Translate

Tuesday, October 30, 2012

Pendidkan Wadah Penting Mantapkan Perpaduan Nasional


Salleh Said Keruak.
KOTA KINABALU, 30 Okt (Bernama) -- Pendidikan yang ditekankan dalam Gagasan 1Malaysia, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan wadah penting untuk memantapkan perpaduan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.


Oleh itu, katanya, penggemblengan tenaga dan kerjasama semua pihak sangat penting bagi memastikan segala cabaran itu dapat dipikul serta dilaksana dengan jayanya.

Bagaimanapun, Salleh berkata, pendidikan dan pengetahuan perlu dilihat dalam konteks holistik dan disepadukan dengan nilai.

"Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca, sama ada melalui buku atau pun Internet, akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia.

Monday, October 29, 2012

Persidangan Umno 2012 Jadi Tumpuan Luar Biasa Menjelang PRU-13

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan berlangsung bulan depan dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk mendengar amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya dipalu.

Thursday, October 25, 2012

Hayati Konsep Pengorbanan Sempena Aidiladha- Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat menyambut Aidilhadha kepada semua umat Islam yang merayakannya esok.

"Semoga Aidiladha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan Aidiladha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini," katanya dalam perutusan yang dimuatnaik dalam blog 1Malaysia Khamis.

Beliau berharap agar Aidiladha diraikan dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan sambil mengajak umat Islam menghayati konsep pengorbanan yang dituntut Islam, yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga dan dan kepentingan diri bagi memperoleh keredhaan Allah.

Jimmy Wong Digantung Menghadiri Sidang DUN Sabah Kerana Enggan Patuhi Arahan Speaker

Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.
KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menggantung Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) daripada menghadiri persidangan dewan semalam kerana keengganan beliau mematuhi arahan Speaker.

Speaker DUN, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata sebagai Speaker, beliau berhak menggunakan kuasanya mengikut Perkara 52 Peraturan Tetap sidang DUN bagi menyingkirkan mana-mana ADUN yang melanggar Perkara 51 peraturan itu daripada menghadiri persidangan dewan.

"Penggantungan Wong adalah kerana beliau enggan dengar arahan Speaker kerana dalam peraturan mesyuarat, Speaker mempunyai kuasa tertentu dan sebagai Speaker persidangan kelmarin saya memberi ruang seluas-luasnya kepada Wong untuk melibatkan diri dalam perbahasan," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Wednesday, October 24, 2012

Najib Sambut Baik Kemasukan Australia Dalam Koridor Pertumbuhan Asia Yang Baharu

Datuk Seri Najib Tun Razak

MELBOURNE, 24 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemasukan Australia di dalam Koridor Pertumbuhan yang baharu yang menghubungkan China ke negara-negara di Asia dan Timur Tengah akan memacu pertumbuhan dan kemakmuran global.

Katanya kemasukan Australia akan menyatukan sesetengah ekonomi paling kukuh di dunia.

"Dalam perutusan saya kepada Forum Ekonomi China Dunia (WCEF) yang lepas, saya menyifatkan Koridor Ekonomi Baharu yang berkembang pesat sebagai yang menghubungkan China melalui Asia Tenggara dan India ke Timur Tengah.

"Tahun ini, adalah khusus dan relevan dengan kemasukan Australia," katanya dalam perutusannya kepada Forum Ekonomi China Dunia ke-empat yang akan diadakan di sini pada 12 dan 13 Nov.

Tuesday, October 23, 2012

Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR) adalah keutamaan dan prioriti kerajaan negeri.-Musa

Musa (kanan) bersalaman dengan salah seorang dari Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai sambil diperhatikan oleh dua lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR) adalah keutamaan dan prioriti kerajaan negeri.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan sentiasa terbuka menerima teguran dan cadangan yang membina untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan bagi mening- katkan tahap pemeliharaan dan perlindungan NCR dan hak pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah.

“Isu NCR tidak seharusnya diputar-belit kerana ia menyentuh kepentingan orang asal, sebaliknya setiap pihak harus memberikan sokongan bagi memastikan isu-isu berkaitan NCR dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga kepentingan dan hak asasi orang asal negeri Sabah,” katanya.

PBS Sokong Belanjawan RM4.088 Bilion Sabah 2013

Datuk Johnny Mositun (BN-PBS)
KOTA KINABALU, 21 Okt (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) menyuarakan sokongan terhadap Belanjawan Negeri 2013 yang diumumkan oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Musa Aman dan menyatakannya sebagai pragmatik dan bebas daripada gimik pilihanraya. 

"Malah pengkritik Barisan Nasional (BN) harus mengakui bahawa Bajet 2013 lebih daripada mencukupi untuk menangani isu-isu sedia ada bagi 2013. 

"Tiada perbelanjaan remeh atau yang semata-mata untuk menarik undi dan terdapat keseimbangan antara peruntukan operasi dan pembangunan. Ia juga melengkapi Belanjawan Persekutuan 2013 untuk mengelakkan pertindihan dan pembaziran dana awam," kata Ketua Penerangan parti Datuk Johnny Mositun dalam satu kenyataan. 

Sunday, October 21, 2012

Najib Seru Komponen BN Buat Persediaan Sebelum "Berperang"


DS Najib ketika Perhimpunan Agung MCA ke-59
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

Friday, October 19, 2012

Sabah Peruntuk RM4.088 Bilion Bagi Belanjawan Negeri 2013


Ds Musa Aman, TS Joseph Pairin Kitingan dan DSP Yahya Hussin.
KOTA KINABALU, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM4.088 bilion bagi Belanjawan Negeri 2013, yang meningkat RM40 juta berbanding anggaran perbekalan bagi 2012. 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata anggaran perbekalan 2013 merangkumi tiga komponen utama iaitu Anggaran Emolumen RM663.17 juta (pertambahan RM39.51 juta berbanding RM623.66 juta pada 2012), Perbelanjaan Berulang RM1.120 bilion (pertambahan RM32.92 juta berbanding RM1.O87 bilion) dan Perbelanjaan Khas RM2.337 bilion (pertambahan RM34 juta berbanding RM2.303 bilion). 

"Belanjawan 2013 ini merupakan bukti komitmen kita untuk terus memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat dan negeri Sabah." 

PR TIDAK MAMPU TERAJUI NEGARA

Datuk Seri Najib Tun Razak
LUMUT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin menegaskan pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) yang dianggotai tiga parti berbeza sanggup bersandiwara dan berpura-pura sesama sendiri semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Beliau berkata berbeza dengan pakatan pembangkang, BN tidak bercakap soal mahu menjatuhkan mana-mana parti politik.

“Itu sahaja matlamat mereka, dan ini bukan bermakna mereka boleh dipercayai untuk memimpin negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung yang diadakan sempena lawatan beliau ke selatan Perak.

Monday, October 15, 2012

BN Terus Terima Sokongan Rakyat Sabah


KUDAT, 14 Okt (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata puluhan ribu rakyat Sabah membanjiri program turun padang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Musa berkata program turun padang pemimpin itu bukan sekadar berhujah, berceramah dan "tidak dengan tangan kosong" berbanding sikap pembangkang.

"Beribu-ribu rakyat hadir membanjiri program turun padang dan kita harus bersyukur, berterima kasih ada pemimpin yang mendokong semangat janji ditepati dan prihatin nasib rakyat di seluruh pelusuk negara termasuk di Sabah," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Sukan Kudat di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata Sabah akan terus menjadi sebuah negeri yang maju di bawah kerajaan BN berdasarkan pelbagai pelaksanaan program pembangunan di negeri ini.

Menurutnya, Belanjawan 2013 yang memperuntukkan RM386 juta untuk penyeragaman harga di Sabah dan Sarawak dan Jelapang Padi di Kota Belud membuktikan kerajaan prihatin dan dapat merasai denyutan nadi rakyat.

RELATED NEWS
-Number Of State Visits PM's Prerogative, Says Salleh 

Kerajaan Bina Jalan Pesisir Dari Tuaran Ke Kudat


KUDAT, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan bersetuju pada prinsipnya untuk melaksanakan projek pembinaan jalan pesisir menghubungkan Tuaran, Kota Marudu hingga Kudat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata jalan pesisir berkenaan perlu dibina bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di laluan jalan berkenaan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi penduduk di ketiga-tiga kawasan yang dilalui jalan berkenaan kelak.

"Saya difahamkan bahawa jalan pesisir melalui Tuaran, Kota Marudu ke Kudat perlu kita laksanakan sebab apabila ada jalan pesisir yang besar dan luas maka banyaklah kawasan dapat dibuka dan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

"Cuma saya nak tentukan peruntukan yang diperlukan dan bila saya dapat tentukan peruntukan, maka projek ini akan saya umumkan secara rasmi. Tetapi percayalah ianya akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat di sini, hari ini.

Najib juga berkata bahawa beliau secara prinsipnya bersetuju supaya sebuah pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) diwujudkan di Kudat memandangkan kedudukan daerah itu yang bersempadan dengan Pulau Palawan, Selatan Filipina dan sebagai pintu masuk utara negeri Sabah.

Katanya keperluan berkenaan juga bersesuaian dengan persetujuan kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk menandatangani Rangka Kerja Perjanjian damai bagi mengakhiri konflik 40 tahun mereka, yang akan disaksikan Perdana Menteri hari ini.

"Bila Filipina Selatan aman, mereka boleh melakukan pembangunan dan bila berlaku pembangunan kuranglah orang yang akan masuk (ke Sabah) secara haram dan Kawasan Pertumbuhan Asia Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) akan lebih maju, perdagangan dapat ditingkatkan dan pelaburan juga dapat ditambah bagi kawasan itu," katanya.

Menurut Najib, satu kajian terperinci akan dilakukan mengenai segala keperluan pewujudan CIQ berkenaan dan peruntukan bagi pembinaannya akan diumumkan apabila tiba masanya.

Najib juga berkata Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menentukan lokasi pembinaan rumah mampu milik di seluruh negeri Sabah untuk memenuhi permintaan rumah bagi rakyat di negeri ini.

Selain itu, kata Najib, pusat PERMATA Negara juga akan diwujudkan di setiap kawasan Parlimen di Sabah melalui peruntukan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

Peruntukan RM2.98 Bilion Untuk Sabah Tahun Depan: PM


KUDAT, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan RM2.98 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Sabah, tahun depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu termasuk bagi melaksanakan projek meningkatkan bekalan elektrik sejumlah RM400 juta, projek bekalan air bersih RM150 juta dan RM31.3 juta bagi pembinaan jalan perhubungan desa.

Najib berkata projek Agropolitan Kota Belud-Pitas juga akan dibangunkan dengan peruntukan RM66 juta selain projek perumahan rakyat di Putatan dan Sandakan sebanyak RM65 juta.

"Selain itu, antara projek lain ialah pembinaan Loji Air di Semporna (RM30 juta), Kolej Komuniti Tambunan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuaran (RM32 juta) dan pelbagai projek kesihatan," katanya di hadapan lebih 50,000 rakyat yang datang dari pelbagai kawasan berhampiran Kudat seperti Pitas, Matunggong, Kota Belud, Tandek dan Pulau Bangi, ketika pelancaran program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga meluluskan peruntukan RM3.06 juta untuk pembinaan Rumah Kedai di Karakit, Pulau Banggi, projek perumahan rakyat di Jalan Apa, Kudat (RM3.5 juta) dan menambah baik kemudahan di Hospital Kudat.

Najib juga berkata kerajaan akan mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada seramai 408,927 isi rumah bagi seluruh Sabah termasuk 20,399 di Kudat, tidak termasuk golongan bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000.

"..tidak kira pilihan raya tahun ini atau tahun depan, janji ini tetap akan ditepati termasuk Klinik 1Malaysia di Kudat dan pembinaan Kudat Maju Shopping Centre," katanya sambil turut mencadangkan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan di Kudat.

Katanya, semua projek berkenaan dilaksanakan sebagai usaha berterusan bagi memakmur dan memajukan negeri di Bawah Bayu ini.

Sejurus pelancaran program itu, Perdana Menteri turut diraikan dalam satu jamuan makan tengah hari di kediaman Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang juga dinamakan 'Istana Tun Mustapha'.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Friday, October 12, 2012

Musa Minta Umno Sabah Perhebat Persediaan Hadapi Pru 13

Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU, 12 Okt (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu semua ketua bahagian Umno di Sabah memperhebatkan jentera masing-masing dalam usaha meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau juga mahu semua bilik operasi berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Umno Sabah sedang giat menganjurkan mesyuarat dan kursus di setiap daerah mengundi bagi memperkemas persediaan parti, dan setakat ini separuh daripada 25 bahagian sudah mengadakan mesyuarat dan kursus masing-masing, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Sabah, di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, Setiausaha badan itu Datuk Yahya Hussin, Bendahari Umno Sabah Datuk Hajiji Noor dan Ketua Penerangan Datuk Sapawi Ahmad.

Pada pilihan raya umum lepas, BN Sabah yang ditunjangi Umno hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

Thursday, October 11, 2012

PM lawat Sabah 13-14 Oktober ini

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan rasmi ke Sabah pada 13 dan 14 Oktober ini di tiga daerah iaitu Penampang, Ranau dan Kudat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, lawatan Perdana Menteri itu bagi merasmikan beberapa program termasuklah perasmian jambatan Inobong dan pecah tanah bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (Ilman) di Inobong, Penampang.

Menurutnya, beliau juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu Kundasang, Ranau.

"Perdana Menteri juga dijangka membuat pelepasan bendera untuk Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu 2012 Ke-26 dan seterusnya melawat sekitar pekan Kundasang.

Caj parkir kereta DBKK turun 30 peratus

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meluluskan cadangan menurunkan kadar caj parkir kereta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebanyak 30 peratus yang diumumkan Kabinet pada 19 September lepas.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kadar caj baru itu merangkumi empat jenis parkir iaitu jenis A, B, C, dan C1.

"DBKK juga akan memperkenalkan satu jenis parkir baru iaitu A1 di lokasi-lokasi yang terdapat keperluan mendesak seperti kawasan bank," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mensyuarat kabinet negeri di sini kelmarin.

Musa berkata, bermula 1 Mei lepas, DBKK mengambil sepenuhnya pengurusan parkir kereta terbuka daripada syarikat Wawasan Ikhtisas Sdn Bhd.

Serangan Lajim Lebih Bersifat Dendam Politik Untuk Agenda Peribadi: Salleh

KOTA KINABALU, 10 Okt – Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan “politik peribadi” Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat “dendam politik dan agenda peribadi” menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.

“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan “political mileage” dan sebagai  justifikasi  menyertai Pembangkang.

“Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, katanya sebagai mengulas serangan Lajim terhadap kepimpinan UMNO dalam temuramah bersama “Sinar Harian” pada Isnin lepas,

Saturday, October 6, 2012

Pertumbuhan Ekonomi Sabah Terus Kukuh Meskipun Berdepan Pelbagai Cabaran

Datuk Seri Musa Aman.
KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Sabah terus kukuh dan mapan meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk kelembapan ekonomi global, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pelaburan asing dan domestik menunjukkan peningkatan memberangsangkan untuk memacu ekonomi negeri sekali gus menyokong strategi dan program pembangunan holistik.

"Kerajaan negeri komited untuk menguruskan perbelanjaan dan sumber negeri secara berhemah.

Najib Harap Dapat Mandat Besar Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Bercakap dalam satu temu bual dengan 'CNBC Conversation' yang dihoskan oleh pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) hari ini, Najib berkata tempoh lima tahun akan datang adalah sangat penting bagi kerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kepada negara.

Thursday, October 4, 2012

Bajet 2013: Tak pinggir golongan sederhana


Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat pada sesi #tanyanajib 2013 melalui Google+ Hangout dan laman web YouTube, malam tadi.

Nikmati pengurangan cukai, Program rumah Pertamaku: PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan meminggirkan golongan berpendapatan sederhana dalam pembentangan Bajet 2013.

Perdana Menteri berkata, mereka tidak diketepikan, sebaliknya menikmati manfaat termasuk pengurangan cukai individu sebanyak satu peratus dan manfaat menerusi Program Rumah Pertamaku.

“Kalaulah ada pihak yang melabelkan ini sebagai bajet pilihan raya, itu tidak benar kerana pada asasnya ini adalah bajet yang secara asasnya adalah bertanggungjawab. - Datuk Seri Najib Razak

“Kita juga memberikan kemudahan lain yang boleh menguntungkan mereka seperti Rumah Pertamaku... dan beberapa langkah lain. Jadi, golongan pertengahan sebenarnya tak diketepikan kerana kita berikan apa yang termampu,” katanya pada sesi secara langsung #TanyaNajib 2013 melalui Google+ Hangout dan laman web YouTube, malam tadi.

Wednesday, October 3, 2012

PRU13 : Najib yakin rampas P.Pinang.


Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Gerakan memperbaharui semangat perjuangan parti itu terutama di Pulau Pinang bagi merampas kembali negeri tersebut daripada DAP.

Kata beliau, dengan cara itu Gerakan mampu membuktikan parti itu merupakan sebuah rakan kongsi yang baik dan berguna kepada Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Gerakan serta parti komponen BN yang lain tidak perlu takut memasuki gelanggang dan bertarung berhabis2an pada pilihan raya umum nanti demi memastikan kejayaan BN.

Jelasnya, usaha itu perlu disertakan dengan strategi yang baik serta kerja keras dan kerjasama di dalam parti serta dengan komponen BN lain.

Musa yakin KYS akan capai status universiti

Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan terus menempuh kejayaan yang lebih besar melalui perancangan dan hala tuju KYS untuk menjadi sebuah universiti.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan bilangan graduan yang menamatkan pengajian di kolej itu.

Katanya, pada majlis konvokesyen kali ke-17 itu seramai 507 graduan menerima anugerah diploma dan sijil iaitu meningkat berbanding 372 graduan pada konvokes- yen tahun lalu.

“Berdasarkan peningkatan yang dicapai oleh KYS sehingga kini, saya amat berkeyakinan KYS akan terus menempuh kejayaan yang lebih besar untuk mencapai status sebuah universiti.