Translate

Monday, November 19, 2012

TUN DR MAHATHIR BERLEPAS PULANG KE KUALA LUMPUR

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr.Siti Hasmah Haji Mohd.Ali berlepas pulang ke Kuala Lumpur kelmarin setelah menghadiri beberapa acara rasmi di Kota Kinabalu.

Berada di Terminal 2 Lapang Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) bagi menghantar keberangkatan balik beliau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Haji Tussin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan pemimpin setempat.
Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana tiba di Kota Kinabalu pada malam hari Jumaat. Pada Sabtu, beliau menyampaikan ucaptama untuk sidang “Razali Hashim Memorial Lecture” dalam Persidangan Kongres Association of Thoracic and Cardiovascular Surgery Asia (ATCSA) 2012 di Magellan Sutera Harbour.

Beliau juga menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Negeri Sabah di Bangunan Umno Sabah, sementara pada sebelah malam menghadiri Majlis Makan Malam. Kelihatan, Mahathir (kanan) berbual mesra bersama Musa sebelum berlepas pulang.

No comments: