Translate

Tuesday, November 13, 2012

BN Akan Terus Tadbir Negara Selepas PRU Ke-13 - Salang

Datuk Joseph Salang.
JULAU (Sarawak), 13 Nov (bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata atas alasan ini dan beberapa alasan kukuh lain, maka penduduk luar bandar di negeri ini sewajarnya tidak membazirkan undi mereka dengan memberinya kepada pembangkang.

"Di Sarawak pun kita ada sebuah parti pembangkang, Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang mendakwa ia sebenarnya pro-BN.

"Ini menunjukkan ia mengagumi BN serta amat yakin dengan kemampuan para pemimpinnya dalam mentadbir negara dan berkhidmat kepada rakyat," kata Salang pada Program Kesedaran bencana Alam di Rh.Kelukot di Nanga Telesa, Sungai Mujok, sebuah kawasan pedalaman di sini petang Isnin.

Beliau berkata, walaupun mempunyai sedikit sebanyak kelemahan, sebenarnya, BN memiliki banyak kelebihan lain dalam membawa kemajuan, kestabilan dan kemakmuran kepada negara dan rakyat, yang tidak pernah wujud sebelum ini.

-- BERNAMA

No comments: