Translate

Monday, October 29, 2012

Persidangan Umno 2012 Jadi Tumpuan Luar Biasa Menjelang PRU-13

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan berlangsung bulan depan dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk mendengar amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya dipalu.


Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata perhimpunan kali ini dijangka mendapat liputan meluas media massa dengan kira-kira 2,000 pengamal media dari dalam dan luar negara meletakkan fokus pada perhimpunan parti dominan Melayu itu.

"Tahun lepas seramai 1,700 wakil media dari dalam dan luar negara telah membuat liputan sepanjang perhimpunan dan tahun ini kita jangka kira-kira 2,000 orang dari kalangan media akan terlibat," katanya pada Mesyuarat Penyelarasan Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC di sini, Isnin.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan Seminar Penerangan Perdana pada 24 Nov yang akan dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti Forum Antarabangsa Ketiga pada 26 hingga 27 Nov yang bakal dihadiri perwakilan dari 27 negara termasuk dari rantau Asean, Asia, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Palestin.

-- BERNAMA

No comments: