Translate

Friday, November 9, 2012

Sabah Komited Laksanakan Pembangunan Menyeluruh Untuk Kesejahteraan Rakyat

KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah komited dalam melaksanakan pembangunan menyeluruh bagi memacu pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. 

Oleh itu, beliau menghargai sumbangan dan komitmen yang diberikan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) dalam memangkin kemajuan negeri ini, seterusnya menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

Bagaimanapun, Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata dalam menghadapi kepesatan pembangunan masa kini dan akan datang, SUDC perlu terus memainkan peranan yang lebih berkesan dengan bertindak sebagai agensi pembangunan perbandaran kerajaan. 

SUDC juga perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemaju hartanah bandaran sepenuhnya, memanfaatkan segala peluang ekonomi serta mengurangkan kebergantungan kewangan daripada kerajaan, katanya dalam ucapan beliau sempena majlis makan malam ulangtahun ke-40 SUDC di sini Jumaat malam. 
Teks ucapan Ketua Menteri dibacakan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Jainab Ahmad. 

-- BERNAMA

No comments: