Translate

Saturday, November 17, 2012

PENCULIK BERSENJATA CULIK DUA K-TANGAN KANAN LADANG

SIDANG MEDIA ... Hamza bercakap kepada wartawan kelmarin. Turut kelihatan ialah Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, ACP Shariff Abd Wahid.
KOTA KINABALU: Polis melancarkan gerakan memburu besar-besaran terhadap kumpulan penculik yang bersenjata api yang menyerbu sebuah ladang kelapa sawit dan menculik dua kakitangan kanan.

Lima penculik itu, beberapa orang daripada mereka bersenjata api menyerbu masuk ke dalam bangunan ketika pengurus ladang dan pembantunya sedang berbincang dan mereka menuntut barang-barang berharga dan miliki peribadi diserahkan.


Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang bertopeng kemudiannya memaksa pengurus dan pembantunya mengikuti mereka untuk beredar dari tempat kejadian.

Kedua-dua mereka dibawa ke sebuah kampung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian di mana kumpulan itu dan mangsa dikatakan telah menaiki sebuah bot.

Dua orang lagi yang berada di bangunan pada masa itu ditinggalkan tanpa diapa-apa- kan.

“Kita sedang mengenal pasti motif penculikan tetapi sejauh yang kami tahu tidak ada wang tebusan di minta atau panggilan dari penculik-penculik itu,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang media di sini kelmarin.

Hamza berkata kumpulan itu telah melarikan barang-barang berharga termasuk barang milik peribadi seperti telefon bimbit dan juga rantai emas dan gelang emas yang kesemuanya bernilaiRM28,000 sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mereka juga mengambil dua kunci kereta tetapi tidak melarikan kenderaan itu,” tambahnya.

Polis juga masih belum mengenal pasti penculik-penculik ini yang bercakap dalam dialek Suluk dan Melayu, tetapi tidak menolak kemungkinan penculikan ini adalah ‘kerja orang dalam’.

Kejadian penculikan ini berlaku antara jam 3.30 petang dan 4.30 petang pada Rabu di ladang Timbunmata di Kampung Manaka- yang, dekat Felda Sahabat di Lahad Datu.

Tetapi Hamza menolak laporan dalam Facebook bahawa kejadian ini berkaitan dengan politik.

“Salah seorang suspek memakai topeng …besar kemungkinan dia adalah ketua perancang,” kata Hamza.

Keluarga mangsa culik lelaki berusia 33 dan 25 tahun ini yang kedua duanya dari Semenanjung Malaysia telah dimaklumkan.

Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali untuk penculik-penculik ini jika sabit kesalahan.

NEW SABAH TIMES

No comments: