Translate

Tuesday, October 23, 2012

PBS Sokong Belanjawan RM4.088 Bilion Sabah 2013

Datuk Johnny Mositun (BN-PBS)
KOTA KINABALU, 21 Okt (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) menyuarakan sokongan terhadap Belanjawan Negeri 2013 yang diumumkan oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Musa Aman dan menyatakannya sebagai pragmatik dan bebas daripada gimik pilihanraya. 

"Malah pengkritik Barisan Nasional (BN) harus mengakui bahawa Bajet 2013 lebih daripada mencukupi untuk menangani isu-isu sedia ada bagi 2013. 

"Tiada perbelanjaan remeh atau yang semata-mata untuk menarik undi dan terdapat keseimbangan antara peruntukan operasi dan pembangunan. Ia juga melengkapi Belanjawan Persekutuan 2013 untuk mengelakkan pertindihan dan pembaziran dana awam," kata Ketua Penerangan parti Datuk Johnny Mositun dalam satu kenyataan. 
Mositun berkata komuniti perniagaan harus lega bahawa kerajaan negeri tidak bercadang meningkatkan cukai sedia ada atau mengenakan yang baru tetapi sebaliknya memilih untuk meningkatkan kecekapan dalam kutipan hasil daripada sumber-sumber sedia ada. 

Mositun berkata perkhidmatan awam, yang membentuk sistem penyampaian kerajaan, mendapat perhatian yang adil dalam Belanjawan Negeri 2013, dan ini akan memastikan keberkesanan yang berterusan dalam melaksanakan agenda pembangunan dan perkhidmatan negeri kepada rakyat. 

-- BERNAMA

No comments: