupsi' yang dikatakan mempunyai unsur niat jahat ketika membahas Belanjawan negeri 2013.

Beliau berkata sebagai seorang ADUN, Wong sepatutnya menumpukan kepada perkara yang dibincangkan mengikut Perkara 43(1) Peraturan Tetap itu dan seseorang anggota tidak boleh mengeluarkan sebarang sangkaan jahat kepada mana-mana anggota lain di bawah Perkara 43 (6) peraturan sama.

-- BERNAMA

No comments: