Translate

Friday, August 31, 2012

Pilihan Raya Umum Ke-13 Tentukan Survival Umno Dan BN

Datuk Seri Najib Tun Razak
BALING -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengulangi peringatannya bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang adalah penentu survival Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mengingatkan anggota parti supaya belajar daripada pengalaman pilihan raya umum 2008 agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri.

"Saya tidak mahu lagi politik adu domba sesama kita, tidak mahu lagi politik puak sesama puak...tidak mahu lagi dalam kempen orang merajuk dan mengkhianati.

"Jika semua ahli sokong calon yang dipilih, mustahil kita boleh kalah pilihan raya," katanya berucap merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling di sini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, ketua Umno bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sebagai anggota sebuah parti yang cukup matang dan dewasa, segala masalah yang melanda seharusnya diselesaikan.

"Dah empat tahun. Jangan lagi ada masalah. Jangan tunjuk jari...sudah sudahlah. Rapatkan barisan.

"Jika sayang parti, kita hendaklah reda. Dipilih Alhamdulillah, tak dipilih pun kita ucap Alhamdulillah. Jika itulah sikap kita bermakna kita telah dewasa dan matang," kata Najib yang juga Presiden Umno.

Najib berkata apabila beliau menyatakan parti hendakkan 'winnable candidate' (calon boleh menang) semua akan kata mereka adalah 'winnable candidate' tetapi sebenarnya separuh sahaja yang boleh menang.

Walaupun dalam politik ada pasang-surut, Umno masih lagi parti yang relevan dan akan hidup untuk satu jangka masa panjang.

"Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan. Kita pula mudah berjanji sebaliknya sukar melaksanakannya. Kita patut sayang parti tanpa meletak syarat."

"Saya dah lama....bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua calon PRU kita kena lulus ujian," katanya sambil memberitahu bahawa banyak petunjuk yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN telah kembali.

Beliau berkata pelbagai program dan dasar kerajaan untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat.

"Kami sedar tuntutan rakyat, tidak seperti pembangkang yang menimbulkan isu hukum hudud menjelang pilihan raya. Kami bina ribuan masjid. PAS pula bina dua masjid sahaja selama 22 tahun perintah Kelantan".

"Umno akan terus perjuangkan Islam dan peradabannya dipertingkat. InsyaAllah kami letakkan orang yang betul, layak dan amanah. Ulama dan umarak tidak disisih supaya kemajuan Islam terus berkembang," katanya.

Mengenai Kedah, Najib berkata selatan Kedah adalah teras bagi BN memenangi semula negeri ini.

Pada akhir ucapannya, perdana menteri secara berseloroh berkata: "Semangat nak bubar Parlimen...tengoklah dulu".

Perdana Menteri dan isteri turut menghadiri jamuan Hari Raya bersama penduduk Baling sebelum berlepas ke Alor Setar untuk majlis Hari Raya bersama perdana menteri di perkarangan Stadium Darul Aman.

-- BERNAMA

Thursday, August 30, 2012

PM tetap pertahan tema Hari Merdeka ‘Janji Ditepati’…tiada sebab untuk pertikai

Datuk Seri Najib Tun Razak
Sehari menjelang ulangtahun Hari Kemerdekaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap mempertahankan tema kebangsaan tahun ini ‘Janji Ditetapi’sekalipun pihak pembangkang terus pertikaikannya.

"Tiada sebab untuk pertikai tema ini melainkan orang itu tak biasa tunaikan janji. Saya akan pertahan prinsip ini sebagai teras asas yang mulia.

Serentak dengan itu beliau berkata 'Janji Ditepati' merupakan prinsip dalam agama Islam, sesuatu yang universal dan sebagai orang Islam, perlu untuk mengikat janji.

"Janji dengan Allah adalah yang terbesar. Janji sesama manusia, orang akan percayakan kita kalau janji itu ditunaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Aidilfitri 1Malaysia Bersama Perdana Menteri di perkarangan Stadium Darul Aman di A lot Star, Khamis.

Perdana Menteri berkata soal janji juga bukanlah terhad kepada kerajaan atau wakil rakyat semata-mata, malah rakyat biasa turut perlu berjanji.

Najib berkata sekiranya mahukan negara aman, stabil dan bertambah makmur, rakyat mesti berjanji untuk menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran.

"Semua pihak ada janji masing-masing, pada Allah, manusia dan kerajaan, maka manusia akan bertambah maju dan berjaya. Sebagai kerajaan kalau berjanji, perlu ditunaikan," katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Majlis yang dianjurkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri itu dihadiri lebih 50,000 orang. Setiap Umno bahagian dan parti komponen BN turut mengambil bahagian dengan menyediakan gerai pelbagai jenis makanan.-
 
AGENDADAILY

Perpaduan Semua Kaum Di Malaysia Memberikan Sebuah Negara Berdaulat

Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR, Bersempena dengan perayaan kemerdekaan ke-55 negara, rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan semua bangsa di negara ini telah memberikan sebuah negara Malaysia berdaulat seperti hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan negara dan "jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina serta India terdahulu dan tidak ada satu bangsa pun di negara ini yang menyokong perjuangan komunis.

"Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa kejayaan ini adalah hasil perpaduan kita dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun, tatkala negara bangkit daripada kesan penjajahan.

"Adalah mustahil untuk kita mengecapi kejayaan seperti hari ini secara sendirian. Sudah pasti ia didorong oleh kepelbagaian lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan masing-masing hingga menjadikan kita mampu bersaing di peringkat global," kata Najib dalam blog 1Malaysia beliau bertajuk "55 Tahun Pembangunan Melalui Perpaduan" Rabu.

Beliau berkata: "Marilah kita meraikan hari Merdeka dengan memperingati jasa pejuang kemerdekaan yang telah memberi kita sebuah negara berdaulat seperti hari ini."

"Pada saya, segala-galanya telah dilakukan dalam semangat 1Malaysia, hingga ia telah menjadi simbol kepada kejayaan negara. Tidak mengira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun bangsa, saya menyeru supaya rakyat Malaysia terus mengekalkan semangat perpaduan," katanya sempena sambutan Merdeka Jumaat ini.

Najib berkata menerusi semangat kekitaan yang menjadi teras 1Malaysia telah membolehkan rakyat Malaysia mengecapi kejayaan lebih baik dan masa depan lebih cerah.

"Ingatlah, selama ini kita telah bersama-sama menempuh segala dugaan dan cabaran sejak 55 tahun lepas. Lagipun, banyak perkara yang kita boleh banggakan. Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya daripada pelbagai etnik untuk duduk bersama-sama menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton aksi atlet negara di Sukan Olimpik dan meraikan kejayaan atlet negara," katanya.

Najib berkata pembangunan pesat di Malaysia mampu untuk membuatkan rakyat berbangga mengenainya.

"Ekonomi negara kini berkembang pesat dan menjadi semakin stabil tatkala kebanyakan negara lain sedang bergelut dengan prestasi ekonomi mereka yang semakin merudum. Ketika pasaran global menjadi tidak menentu, pasaran modal dalam negara dicatatkan pada rekod tertinggi dengan FGVH dan IHH Healthcare tersenarai pada kedudukan kedua dan ketiga terbesar di duni," katanya.

"Kita juga berjaya memperbaiki kedudukan global apabila menduduki tangga ke-15 terbaik dunia dalam pasaran barangan paling berkesan, menduduki tempat ke-26 dari segi pembangunan infrastruktur dan ke-18 sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia," katanya.

Perdana Menteri berkata kesemua kejayaan negara adalah hasil perjuangan para pejuang kemerdekaan negara terdahulu dan "kita patut berterima kasih kepada mereka".

"Bersama-sama dengan tentera British, mereka berjuang habis-habisan menentang komunis serta gejala ekstremis yang mampu menggugat kehidupan rakyat di negara ini. Mereka kemudiannya berjaya memerdekakan negara dari cengkaman penjajah yang sekali gus memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengurus sendiri sumber kekayaan negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi seperti getah, bijih timah, kelapa sawit dan bjih besi," kata Najib.

Beliau berkata komoditi-komoditi itu menjadi sangat penting kepada perkembangan industri eksport negara yang membolehkan kita melabur untuk pembangunan infrastruktur serta industri.

"Pada tahun-tahun seterusnya, negara telah mengalami pembangunan pesat daripada pekan-pekan kecil menjadi bandar-bandar besar, yang menempatkan ikon pencakar langit dan bangunan yang menjadi lambang pencapaian kita," kata Najib.

Perdana Menteri berkata pada 1996, pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan antarabangsa dan dua tahun kemudiannya, pembinaan Menara Kembar Petronas (KLCC) pula mula menjadi ikon pencakar langit dalam negara.

"Dan lebih dari dua dekad selepas itu, bangunan yang menempatkan gedung beli belah popular dan dikenali sebagai Suria KLCC itu masih merupakan menara kembar paling tinggi di dunia," katanya.

Beliau berkata daripada bidang teknologi hinggalah ke hiburan segala apa yang ada hari ini merupakan simbol pembangunan negara dan rakyat patut berbangga dengan kejayaan yang telah dikecapi itu.

"Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ia juga sudah pasti memberi keuntungan kepada negara. Bidang perniagaan mampu untuk menjadi lebih baik kerana kita mementingkan perkembangan teknologi tidak kira sama ada dalam talian atau sebaliknya," katanya.

Najib berkata apabila ekonomi berada dalam keadaan baik, ini diikuti juga dengan keadaan sosial di samping kualiti pendidikan yang menjadi semakin baik dan mula boleh dinikmati oleh setiap rakyat daripada segenap lapisan masyarakat.

Kemudahan sumber elektrik dan air di kawasan pedalaman membolehkan perniagaan dan penyediaan perkhidmatan berkembang dan rakyat tidak lagi perlu berjalan jauh untuk membeli-belah, membuat pembayaran bil ataupun untuk menonton filem di pawagam, katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, August 28, 2012

‘Makhluk perosak’ Felda...sila terus gigit jari


Felda-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melabelkan pembangkang yang menentang usaha baik kerajaan termasuk dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebagai 'makhluk perosak'.

Berucap di Jamuan Hari Raya Kumpulan FELDA di Menara FELDA di ibu kota pada Selasa, beliau berkata pembangkang sanggup memperalatkan segelintir peneroka bawa kes ke mahkamah untuk sabotaj usaha murni kerajaan.

Namun hari ini, hanya selepas dua bulan lebih FGVH disenaraikan banyak manafaat yang peneroka khasnya dan rakyat Malaysia amnya nikmati hasil dari IPO kedua terbesar di dunia selepas Facebook itu

Kumpulan 'makhluk perosok' AKA pembangkang ini jenis cerdik tak boleh diturut, bodoh tak boleh diajar,berusaha berbagai cara memburukkan kerajaan dan FELDA selama ini.

Namun kata Najib, semua kenyataan-kenyataan pembangkang itu terjadi sebaliknya dan FELDA terus mencapai berbagai kejayaan termasuk pembelian bangunan 50 tingkat Menara Felda.

"Pembohongan pembangkang sebenarnya tidak berasas sama sekali, mereka hanya melempar kritik sahaja dan menidak apa yang kita buat tapi jasa inilah yang dilakukan kerajaan," katanya.

Beliau berkata hasil dari penyenaraian FGVH baru-baru ini RM5.99 bilion dana telah dikreditkan ke dalam akaun Felda, dengan hasil perolehan daripada jumlah keseluruhan bernilai RM10.5 bilion.

Berdasarkan pengurusan yang cekap dan berhemah, FELDA juga mampu memperuntukan RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham FGVH yang diperuntukkan kepada 112,635 peneroka seluruh negara.

"Maka peneroka tak perlu meminjam atau mengeluarkan duit sendiri. Mereka boleh memiliki saham tersebut dan hanya bayar semula RM50 sebulan sehingga selesai dalam jangkaan tempoh lima tahun tanpa faedah," katanya.

PM yang berucap di depan pemimpin-pemimpin utama FELDA dari 12 wilayah seluruh negara itu turut memberikan contoh lain perlaburan bijak FELDA yang sebelum ini dikritik pembangkang iaitu pembelian Menara FELDA.

Bangunan Menara Felda yang bernilai RM700 juta termasuk peralatan dalaman itu kini harga semasa RM1.1 bilion yang secara tidak langsung membawa keuntungan RM400 juta kepada FELDA, kata PM.

Selain menempatkan FELDA di tengah-tengah kawasan elit perniagaan di Kuala Lumpur, bangunan 50 tingkat tersebut kata Najib dalam proses memuktamadkan penyewaaan 15 tingkat dengan sebuah syarikat antarabangsa yang jika berjaya kelak akan membawa pulangan yang lebih besar kepada akaun FELDA.

Sementara itu, dalam sidang medianya selepas majlis tersebut, PM mengumumkan pemberian RM5,000 'durian runtuh' kepada generasi kedua yang akan diagihkan pada Oktober depan, selepas selesai pembentangan Bajet 28 September depan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pemberian interim dividen sebanyak RM400 kepada peneroka selepas dua bulan FGVH tersenarai dalam Bursa Saham.

Katanya, jumlah dividen itu diperoleh daripada saham FGVH dan 20 peratus hasil yang disalurkan kedalam tabung amanah Yayasan Felda yang dikhaskan untuk peneroka.

"Keuntungan besar ini hasil daripada penyenaraian FGVH yang selama ini ditentang hebat oleh 'makhluk perosak'," katanya yang merujuk kepada pembangkang.

Beliau turut berkata saham FGVH kini berada dalam keadaan baik dan yakin mampu mencapai keuntungan seperti yang dijangkakan.
 
-28/8/2012- OLEH HELME HANAFI

Kekayaan Negara Wajar Digunakan Bantu Imam Dan Pengerusi JKKK Tunai Haji - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA, -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebahagian kekayaan dan pendapatan negara sewajarnya digunakan untuk membantu imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menunaikan haji kerana mereka memainkan peranan penting dalam urusan agama dan kemasyarakatan.

Perdana Menteri berkata masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada kedua-dua kumpulan itu yang gigih melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

Katanya semasa Program Khas Haji dilancarkan tahun lepas, beliau mendapati keadaan menyayat hati apabila ada antara imam dan pengerusi JKKK mempunyai simpanan Tabung Haji yang amat terbatas.

"Ini menyedarkan saya, kalau kita dapat mencari rezeki melalui kepimpinan dan pentadbiran untuk menjana kekayaan dan pendapatan, maka amat wajar sebahagian daripada itu kita digunakan untuk tujuan yang sangat baik dan mulia ini.

"Pada hemat saya...lebih baik kalau kita dapat menghulurkan bantuan agar imam-imam dan ketua-ketua kampung kita dapat menyempurnakan keperluan untuk menunaikan ibadah haji masing-masing," katanya pada majlis penyerahan 400 surat tawaran untuk menunaikan fardu haji di Seri Perdana di sini hari Isnin. Bakal jemaah haji turut menerima satu set kain ihram dan barangan kelengkapan haji yang lain.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.

Di bawah Program Khas Haji yang kedua ini, 1MDB akan menanggung RM4 juta manakala Lembaga Tabung Haji sebanyak RM2 juta yang membolehkan 200 imam dan 200 pengerusi JKKK menunaikan haji tahun ini.

Najib berkata sejak menerajui kepimpinan negara, beliau telah memasang niat untuk berusaha mencari jalan bagi memastikan setiap imam, pengerusi JKKK dan ketua kampung di seluruh negara dapat menunaikan haji.

"Niat ini menjadi kenyataan bermula tahun lepas apabila seramai 111 imam dan ketua kampung berjaya sampai ke tanah suci dan menunaikan haji masing-masing.

"Saya menunaikan haji pada musim lalu dan saya melihat betapa besar impak program ini kepada mereka yang terpilih. Jadi, saya berniat pada musim haji ini, kita melonjakkan jumlah kepada 400 orang," katanya.

Dalam pada itu, Najib meminta para bakal jemaah haji berdoa di tanah suci supaya Malaysia mencapai kejayaan dan keamanan.

Sementara itu, wakil bakal jemaah haji, Jalaludin Mat Jali berkata program yang dicetuskan Perdana Menteri memberi pengertian yang besar kerana diberi peluang istimewa untuk menunaikan haji.

"Mungkin di kalangan kami sebelum ini mahu menunaikan haji tetapi tidak kesampaian kerana masalah kuota dan kewangan. Dengan program ini, hasrat kami untuk menunaikan haji tercapai.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menghargai jasa dan sumbangan kami kepada masyarakat setempat. Dengan anugerah ini, kami berikrar untuk memberi manfaat kepada pembinaan ummah dalam kariah kami," kata imam dari Selangor itu.

Pengerusi JKKK Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang, Abdul Majid Mohamed bersyukur kerana pada usia 83 tahun beliau diberi peluang menunaikan rukun Islam kelima itu.

-- BERNAMA

Monday, August 27, 2012

TSUNAMI POLITIK - LAGU 16 SEPTEMBER YANG SAMA, CUMA LIRIKNYA BERBEZA

Datuk Seri Salleh Said

KOTA KINABALU: Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan seolah-olah akan berlakunya tsunami politik di Sabah pada PRU yang ke-13 disifatkan oleh Datuk Seri Salleh Said sebagai satu lagi rekaan yang terhasil dari impian Anwar, sama seperti episod pembohongan 16 September yang pernah dilakukan oleh beliau beberapa tahun lalu.

Menurut Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, rakyat di Sabah hari ini berada di dalam keadaan yang selesa, aman dan makmur di bawah pemerintahan BN yang terbukti telah banyak berjasa dan berkhidmat kepada rakyat di negeri itu sejak dulu lagi.

“Rakyat Sabah amat menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan segala program tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan di bawah kepimpinan beliau yang mendahulukan kebajikan rakyat di negara ini, khususnya rakyat di Sabah.

“Justeru itu, saya tidak nampak sebarang sebab yang boleh menyebabkan berlakunya tsunami politik di Sabah apatah lagi, rakyat Sabah adalah rakyat yang mengenang jasa dan tahu membalas budi terhadap kerajaan yang selama ini banyak membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, apa yang cuba digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Anwar bahawa akan berlakunya tsunami politik di Sabah yang hanya semata-mata berdasarkan senario tiga pemimpin parti komponen UMNO dan BN yang beralih arah berpihak kepada beliau, hanyalah satu omong kosong Ketua Pembangkang itu untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat di negara ini, khususnya di Sabah.

“Ini adalah satu lagi strategi provokasi yang cuba dicetuskan oleh Ketua Pembangkang bagi membuatkan rakyat keliru dan terpengaruh, di mana modus operandinya saling tak tumpah dengan peristiwa hitam 16 September yang ternyata hari ini, ia merupakan satu andaian dan khayalan Datuk Seri Anwar semata-mata. Hari ini, beliau cuba mendendangkan lagi lagu yang sama, cuma kali ini liriknya saja yang ditukar,” tegas beliau lagi.

Tambah beliau, semenjak peristiwa 16 September  lalu, segala muslihat dan helah politik Anwar sudah dapat dilihat dan dinilai oleh rakyat di negara ini terutamanya di Sabah, yang ternyata memperlihatkan sikap dan kata-kata Penasihat PKR   itu bagaikan gema dari tin kosong yang tidak ada isi kebenarannya.

“Saya yakin bahawa rakyat, khasnya di Sabah tidak akan terpengaruh dan tertipu untuk kali kedua dengan helah dan tipu daya Anwar yang sekali lagi  mencanangkan bahawa  akan berlakunya tsunami politik di Sabah.

“Cukuplah pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh beliau sepanjang empat tahun ini di mana hari ini rakyat sudah sedar, bahawa individu yang bernama Anwar Ibrahim itu hanyalah seorang yang  pandai  bermain kata-kata, malah sanggup membohongi  rakyat demi kuasa dan jawatan PM yang menjadi idamannya sejak sekian lama,” ujarnya lagi. - MediaUMNO Online.

Saturday, August 25, 2012

Rakyat Sabah sudah pasti nikmati manfaat ekonomi jika royalti minyak dikaji semula

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, pada Selasa lalu menyatakan bahawa isu mengenai royalti minyak lima peratus dibuka untuk perbincangan dengan kerajaan persekutuan.
KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK), John Lim Yu Sin, berkata rakyat Sabah sudah pasti akan menikmati manfaat ekonomi jika royalti minyak disemak semula.

“Kenaikan royalti minyak bolehlah diibaratkan meningkatnya gaji bulanan kita, bayangkan begitu banyak perkara yang boleh kita lakukan terutamanya dalam mempercepatkan pembangunan dan transformasi di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mempunyai bajet yang besar untuk melaksanakan projek bagi memperbaiki kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menyambut baik kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, pada Selasa bahawa isu mengenai royalti minyak lima peratus dibuka untuk perbincangan dengan kerajaan persekutuan.

“Ini adalah satu langkah positif, terima kasih atas hubungan erat dan mantap antara Ketua Menteri dan kepimpinan persekutuan, yang menguntungkan kerajaan negeri sejak bertahun lalu,” katanya.

John berkata, terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk membincangkan mengenai perkara ini dan berapa banyak kenaikan yang sepatutnya, yang jelas lebih banyak lebih baik.

“Kini sudah tiba masa kita duduk bersama untuk berbincang dan saya percaya kerajaan persekutuan akan memberi sesuatu yang berbaloi memandangkan negeri Sabah memerlukan peruntukan yang banyak untuk pembangunan.

“Saya berharap gesaan untuk mengkaji semula royalti minyak tidak dilihat sebagai satu tuntutan oleh kerajaan persekutuan tetapi sebagai penghargaan ke atas kesetiaan teguh kita menyokong kerajaan yang dipimpin BN,” katanya.

Menurutnya, tiada salahnya untuk membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Perdana Menteri sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar sebarang cadangan, lagipun ia adalah suara dan harapan rakyat Sabah.

NEW SABAH TIMES

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfiti

Kepada Semua Sanak-Saudara, Sahabat Handai, Muslimin dan Muslimat,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Dengan Ingatan Tulus dan Ikhlas
Maaf Zahir dan Batin
dari saya 
Salleh Said Keruak
Sekeluarga.

Saturday, August 18, 2012

Najib: Umat Islam Perlu Insaf Kesejahteraan Dan Keselamatan Tidak 'Datang Bergolek'

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat dan umat Islam di negara ini untuk memastikan negara ini kekal aman dan selamat serta menginsafi bahawa kesejahteraan dan keselamatan yang dinikmati hari ini 'bukanlah datang secara bergolek'.

Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri beliau, Najib berkata kerajaan menyedari bahawa sebuah Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang selamat dan sejahtera.

"Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman daripada ancaman luar dan dalaman, di mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas daripada jenayah. Sebuah negara di mana rakyatnya merasa aman dan selamat. Kesimpulannya, sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia," katanya.

Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan, Perdana Menteri berkata ia memerlukan pendekatan yang bersepadu serta rakyat Malaysia yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

"Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab memerangi jenayah kepada pihak berkuasa tanpa sumbangan kita sebagai rakyat yang prihatin. Jika kita membiarkan jenayah berlaku tanpa tindakan, kita sebenarnya akan hanya menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan bersama," katanya.

Bagi mencapai matlamat itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengubah sikap dan melabur secara mapan bagi mempunyai 'mind-set' yang betul serta menyediakan prasarana keselamatan yang lebih ampuh.

Najib berkata kerajaan akan memastikan agensi-agensi yang bertanggungjawab akan lebih berkesan untuk menangani cabaran mencegah jenayah era mutakhir.

"Kita menyedari usaha ini memerlukan kaedah pencegahan jenayah yang baru, serta kepimpinan yang dinamik, akauntabiliti yang tinggi, struktur organisasi yang lebih sesuai, latihan yang lebih relevan serta peralatan yang moden," katanya.

Najib berkata umat Islam di negara ini amat bertuah kerana dapat hidup di dalam negara yang mencipta kejayaan berterusan dan sentiasa dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politik dan ekonomi.

"Hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kemelut politik melanda negara-negara di benua Asia dan Afrika, kita dapat menyaksikan bagaimana negara-negara di benua Eropah dan Amerika yang dianggap sebagai negara maju pun ditimpa krisis ekonomi yang kronik akibat kegagalan mengurus negara dengan baik.

"Kita juga telah menyaksikan kegagalan ini telah memberi kesan yang buruk kepada kesejahteraan rakyat mereka apabila kadar pengangguran semakin meningkat, penciptaan peluang pekerjaan yang tidak mencukupi serta pertumbuhan yang rendah telah menyebabkan taraf dan kualiti hidup rakyat merudum," jelas beliau.

Najib berkata di tengah-tengah semua kekusutan ini, negara tercinta Malaysia telah mencipta kejayaan berterusan sebagai sebuah negara majmuk yang dirahmati dengan perpaduan nasional.

"Kita mempunyai tradisi meraikan kepelbagaian agama, budaya dan bangsa, kepelbagaian yang di negara lain menjadi punca perpecahan, di negara ini menjadi pemangkin kemajuan," katanya.

Hakikatnya, Najib berkata rakyat Malaysia hidup di dalam sebuah negara di mana keamanan, keikraman dan kemakmuran merupakan realiti nasional, bukan semata-mata harapan apatah lagi impian indah.

Oleh itu, Najib meminta umat Islam agar mengingati pengorbanan yang telah dan sedang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan bagi membolehkan rakyat hidup di dalam negara yang aman dan makmur sempena hari dan bulan yang penuh kemuliaan ini.

"Kejayaan Malaysia dimungkinkan doa oleh semua rakyat Malaysia, yang disulami ikhtiar nasional yang berteraskan perancangan yang inovatif, pelaksanaan yang cekap, tadbir urus yang baik, kreativiti yang tinggi, produktiviti yang terus meningkat serta daya saing nasional yang sentiasa diasah," katanya.

Najib berkata kerajaan komited untuk meneruskan kejayaan nasional ini dengan sokongan dan dukungan padu semua rakyat Malaysia, bagi merealisasikan matlamat membawa Malaysia ke arah status sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Sempena Aidilfitri ini, beliau meminta umat Islam untuk meneruskan tradisi rumah terbuka, dengan membuka seluas-luasnya pintu rumah serta pintu hati untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama di hari yang mulia ini.

"Sehubungan itu, pada kesempatan ini, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya, isteri dan keluarga di atas apa-apa yang terkhilaf.

"Saya berdoa kepada Allah SWT supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran di samping mereka yang tersayang," tambah beliau. -- BERNAMA

Friday, August 17, 2012

SALLEH AJAK KOMUNITI RUMPUN USBO BERSATU DAN SOKONG KEPIMPINAN KERAJAAN BN

Salleh menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Pengerusi USBO Kudat, Hj Gurahman Lolong malam kelmarin.

KUDAT, 17 Ogos (Bernama) -- Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) Datuk Seri Salleh Said Keruak mengajak komuniti rumpun Usbo di negeri ini supaya terus memperkukuh kesatuan dan perpaduan, demi menjamin kemajuan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata perpaduan penting untuk dipelihara kerana ia merupakan prasyarat kemajuan sesebuah tamadun bangsa.

"Kita hendaklah mengelak sebarang perselisihan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan yang akhirnya merugikan kita semua," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di kediaman Gurahman Lolong di sini semalam.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Kapor Datuk Teo Chee Kang dan Setiausaha Agung Usbo Datuk Salsidu Ibrahim.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata perpecahan yang berlaku sebelum ini hendaklah dijadikan iktibar ke arah memperkukuh kesatuan.

"Dulu kita pernah berpecah, tetapi semenjak kedatangan Umno ke Sabah, ia telah menyatukan kita bersama-sama dengan kerabat komponen Barisan Nasional yang lain.

"Justeru, kita wajar mempertahan dan memperkukuh perpaduan ini dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri," katanya.

Menurutnya, masyarakat komuniti rumpun Usbo - terdiri daripada etnik Irranun, Sama, Suluk, Binadan/Banaran, Ubian, Sama Delaut, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun bertuah turut sama menikmati kemajuan yang dibawa kerajaan di bawah gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mengajak rakyat supaya mengambil iktibar daripada ketidakstabilan di beberapa negara yang berpunca daripada keruntuhan perpaduan rakyatnya.

"Kita melihat banyak negara bergolak, rakyat hidup menderita di banyak tempat seluruh dunia yang disebabkan perpecahan dalam komuniti mereka.

"Akibat kekacauan itu, politik menjadi tidak stabil, dan pembangunan terbantut pelaksanaannya," katanya, sambil menyatakan betapa bertuah rakyat negara ini dapat menjalani ibadah puasa dan bakal meraikan Aidilfitri dalam suasana aman.

Beliau mengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya atau terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu, yang mempunyai agenda tersembunyi, untuk memecahbelah perpaduan.

Katanya, rakyat harus berdiri teguh di belakang pimpinan kerajaan BN yang sudah terbukti sejak merdeka membawa kemajuan untuk rakyat.

"Jangan kita sesekali menggadaikan masa depan dengan terikut-ikut rentak golongan yang menentang kerajaan, kerana mereka belum teruji kemampuan sedangkan BN telah membuktikan menerusi `track record' selama 55 tahun negara merdeka," katanya.

Thursday, August 16, 2012

Malaysia Akan Bertegas Dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC – PM

Datuk Seri Najib Tun Razak.

MAKKAH, 16 Ogos – Malaysia akan menyatakan pendirian tegas terhadap isu di tiga negara Islam pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. (gambar)

Perdana Menteri berkata ketiga-tiga isu itu ialah pergolakan di Syria, pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan isu penindasan umat Islam di Myanmar.

Najib berkata beliau akan menyentuh isu-isu itu dalam ucapannya awal pagi esok dan seterusnya menyatakan pendirian Malaysia.

“Kita akan menyokong cadangan untuk menggantung keanggotaan Syria dalam OIC kerana keadaan di negara itu telah meruncing sehingga rakyat kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, Rabu.

Perdana menteri mengetuai delegasi negara pada sidang kemuncak luar biasa itu yang bermula malam Selasa.

Najib berkata Malaysia berpendapat telah tiba masanya untuk kerajaan Syria memberhentikan keganasan dan menghormati hak rakyatnya yang mahukan pilihan raya secara demokratik diwujudkan di negara itu.

Beliau berkata bagi isu Palestin pula, Malaysia akan mendesak agar PBB mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara anggotanya.OIC harus membuat pendirian agar impian menjadikan Palestin sebagai negara berdaulat dan anggota PBB menjadi realiti, kata perdana menteri.

“Isu negara Palestin adalah satu isu yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia dan kami mahukan Palestin diiktiraf oleh PBB dalam persidangannya September ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia juga mahukan OIC terus memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya di Myanmar yang didakwa ditindas dan dianiaya.

Perdana menteri berkata OIC telah membentuk sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai ‘Fact Finding Mission’ untuk melawat Myanmar dan mendapatkan maklumat sebenar mengenainya.

“Saya pernah menulis surat kepada Presiden Thein Sein dan beliau telah membalasnya dengan menyatakan bahawa isu itu (penindasan umat Islam) bukanlah sebesar seperti yang digambarkan oleh dunia luar dan oleh itu kita tunggu laporan dari Fact Finding untuk mendapatkan maklumat yang lengkap,” katanya.

Beliau berkata di Malaysia sahaja terdapat lebih 90,000 pelarian Rohingya dan kerajaan sedang berusaha membantu mereka.

Najib berkata beliau juga telah bertemu dengan Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan berbincang mengenai hubungan dua hala antara negara itu dan Malaysia.

“Pakistan telah meminta Malaysia supaya syarikat swasta kita melabur dalam Taman Industri di negaranya bagi mengimbangi dagangan dua hala yang memihak kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Pakistan adalah pengimport kelapa sawit Malaysia dan negara itu tidak mempunyai komoditi untuk dieksport ke negara ini.

“Saya nyatakan perkara itu akan dibincang secara mendalam,” katanya.

POLITIK BUKAN UNTUK CIPTA NAMA

SALLEH menyampaikan sumbangan Ramadan kepada seorang penduduk sambil diperhatikan Azizah
BEAUFORT: Berkhidmat sebagai pemimpin dalam politik bukanlah tempat untuk mencipta nama melainkan untuk berkhidmat membangun negara dan membela rakyat.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, menegaskan bahawa barisan kepimpinan politik di semua peringkat mesti berganding bahu demi memastikan perjuangan politik dalam parti mencapai matlamatnya.

“Dalam politik bukan untuk mencipta nama. Yang kita utamakan ialah perjuangan parti untuk membangun negara dan membela rakyat. Justeru kita mesti terus bersatu padu untuk mewujudkan kerjasama yang baik.

“Sehebat mana pun seorang pemimpin sekiranya tanpa kerjasama dari semua pemimpin dia tidak boleh membangun negara dan tidak akan dapat membantu rakyat. Hakikat ini perlu kita sedari dan saya juga menyeru kepada rakyat di negeri ini agar memberi sokongan kepada pemimpin yang dipilih oleh kerajaan BN dan bukan pemimpin yang berjalan secara sendirian,” katanya.

Beliau berkata demikain ketika berucap pada Program Nurhidayah di Masjid At-Taqwa Kg Rancangan Klias, di sini, malam kelmarin.

Program anjuran bersama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Beaufort, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) , Pusat Khidmat Adun Klias, Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort itu, diisi dengan majlis Khatam Al-Quran, penyampaian sumbangan Ramadan, berbuka puasa dan solat sunat terawih.

Seramai 86 wanita termasuk kanak-kanak mengambil bahagian dalam majlis khatam al-Quran sementara itu 172 penduduk yang kurang bernasib baik menerima sumbangan yang disampaikan oleh Salleh.

Dua penduduk warga emas turut menerima cermin mata sumbangan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Azizah yang juga Pengerusi MPWK Parlimen Beaufort berkata, objektif program itu adalah untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dalam keluarga bukan hanya bagi ahli keluarga tetapi dalam kelompok masyarakat yang lebih besar.

“Program ini lebih menjurus dalam aspek kerohanian dimana ahli keluarga dan masyarakat didedahkan dengan nilai keagamaan dan menggalakkan semangat bekerjasama dalam komuniti.

“Justeru saya berharap program ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam pembentukan diri yang seimbang dan dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, mengamalkan gaya hidup sihat, bekerjasama dan saling hormat menghormati dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.

Adun Klias itu juga turut mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersyukur dengan nikmat pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

‘Bersykurlah dan ingatlah segala jasa kerajaan BN selama ini dan berilah sokongan berterusan kepada kerajaan bagi memastikan banyak lagi pembangunan yang akan dapat dinikmati. Kerajaan BN akan pastikan semua janji bditepati agar rakyat terus mendapat perhatian dan pembelaan,” katanya.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah, Mohd Shaoid Othman dan Jufri Etok, Ketua Penerangan Umno Bahgian Beaufort, Samin Ungki, Bendahari Umno Bahagian Beaufort, Zahari Zinin, Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Klias, Sadin Musih, Ketua Pergerakan Puteri Umno Beaufort, Saridah Mohd Dun dan Pengerusi Masjid Kg Rancangan Klias, Sani Anji.

Wednesday, August 15, 2012

Ulama Tersohor Arab Saudi Puji Kepimpinan Kerajaan Malaysia

Datuk Seri Najib, Ustaz Nasaruddin dan beberapa tokoh tersohor di Arab Saudi
MAKKAH, 14 Ogos – Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di sini, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Katanya para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

“Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya,” kata beliau.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

Monday, August 13, 2012

PAKATAN HANYA CARI KEUNTUNGAN POLITIK DARIPADA PENUBUHAN RCI, KATA SALLEH


Salleh Said Keruak.
KOTA BELUD, 13 Ogos (Bernama) -- Parti pembangkang di negeri ini sebenarnya tidak berminat untuk mencari penyelesaian bagi masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan sejak sekian lama melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata timbalan ketua perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, kata beliau pembangkang atau Pakatan hanya ingin mencari keuntungan politik melalui penubuhan suruhanjaya itu.

"Macam mana kita boleh tahu hasil sesuatu tugas yang belum dilaksanakan? Kita perlu beri masa secukupnya kepada anggota panel RCI ini untuk menyiapkan siasatan mereka.

"Malah, parti pembangkang tidak berminat langsung untuk menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah.

"Sebab itulah mereka terus menggunakan isu ini untuk menawan hati dan minda pengundi pada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas dan serius untuk menyelesaikan isu yang berlarutan sejak sekian lama itu apabila beliau mengumumkan penubuhan RCI dan selepas itu butiran serta terma rujukan (TOR) suruhanjaya berkenaan.

Ketika mengumumkan TOR suruhanjaya itu di Kota Kinabalu Sabtu lepas, Najib berkata panel berkenaan akan diberi masa enam bulan untuk menyelesaikan siasatannya tentang kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa tempoh enam bulan itu bermula dari tarikh surat cara pelantikan dikeluarkan kepada pengerusi dan anggota suruhanjaya itu, manakala laporan mereka akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Suruhanjaya itu akan dipengerusikan bersama oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, manakala Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai setiausahanya.

Suruhanjaya itu akan dianggotai empat pesuruhjaya -- bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk K.Y. Mustafa dan timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Henry Chin Poy Wu.

Mengenai kenyataan presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek di Kota Kinabalu semalam bahawa ketua Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang pertama yang menolak penubuhan RCI pada 1994 ketika beliau menyandang jawatan timbalan perdana menteri, Salleh berkata terserahlah kepada rakyat untuk menilai kejujuran pembangkang berhubung penubuhan suruhanjaya itu.

Dr Chua dipetik sebagai memperingatkan rakyat Sabah supaya tidak perpedaya oleh Anwar kerana pemimpin Pakatan itu kini menyanyikan lagu lain tentang isu berkenaan.

Oleh itu, Salleh menggesa rakyat Sabah supaya menolak parti pembangkang, yang kata beliau hanya pandai menabur janji manis, tetapi tidak mampu menunaikannya. -- BERNAMA

Almost all federal depts in Sabah headed by locals


OVER TO YOU: Dr Ali Hamsa handing over assistance to a single mother civil servant during a breaking of fast ceremony with the civil servants in Kota Kinabalu on Thursday night. — Bernama photo
KOTA KINABALU: The federal government always provide opportunities for locals to helm its departments and agencies in the states, Chief Secretary to the Government Datuk Seri Dr Ali Hamsa said.

In Sabah, he said, almost all federal departments and agencies, like the Health Department, Customs Department, Immigration Department and the Education department were headed by locals.

“There are many more federal departments and agencies which are headed by locals. Hence, the issue of locals being sidelined does not arise,” he told reporters after visiting the Queen Elizabeth 1 Hospital near here Friday.

Ali was responding to demands made by the opposition in Sabah for more civil servants from Sabah be appointed to head federal departments and agencies in the state in tandem with the concept of “Borneonisation” that was agreed to during the formation of Malaysia.

On the progress of the construction of a new building for the Queen Elizabeth 1 Hospital, Ali said he satisfied with the work progress and hoped it would be completed according to schedule.

Earlier, in his speech at the breaking of fast function with civil servants here, Ali said efforts would be made to bring the civil service closer to the people to improve its image.

He advised civil servants to go to the ground to meet the people and be more people-friendly.

As for department heads, he said, they should also look into the welfare of their staff, especially on promotion for the long-serving employees. — Bernama

Sunday, August 12, 2012

Najib: RCI Diberi Masa Enam Bulan Siasat Masalah Pendatang Tanpa Izin Di Sabah

Datuk Seri Najib Tun Razak
KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan perincian dan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) Sabtu berkata suruhanjaya itu diberi masa enam bulan untuk menyiapkan siasatan mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Perdana Menteri berkata tempoh enam bulan itu bermula dari tarikh tauliah pelantikan pengerusi dan anggota RCI dikeluarkan dan laporan siasatan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya suruhanjaya itu akan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong manakala Ketua Setiusaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai setiausahanya.

RCI akan dianggotai empat pesuruhjaya iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, katanya.

Cadangan kerajaan persekutuan bagi penubuhan suruhanjaya itu mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri di Bangunan Umno, dekat sini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Perdana Menteri turut mengumumkan terma rujukan suruhanjaya itu yang bermatlamat untuk menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan.

Beliau berkata siasatan akan menjurus kepada sama ada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah adalah menurut peruntukan undang-undang.

Suruhanjaya juga akan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah yang memegang kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih, katanya.

Selain itu, Najib berkata RCI juga akan menyiasat sama ada pihak berkuasa yang berkenaan telah mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa penambahbaikan kepada prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan bagi mengelakkan apa-apa ketidakteraturan daripada segi undang-undang.

Siasatan lebih lanjut juga perlu berhubung prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan mengambil kira standard dan norma antarabangsa yang terpakai bagi Malaysia, katanya.

"Ia mengesyorkan apa-apa pindaan atau perubahan untuk memantapkan dan menambah baik prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu," katanya.

Najib berkata RCI juga ditubuhkan bagi tujuan menyiasat sebab-sebab peningkatan populasi di Sabah mengikut pelbagai kategori iaitu warga Sabah yang menetap di Sabah, termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan biru dan kewarganegaraan melalui sijil kelahiran (pendaftaran lewat), pekerja asing (termasuk ahli keluarga), pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga) dan pelarian serta meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.

"Kita juga menyiasat implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dan menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang yang tidak bernegara".

Najib berkata penubuhan suruhanjaya siasatan itu membuktikan komitmen tinggi kerajaan Persekutuan untuk menyiasat isu-isu yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di Sabah.

Beliau berkata kerajaan berharap rakyat Sabah akan mendapat manfaat daripada penubuhan suruhanjaya siasatan berkenaan dan bersama-sama menyokong kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang berkaitan.

Sebelum ini, pelbagai pihak di Sabah termasuk parti komponen BN negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) begitu lantang menyuarakan masalah pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan dan berharap kerajaan BN melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Berdasarkan jawapan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada 1970 meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang 2000.

-- BERNAMA

Friday, August 10, 2012

PM pertahan tema "Janji Ditepati'...kata ia berlandaskan kepada tuntutan agama

Datuk Seri Najib Tun Razak
Sekalipun pembangkang sudah set mengunakan tema mereka sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap mempertahankan tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Janji Ditepati'. 

Beliau menegaskan tema berkenaan sama sekali tidak merupakan retorik politik sebaliknya ia berlandaskan kepada tuntutan agama. 

Katanya tema itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya. 

"Tema ini berpaksikan kepada rukun agama. Kita (BN) berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita akan tepati janji kita untuk beri kepercayaan pada rakyat. Kita mahu membuktikan negara kita adalah negara Islam contoh," katanya. 

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas di Kuala Terengganu Khamis yang dihadiri kira-kira 10,000 orang. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. 

Najib berkata dalam Islam jika setiap janji itu tidak dikotakan ia boleh dianggap sebagai munafik. 

"Jadi kita sebagai sebuah kerajaan kita janji akan tepati janji itu. Kita bersedia ditolak rakyat kalau janji itu tidak kita tunaikan...kita sesama manusia pun perlu tunaikan janji, nak berniaga pun mahu berurusan dengan yang menepati janji dan kerajaan pun kita mahukan kerajaan yang menepati janji". 

Beliau berkata disebabkan itu tidak perlu mana-mana pihak untuk takut kepada tema Hari Kebangsaan itu. Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat berada dalam sebuah negara yang makmur seperti Malaysia. 

"Dalam bulan puasa ini kita dapat menjalani ibadah dengan sempurna tidak seperti di negara-negara lain. "BN telah berjaya membela rakyat melalui pelbagai program dan berharap rakyat akan terus memberikan sokongan kepada BN," katanya. 

Najib kemudiannya menyampaikan sumbangan ihsan Ramadan kepada anak yatim, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal. Beliau selepas itu menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Padang Nenas dan menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Masjid Wakaf Tembesu sebelum berlepas pulang ke ibu negara.- 9/8/2012

Wednesday, August 8, 2012

Pakatan Pembangkang Di Sabah Hanya syok Sendiri

Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang yang cuba memberi bayangan seolah-olah Barisan Nasional (BN) negeri mula goyang dan berpecah berikutan tindakan beberapa pemimpin BN yang menyokong pembangkang.

Beliau berkata semua itu adalah tipu helah pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi BN negeri itu berkata keadaan di Sabah sebenarnya tenang dan orang-orang tertentu terutama pembangkang sahaja yang "syok sendiri".

"Jangan khuatir dan gusar, tidak ada apa-apa masalah. Ini merupakan cakap-cakap biasa bagi pembangkang bila ada dua (anggota Parlimen) keluar BN, dia orang heboh besar-besaran.

"Sebenarnya, dulu banyak juga wakil rakyat atau anggota Parlimen yang keluar (dari pakatan pembangkang)...kita tidak heboh kerana bagi kita itu perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan cek peruntukan Pakej Rangsangan Khas (PRK) bagi sekolah-sekolah mubaligh Sabah untuk tahun 2012 di SM Lok Yuk Likas, dekat sini Selasa.
-- BERNAMA

Monday, August 6, 2012

Jangan Kacau Politik Sabah-Musa Aman

DATUK SERI MUSA AMAN
HAMPIR 12.40 tengah malam Khamis lalu, barulah Ketua Menteri Sabah, DATUK SERI MUSA AMAN muncul di depan kami. Sebelum itu sejak pukul 7 malam lagi beliau menghadiri program tahunan iaitu majlis berbuka puasa di PWTC, Kuala Lumpur dengan anak-anak Sabah di perantauan yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Semenanjung.

Musa yang pernah diwawancara oleh kami pada akhir tahun lalu masih tetap tenang dan ceria. Jika pada November lepas dalam pertemuan itu beliau mengingatkan kepada pemimpin UMNO dan BN Sabah jangan sesekali tikam belakang mensabotaj parti, baru-baru ini apa yang dibayangkan oleh Musa telah pun terjadi.

Ia susulan tindakan dua Ahli Parlimen BN dari Beaufort dan Tuaran, masing-masing Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar parti.

Pengerusi BN Sabah itu bagaimanapun kelihatan tidak gusar malah sepanjang temubual yang menghampiri pukul 1 pagi itu, ungkapan-ungkapan beliau sarat dengan suara ketegasan, berterus-terang yang sesekali diselangi ketawa kecil - bahawa perjuangan BN untuk memartabatkan maruah dan impak perkhidmatan wakil-wakil rakyatnya di mata rakyat Sabah harus mengatasi segala kepentingan peribadi.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia ZULKIFLI JALIL, TERMIZI CHE ANUAR dan jurugambar SAFRIZAL AZMI, Musa berkongsi harapan BN dan Kerajaan Pusat kepada rakyat Sabah termasuk buat ahli dan pemimpin BN negeri itu. Manakala di Sabah TARMIZI ABDUL RAHIM mewawancara Timbalan Dekan Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, ZAINI OTHMAN, bagi mengupas perkembangan yang berlaku.

MINGGUAN: Ada tanggapan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah kini goyah dengan tindakan Lajim dan Wilfred baru-baru ini?

MUSA: UMNO dan BN di Sabah tidak tergugat dengan tindakan tersebut. Saya yakin rakyat Sabah bijak menilai sendiri siapa yang benar. Tanggapan itu merupakan dakyah-dakyah yang digunakan pemimpin pembangkang untuk mengelirukan rakyat di Sabah kerana mereka tidak memiliki kekuatan. Oleh sebab itu, pembangkang terpaksa menggunakan cara kotor itu sambil menabur pelbagai janji palsu yang tidak mungkin tercapai bagi mendapatkan sokongan rakyat. Ini berbeza dengan BN yang memang terbukti menggunakan pendekatan kata dikota, janji ditunai. Rakyat sendiri boleh melihat segala pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri meliputi kesemua kawasan sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Untuk makluman, sebenarnya tahun lalu sahaja Sabah telah menerima pelaburan swasta berjumlah RM10 bilion. Ini bukti kerajaan negeri telah melaksanakan tugas dengan baik. Rakyat dapat menerima faedah secara langsung dengan pelaburan itu dan saya tahu semua gembira dengan keadaan sekarang. Hasil pelaburan itu juga meningkatkan taraf infrastruktur lain yang berbeza berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Saya sendiri sebagai Ketua Menteri, selalu mengadakan perjumpaan pemimpin akar umbi seperti dengan ketua kampung, kapitan Cina dan ketua daerah untuk mendengar sendiri masalah-masalah yang dihadapi kawasan yang terlibat. Justeru, jika ada pihak yang mendakwa BN Sabah kini tergugat, itu tidak benar sama sekali.

Apakah punca mereka bertindak demikian?

MUSA: Saya rasa mereka mahukan jawatan yang lebih besar berbanding sekarang. Ada yang bercita-cita tinggi dan sudah pasti mereka berbuat demikian bagi mencuba nasib. Itu hak masing-masing. Kita perlu mementingkan parti lebih daripada kepentingan peribadi serta ikhlas untuk berkhidmat, bukannya mengejar pangkat dan kedudukan semata-mata. Jika kita ikhlas, Insya-Allah akan berjaya. Tetapi yang menghairankan saya, mereka itu sekarang sibuk mengatakan akan berjuang untuk membantu nasib rakyat. Sepatutnya ketika memegang pelbagai jawatan sama ada menteri atau timbalan menteri yang berkuasa waktu itulah sepatutnya sudah melakukannya. Adakah ketika memegang jawatan tersebut yang memiliki ruang dan peluang, mereka ini tidak berbuat apa-apa. Ini menunjukkan mereka ini tidak ikhlas berjuang untuk rakyat dan ia juga hanyalah sekadar gimik politik sahaja. Ini semua adalah alasan lemah yang digunakan individu-individu terbabit untuk keluar daripada parti demi mengejar cita-cita lebih besar.

Pembangkang mendakwa kerajaan negeri Sabah terlalu bertuankan Kuala Lumpur. Apa komen Datuk Seri?

MUSA: Itu tidak betul. Hala tuju negeri ditentukan oleh kita sendiri melalui Jemaah Menteri atau Kabinet Negeri yang ada. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Sabah. Sebaliknya kita bersyukur mempunyai seorang pemimpin yang sentiasa merasai denyut nadi rakyat dan amat prihatin terhadap keperluan rakyat di seluruh pelosok negeri Sabah, terutama di kawasan luar bandar. Ini dibuktikan menerusi peruntukan yang besar daripada Kerajaan Pusat kerana Sabah negeri kedua terbesar di Malaysia dan banyak permintaan telah diluluskan. Malah, banyak permintaan lain yang turut diterima oleh Kerajaan Pusat. Antaranya saya mahu melihat ramai anak tempatan memegang jawatan pengarah negeri dan itu juga sudah tercapai. Sekarang, kita lihat jawatan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Pengarah Kastam, Pengarah Imigresen dan Pengarah Pelajaran Negeri telah diketuai oleh pegawai-pegawai tempatan Sabah. Itu antara bukti Kerajaan Persekutuan mengiktiraf kebolehan orang Sabah dan menghormati pentadbiran kerajaan negeri. Jelas dakwaan itu adalah fitnah jahat semata-mata yang cuba menafikan kejayaan dan pencapaian Sabah sekarang.

Mereka turut memainkan isu kebanjiran melampau pendatang asing tanpa izin di Sabah dalam beberapa tahun ini dan mungkin ada yang boleh dikongsikan kerajaan negeri dalam isu tersebut?

MUSA: Kemajuan dan kemakmuran ekonomi hasil usaha kerajaan negeri selama ini telah menarik minat warga asing mahu bekerja di Sabah. Kita sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Dan saya akui bukan mudah menyelesaikannya dalam tempoh yang singkat. Kita sudah mempunyai jawatankuasa pusat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga jawatankuasa negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara bersama. Banyak program yang dijalankan termasuk penguatkuasaan melalui pelbagai agensi iaitu polis, tentera dan imigresen bagi menghantar pulang mereka ke negara masing-masing. Di Sabah yang paling ramai adalah warga Indonesia dan Filipina. Bagi warga Indonesia, kita tidak ada masalah untuk menghantar pulang kerana mereka mempunyai konsulat di Sabah. Malangnya, masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini. Jika pembangkang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa, ia adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana kita sedaya upaya telah berusaha menyelesaikan masalah ini yang sudah pasti akan mengambil masa.

Bagaimana pula Datuk Seri melihat janji pembangkang mahu memberikan royalti minyak 20 peratus kepada kerajaan negeri jika mereka menang PRU13?

MUSA: Itu janji yang tidak logik. Sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur. Kita sedar sejak Sabah bersama-sama membentuk Malaysia, Kerajaan Pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagai infrastruktur termasuk sekolah, hospital, jalan raya dan sebagainya. Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan keselamatan negeri yang memakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh Kerajaan Pusat melalui pelbagai kaedah. Kita perlu lihat dari skop yang lebih luas.

Apakah BN telah bersedia di semua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi menghadapi PRU13?

MUSA: BN Sabah telah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum nanti daripada semua aspek. Saya telah bertemu semua jentera di setiap bahagian dan gembira dengan tahap kesiapsiagaan mereka bagi menghadapi pilihan raya. Saya juga sentiasa berpesan kepada pemimpin-pemimpin BN agar terus turun padang bagi mengetahui segala masalah yang dihadapi. Seterusnya cuba untuk membantu menyelesaikannya. Jika ini berterusan, rakyat akan menghargai dan terus memilih BN sebagai tempat mengadu nasib. Dengan rekod baik BN selama ini, ia tentu sekali akan dinilai sendiri oleh rakyat. Dalam bulan penuh keberkatan iaitu Ramadan ini juga, saya bersama-sama exco dan pimpinan parti turun padang untuk majlis berbuka puasa di enam zon UMNO di seluruh negeri bagi mendekati rakyat. Inilah tradisi kita, yang bukan sahaja dihadiri umat Islam, bahkan juga pemimpin parti-parti komponen dan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Sabah menerima pelaburan berjumlah RM10.2 bilion pada suku pertama tahun ini dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat. Apakah usaha kerajaan BN bagi memastikan ekonomi Sabah terus mantap untuk dinikmati rakyat?

MUSA: Ini satu petanda yang menunjukkan mereka (pelabur) berani melabur di Sabah kerana politiknya stabil. Pelabur tertarik kerana negara ini aman dan selamat tanpa kekacauan jika dibandingkan sesetengah negara yang porak-peranda. Ini sudah tentu akan turut memberi nikmat kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Contohnya perniagaan udang kara yang dijalankan di Semporna yang berjumlah berbilion ringgit turut memberikan peluang kerja kepada penduduk tempatan termasuk nelayan dan juga pengusaha di situ. Begitu juga industri pelancongan yang semakin berkembang di Sabah.

Jumlah kehadiran pelancong asing seperti dari Korea Selatan, Eropah serta Amerika Syarikat yang semakin meningkat turut menjana ekonomi negeri ke tahap lebih tinggi. Pelbagai tempat menarik di negeri ini seperti Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu adalah anugerah Tuhan. Ini menjadikan Sabah pilihan ramai pelancong. Sebab itu rakyat perlu sedar semua kejayaan itu adalah hasil komitmen dan kesungguhan pemimpin BN dalam memacu pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Sebab itu pentingnya mengekalkan kestabilan politik dan juga keamanan di Sabah agar menarik lebih ramai pelabur untuk melabur. Jika sentiasa ada demonstrasi dan suasana tidak aman, mana mungkin ada pelabur yang akan berani untuk melabur. Saya percaya rakyat Sabah bijak memilih.

Apa nasihat Datuk Seri kepada mereka yang terpilih menjadi calon BN dan tidak terpilih pula bagaimana?

MUSA: Kepada yang terpilih untuk menjadi calon, saya mahu mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa kerana ia adalah satu tanggungjawab serta amanah yang diberikan. Jika sudah menang, jangan sibuk mahu menjadi Yang Berhormat sebaliknya perlu menjadi seorang Yang Berkhidmat supaya nasib rakyat dapat dibela. Rakyat telah memilih kita, justeru khidmat terbaik perlu diberikan kepada mereka sebagai tanda membalas budi. Bagi yang tidak terpilih pula, perlu ingat bahawa perjuangan parti perlu diletakkan melebihi kepentingan peribadi. Jangan cuba sabotaj parti kerana kekalahan parti adalah kekalahan bersama.

Apa mesej Datuk Seri kepada parti-parti pembangkang yang masih suka mengadu domba dalam kalangan rakyat Sabah serta rakyat Sabah keseluruhan?

MUSA: Itu memang cara pembangkang yang suka membuat hasutan dan tohmahan untuk meraih undi. Mereka terpaksa buat begitu. Tetapi terpulanglah kepada rakyat untuk menilai dan memilih. Saya berharap rakyat dapat membuat pilihan yang tepat dan menilai mana baik dan yang mana tidak. Rakyat, saya percaya sedar bahawa kerajaan BN adalah parti terbaik, kerajaan terbaik dan memiliki rekod yang baik. Apa yang penting kita tidak mudah leka dan akan terus bekerja untuk pilihan raya dan juga selepas pilihan raya.

Sunday, August 5, 2012

Dakwaan Parti Baharu Lebih Baik Tidak Berasas - Timbalan Ketua Menteri

Datuk Seri Yahya Hussin
PUTATAN, 5 Ogos (Bernama) -- Rakyat Sabah diingatkan agar tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa parti politik baharu yang ditubuhkan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin, dakwaan itu tidak disokong bukti memandangkan keupayaan parti baharu berkenaan dalam mentadbir negeri belum diuji.

"Bagaimana mereka mendakwa mereka lebih baik daripada kerajaan BN sekarang, sedangkan mereka belum pernah menjadi kerajaan.

"Sebab itu,saya mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah parti baharu atau pergerakan politik yang menyokong pembangkang yang menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13," katanya pada majlis penyerahan bantuan dan berbuka puasa bersama asnaf di pekarangan Masjid Kampung Lok Kawi Baru, dekat sini malam tadi.

Yahya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Petagas, berkata kerajaan BN telah membuktikan kemampuannya mentadbir negara dan negeri serta membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Katanya kerajaan BN sentiasa mencari jalan membantu memperbaiki segala aspek kehidupan rakyat dengan memperkenal pelbagai program bantuan dan kemudahan demi faedah rakyat.

"Program Transformasi yang diperkenalkan banyak membantu meringankan beban rakyat pelbagai peringkat di samping membantu meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi mereka," katanya.

Menurutnya kestabilan politik, keamanan dan kesejahteraan di bawah pemerintahan kerajaan BN telah membolehkan wang zakat yang dikumpul diagihkan kepada golongan yang layak.

Yahya berkata dengan adanya sokongan yang berterusan, Kerajaan BN dapat membawa lebih banyak pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat.

-- BERNAMA