Translate

Friday, November 30, 2012

FAJAR KEMENANGAN BN MENYINSING DI EMPAT NEGERI DIKUASAI PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Para pemimpin Umno di empat negeri yang dikuasai pembangkang, yakin fajar kemenangan akan menyingsing bagi Barisan Nasional di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Mereka juga yakin benteng pertahanan BN di Perak semakin kukuh menjelang pilihan raya umum ke-13.

Bagi mereka, program transformasi kerajaan pusat dan kelemahan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menjadi faktor penting menarik semula sokongan rakyat terhadap Umno dan BN.

Apabila BN kalah di lima negeri pada PRU-12 2008, rakyat sebenarnya telah memberi peluang kepada parti-parti pembangkang untuk membuktikan keupayaan mereka, tetapi mereka tidak menunaikan kebanyakan janji kempen mereka.

Perak kemudian kembali kepada BN apabila empat wakil rakyat pembangkang hilang keyakinan kepada parti mereka dan menjadi calon bebas yang menyokong BN.

Pemimpin Umno di lima negeri itu membayangkan masa depan yang cerah buat BN pada PRU-13.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kegagalan parti pembangkang untuk mentadbir negeri itu menjadi bukti jelas mereka tidak berjaya menggunakan peluang yang diberi untuk berbakti kepada rakyat. 

Di Kedah, katanya, PAS dan sekutunya telah lebih empat tahun berkuasa tetapi tiada apa yang mereka lakukan untuk membangunkan negeri, sebaliknya semakin banyak masalah timbul, yang terakhir berkaitan pembalakan dan isu bekalan air.

"Kini menjelang PRU-13, sudah ada ayat-ayat meminta mereka diberi peluang sekali lagi kerana tempoh lima tahun tidak mencukupi. Adalah tidak wajar mereka diberi peluang lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di luar Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.

Jelasnya, rakyat telah memberi peluang kepada BN dan parti pembangkang untuk menjadi kerajaan, dan PRU-13 bukan medan untuk uji kaji, tetapi masa untuk rakyat melihat rekod kedua-dua pihak.

Ketika ini, daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 20 kerusi dikuasai parti pembangkang, BN 14 kerusi dan dua lagi wakil rakyat Bebas.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau yakin BN mampu menguasai kembali negeri itu daripada PAS berdasarkan mood rakyat yang menuntut perubahan dilakukan.

Ini kerana, mereka menyedari PAS gagal mengatasi pelbagai masalah termasuk bekalan air bersih dan isu kemiskinan, walaupun sudah 22 tahun memerintah Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata mno Kelantan sedang bekerja bersungguh-sungguh dengan memastikan jentera pilihan raya mantap dan tiada keretakan di Umno Bahagian.

Daripada 45 kerusi DUN Kelantan, BN menguasai tujuh kerusi, manakala pembangkang 38 kerusi.

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata BN negeri akan menggunakan tempoh sebulan dua ini untuk menjalankan aktiviti pengurusan mikro iaitu menyalurkan bantuan kerajaan secara kelompok kecil.

"Kami sudah lama bersedia untuk menawan semula Pulau Pinang malah telah menjalankan pelbagai kerja, jentera, dan bilik gerakan telah beroperasi dan kini kami memberi fokus secara mikro," kata Zainal Abidin.

Keseluruhan Pulau Pinang mempunyai 345 peti undi dengan 150 daripadanya adalah kawasan majoriti Melayu. BN Pulau Pinang kini menguasai 11 daripada 40 kerusi DUN.

Menguasai kembali Selangor dengan sekurang-kurangnya memenangi 30 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, menjadi keyakinan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Ketika ini BN menguasai 21 kerusi, manakala pembangkang 34 kerusi, dan satu diwakili wakil rakyat Bebas.

"Umno dan BN Selangor mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi pilihan raya umum dan yakin dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN," katanya.

Tambahnya, BN Selangor melihat keperluan untuk mengadakan manifesto khusus untuk menarik pengundi Selangor yang kebanyakannya mendiami kawasan bandar.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN yakin dapat mempertahan Perak pada pilihan raya umum akan datang, berdasarkan kejayaan strategi yang dilaksanakan sepanjang lebih tiga tahun memerintah negeri itu.

"InsyaAllah, apabila diberi amanah untuk mengepalai negeri ini, tentu kami mempunyai strategi taktikal, peralatan perang dan sebagainya, dan BN yakin dapat mempertahan kedudukannya di Perak," katanya.

BN Perak pada masa ini mempunyai 28 kerusi DUN, pakatan pembangkang 27 manakala wakil Bebas pula empat kerusi.

Ucapan Dasar Presiden UMNO YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Sempena Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-63 Tahun 2012


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Tetap,
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,
Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden
Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,
Dif-dif Kehormat,
Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

MUKADDIMAH

Saudara dan Saudari sekalian,

1. Alhamdulillah dibalut rasa tawaduk dan rasa rendah diri, sekali lagi kita berhimpun untuk menunaikan tanggungjawab lazim sebagai sebuah organisasi bagi mengadakan mesyuarat agong tahunan parti tercinta yakni Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.

2. Sesungguhnya perhimpunan sebegini bukanlah semata-mata acara ritual dalam memenuhi tuntutan taqwim organisasi. Sebaliknya, ia satu iltizam terbaik melaksanakan proses muhasabah dan islah demi memperbetulkan kelemahan, memperkejab jentera parti, membugarkan halatuju pertubuhan, seterusnya mempastikan kelangsungan jemaah.

Saudara dan saudari,

3. Seperti semua maklum, ini merupakan perhimpunan agong terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang ke-13. Jadinya, Dewan Rakyat, menurut Perlembagaan, kalau pun tidak dibubar oleh yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Perdana Menteri, ia akan terusai juga dengan sendirinya, tanggal 28 April 2013.

4. Oleh itu, setiap seorang daripada kita, tidak kira saudara dan saudari yang berada di bawah, tuan-tuan dan puan-puan yang memenuhi ruang di atas, apatah lagi para pimpinan di sini, dan pastinya, sekian ramai ahli UMNO di mana sahaja, hatta yang tidak bernama, walau yang tidak berjawatan, waima yang tidak berkedudukan, sekalipun yang tidak pernah menjejakkan kaki ke dewan bertuah ini, saya percaya semuanya sedang berasakan betapa kencang tiupan ke medan juang.

Wednesday, November 28, 2012

UMNO: Tangani Politik Fitnah Dengan Fakta, Bukan Emosi - Rosnah

Rosnah Abdul Rashid Shirlin
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Anggota Pergerakan Puteri Umno diingat tidak menggunakan emosi semasa berhadapan dengan serangan pembangkang terutama politik fitnah, sebaliknya mematahkan serangan itu dengan menggunakan fakta.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata anggota Puteri perlu menggunakan tiga senjata sebagai strategi mendepani politik fitnah iaitu ilmu, kebijaksanaan dan kesabaran.

"Ketiga-tiga pendekatan ini harus diadaptasi mengikut situasi. Tanpa ilmu, kebijaksanaan tidak akan lahir, dan tanpa sabar, fitnah akan menyalakan api kemusnahan, membakar seluruh isi perjuangan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2012 di sini pada Rabu.

Beliau berkata Puteri mahu berada di saf paling hadapan dalam menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang terutama yang membentuk persepsi dalam minda masyarakat.

"Persepsi lawannya bukan persepsi, persepsi lawannya bukan emosi. Sebaliknya persepsi akan dipatahkan dengan hujah, persepsi akan dipatahkan dengan ilmu, persepsi akan dipatahkan dengan fakta. Itu jalan kita," tegasnya.

Rosnah mengambil contoh kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama baru-baru ini. Beliau menyifatkan ideologi pluralisme yang cuba disebarkan pembangkang bukan sahaja mengancam akidah umat Islam malah sengaja mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut mempersoal tindakan PAS yang langsung tidak menegur anak emas PKR itu pada muktamar parti berkenaan baru-baru ini.

"Inilah wajah pembangkang, bapa borek anak rintik. Sanggup berbuat apa saja untuk meraih simpati. Jenis apa pembangkang yang kita ada," katanya.

Rosnah secara sinis menggambarkan pakatan pembangkang seperti "seekor kerbau mempunyai tiga gembala, dua orang bertelagah, seorang lagi bertepuk tangan, ketawa berdekah-dekah".

Dalam pada itu, Rosnah berkata Puteri Umno yang kini mempunyai 395,674 anggota, akan terus berusaha gigih dalam meneruskan perjuangan parti.

Rosnah turut meminta masyarakat supaya tidak memandang rendah kepada Puteri Umno kerana mereka mempunyai kesucian dalam perjuangan.

"Lembut kita kerana kita menghormati, diam kita kerana kita berfikir. Tidak semestinya kita diam dan lembut bermaksud kita kalah, tidak bermakna kita tidak berkata apa-apa bermakna kita lemah.

"Bila tiba masanya, kita akan punahkan pembangkang. Kita akan buktikan kita seorang pejuang. Kita akan pastikan kita adalah khalifah Umno. Ayuh Pemuda, Wanita, kita sinsing tangan bersama. Kita pastikan BN (Barisan Nasional) tetap gah, Umno tetap utuh," katanya disambut laungan dan sorakan semangat oleh hampir 1,000 anggota perwakilan yang hadir.

Pada perhimpunan itu, anggota Puteri turut berikrar terus setia kepada Umno selain merapatkan barisan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

-- BERNAMA

Pemimpin Umno, BN Harap Ucapan Muhyiddin Sedarkan Rakyat Kepincangan Pembangkang

Tan Sri Muhyiddin Yassin 
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Perbezaan di antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang yang ditekankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diharap dapat menyedarkan rakyat akan kepincangan dalam pembangkang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ucapan Timbalan Presiden Umno itu boleh dilihat sebagai suatu yang menginsafkan bukan sahaja kepada anggota parti, tetapi juga kepada orang ramai.

Beliau berkata ucapan bersandarkan fakta sebenar permasalahan dalam pakatan pembangkang yang mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kedah itu perlu dihayati, dan diterjemah di peringkat akar umbi oleh ketiga-tiga sayap parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Najib Berharap Kepimpinan Lama Umno Beri Peluang Kepada Orang Muda

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Harapan agar kepimpinan lama Umno dapat memberi peluang kepada calon muda untuk menjadi wakil rakyat adalah antara yang disentuh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Talimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2012.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata presiden Umno itu mahu proses itu dilaksana supaya peremajaan parti dapat dilakukan.

Beliau berkata presiden Umno telah mengadakan rundingan mengenai pemilihan calon parti itu untuk pilihan raya umum ke-13 bersama beliau dan dua lagi naib presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Tuesday, November 27, 2012

Najib Saran Pergerakan Global Bagi Budaya Keamanan

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kini adalah masa bagi pergerakan global menyebarluaskan budaya keamanan, dan menegaskan bahawa kini juga masa untuk menyingkirkan pendekatan membalas dendam dalam dunia yang telahpun berubah.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk membawa pergerakan itu ke setiap minda insan bagi memadamkan keburukan akibat sikap tidak bertoleransi dan prasangka di samping kejahilan dan mementingkan diri yang mendesak masyarakat untuk mengulangi kitaran keganasan.

"Menyebarluaskan budaya keamanan, pada pendapat saya, adalah paling penting kepada masyarakat. Jika masyarakat mahu keluar daripada bayangan konflik dan melakukan permulaan yang baharu, anggotanya mesti dipupuk dalam sebuah budaya keamanan," katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Forum Antarabangsa Umno kali ketiga bertemakan 'Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Menoleh ke Belakang atau Memandang ke Hadapan?' sempena persidangan Agung Umno 2012 di sini.

Wednesday, November 21, 2012

MEKANISME MENGENAI SUMBER ASLI SABAH AKAN DIMAJUKAN UNTUK PERTIMBANGAN

KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Cadangan untuk mewujudkan mekanisme atau jawatankuasa bagi mencari penyelesaian terbaik mengenai sumber asli seperti minyak dan gas di Sabah akan dimajukan untuk pertimbangan kerajaan pusat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa ini cadangan yang baik. Kita boleh duduk dan berbincang antara kerajaan pusat dan negeri serta pihak berkaitan.

BN TEKAD PERTAHAN BEAUFORT PADA PRU-13

KUALA PENYU (Sabah), 21 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) bertekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum ke-13 berikutan tindakan penyandangnya yang meletak semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata Parlimen Beaufort yang diwakili Datuk Seri Lajim Ukin pada pilihan raya umum 2008 harus kekal di pangkuan parti itu berdasarkan komitmen dan kesungguhan kerajaan membangunkan kawasan itu selama ini. 

"Kerusi BN di sini bukan lagi BN. Dia (Lajim) bukan lagi bersama BN... yang mustahak kembalikan semula kerusi ini kepada kerusi BN, kita ambil semula tidak kira Lajim bertanding atau tidak, kita tawan semula," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama rakyat di padang pekan Kuala Penyu di sini, hari ini.

TINJAUAN MESRA TPM DI KUALA PENYU

KUALA PENYU, 21 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan tinjauan mesra di pekan Kuala Penyu yang terletak kira-kira 114 kilometer dari Kota Kinabalu.

Sebaik tiba pada pukul 9.45 pagi, Timbalan Perdana Menteri yang diringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman terus berjalan ke arah pasar Kuala Penyu dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ. 

Dua puluh empat peniaga di pasar itu dan penduduk pelbagai lapisan suku kaum yang menunggu seawal 7 pagi begitu teruja melihat pemimpin nombor dua negara itu.

KAKITANGAN KERAJAAN PERLU JELAS PERKARA SEBENAR: TPM

KOTA KINABALU: Anggota perkhidmatan awam perlu memahami dan menerangkan isu semasa yang sebenar serta pandangan kerajaan ke atas isu dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, terutama menjelang pilihan raya umum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata warga perkhidmatan awam perlu turut memaklumkan kepada rakyat dan pengundi di Sabah bahawa Kerajaan Persekutuan terus menyediakan pelbagai kemudahan dan program membantu serta meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Ini terbukti dengan komitmen dalam Bajet 2013, antaranya meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dan baucer bantuan persekolahan yang ditambah baik.

KAJIAN TERPERINCI SEBELUM LULUS JAMBATAN

KOTA KINABALU: Kajian yang lebih teliti perlu dilakukan sebelum meluluskan pembinaan jambatan yang menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembinaan jambatan itu perlu dilihat dari segi impaknya terhadap sosio ekonomi rakyat Sabah dan Labuan.

"Persoalan yang perlu diteliti adalah adakah pembinaan jambatan itu akan membolehkan Sabah dan Labuan terus membangun secara pesat atau orang labuan akan berhijrah ke Menumbok atau sekitarnya, kesan sebeginilah yang perlu dikaji.

Tuesday, November 20, 2012

MUTAKHIR : Obama ambil tindakan segera bendung keganasan di Palestin: Najib

DS Najib Razak,  di Perkongsian Trans Pasifik (TPP)
PHNOM PENH: Presiden Barack Obama mengambil tindakan segera untuk membendung keganasan di Palestin selepas Malaysia dan Indonesia membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat pemimpin Amerika Syarikat dan ASEAN di sini, semalam. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Obama kepada Datuk Seri Najib Razak, di luar mesyuarat Perkongsian Trans Pasifik (TPP) di Peace Palace di sini, hari ini. 

Perdana Menteri berkata, Obama memaklumkan kepadanya beliau sudah membuat beberapa panggilan telefon bagi menghentikan konflik berkenaan. 

"Hari ini beliau memberitahu saya, malam tadi beliau membuat beberapa panggilan telefon setelah Malaysia dan Indonesia membangkitkan perkara ini. 

"Beliau sudah bertindak memainkan peranan cuba menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, sebentar tadi.

Parlimen Malaysia lulus 10 resolusi kutuk Israel

Malaysia mengutuk serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang dinamakan operasi "Pillars Of Defence" pada 14 November lalu sebagai tindakan angkuh tanpa belas ihsan yang mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa. 

Di Dewan Rakyat pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mewakili Perdana Menteri membacakan usul bertajuk "Mengecam Serangan Kejam oleh Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza" menyaksikan pembentangan 10 resolusi pendirian Malaysia terhadap tindakan Rejim Zionis itu. 

Resolusi berkenaan ialah: 

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat. 

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta serangan ketenretaannya ke atas Wilayah Palestine di Gaza melalui genjatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan senjata tersebut. 

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya. 

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel. 

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang. 

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. 

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. 

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta. 

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin. 

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.-20/11/2012

-NOOR HASILAH ISMAIL

Monday, November 19, 2012

USUL TERGEMPAR BERHUBUNG ISU PALESTIN DIBENTANG ESOK

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Usul tergempar yang pada asalnya dijadual dibentang di Parlimen hari ini untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin, akan dibentang esok.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat di sini.

Terdahulu Salehuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bangun meminta penjelasan berhubung laporan media hari ini yang menyebut kerajaan akan mengemukakan usul tergempar mengenai Gaza. 

TUN DR MAHATHIR BERLEPAS PULANG KE KUALA LUMPUR

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr.Siti Hasmah Haji Mohd.Ali berlepas pulang ke Kuala Lumpur kelmarin setelah menghadiri beberapa acara rasmi di Kota Kinabalu.

Berada di Terminal 2 Lapang Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) bagi menghantar keberangkatan balik beliau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Haji Tussin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan pemimpin setempat.

Sunday, November 18, 2012

KESETIAAN, KEIKHLASAN PBS DALAM BN AMAT DIHARGAI: MUHYIDDIN

Tan Sri Muhyiddin Yassin
PENAMPANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesetiaan dan keikhlasan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) amat dihargai terutama dalam membangunkan negara.

Muhyiddin berkata beliau melihat perjuangan PBS, parti pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan itu, terus relevan dan semakin mendapat sokongan serta kepercayaan rakyat.

Beliau berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kelangsungan perjuangan BN dan jatuh bangun parti bergantung kepada semua ahli.

Oleh itu, beliau berkata semua jentera pilihan raya perlu bersatu padu dan mengelak gejala sabotaj atau elemen yang boleh menjejaskan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Isu sensitif hendaklah ditangani dengan bijaksana dan bertolak ansur bagi memelihara perpaduan dan keharmonian,” katanya dalam perutusan sempena Kongres PBS yang akan berlangsung di sini selama tiga hari bermula 20 Nov.

Saturday, November 17, 2012

PENCULIK BERSENJATA CULIK DUA K-TANGAN KANAN LADANG

SIDANG MEDIA ... Hamza bercakap kepada wartawan kelmarin. Turut kelihatan ialah Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, ACP Shariff Abd Wahid.
KOTA KINABALU: Polis melancarkan gerakan memburu besar-besaran terhadap kumpulan penculik yang bersenjata api yang menyerbu sebuah ladang kelapa sawit dan menculik dua kakitangan kanan.

Lima penculik itu, beberapa orang daripada mereka bersenjata api menyerbu masuk ke dalam bangunan ketika pengurus ladang dan pembantunya sedang berbincang dan mereka menuntut barang-barang berharga dan miliki peribadi diserahkan.

Tuesday, November 13, 2012

Deepavali disambut meriah di seluruh negara hari ini.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel (kedua dari kiri) and bekas presiden MIC S. Samy Vellu (keempat dari kiri) bersama Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek ketika sambutan rumah terbuka Deepavali MIC, 13 November 2012. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Deepavali disambut di seluruh negara hari ini dalam suasana penuh meriah dengan warga Malaysia beragama Hindu mengadakan upacara keagamaan di kuil-kuil dan menerima kunjungan anggota keluarga dan sahabat handai di rumah mereka.

Sambutan di kompleks kuil di Batu Caves di sini adalah antara acara kemuncak pada hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan latar belakang pada majlis rumah terbuka anjuran MIC. 

Orang ramai yang mula berkumpul di perkarangan kompleks itu seawal 8 pagi, dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan vegetarian India. Rumah terbuka itu diadakan dari 9 pagi hingga 1 tengah hari. 

Dimeriahkan dengan paluan gendang dan seruling India serta cuaca pagi yang nyaman, ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada kira-kira 10.30 pagi disambut Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti. 

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. 

Tetamu lain termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta beberapa timbalan menteri, pemimpin politik dan diplomat asing. 

Memakai kurta berwarna kuning air dengan seluar warna senada dan sebai berwarna merah, Najib kemudiannya memotong kek Deepavali, diiringi Palanivel, Samy Vellu, Rais dan tetamu kehormat lain. 

Sementara itu, pelancong dari Jerman, Andrea Niepalla berkata majlis rumah terbuka Deepavali penuh warna-warni itu amat unik dan mengagumkan, manakala Michel Wilmer dari Switzerland berasa gembira kerana berpeluang menikmati pelbagai juadah kaum India dan kagum dengan keramahan rakyat Malaysia. 

“Sungguh seronok berada di Malaysia dan menghadiri majlis yang penduduk pelbagai kaum dan agama meraikannya bersama-sama dengan penuh meriah dan gembira,” katanya kepada Bernama. — Bernama

BN Akan Terus Tadbir Negara Selepas PRU Ke-13 - Salang

Datuk Joseph Salang.
JULAU (Sarawak), 13 Nov (bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata atas alasan ini dan beberapa alasan kukuh lain, maka penduduk luar bandar di negeri ini sewajarnya tidak membazirkan undi mereka dengan memberinya kepada pembangkang.

"Di Sarawak pun kita ada sebuah parti pembangkang, Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang mendakwa ia sebenarnya pro-BN.

"Ini menunjukkan ia mengagumi BN serta amat yakin dengan kemampuan para pemimpinnya dalam mentadbir negara dan berkhidmat kepada rakyat," kata Salang pada Program Kesedaran bencana Alam di Rh.Kelukot di Nanga Telesa, Sungai Mujok, sebuah kawasan pedalaman di sini petang Isnin.

Beliau berkata, walaupun mempunyai sedikit sebanyak kelemahan, sebenarnya, BN memiliki banyak kelebihan lain dalam membawa kemajuan, kestabilan dan kemakmuran kepada negara dan rakyat, yang tidak pernah wujud sebelum ini.

-- BERNAMA

Saturday, November 10, 2012

PROGRAM PERMATA SENI DICADANG DIPERLUAS KE SABAH

KOTA KINABALU, 10 Nov (Bernama) -- Program Permata Seni yang bertujuan menggilap bakat kanak-kanak berpotensi dalam bidang seni pada awal usia, mungkin diperluas ke Sabah.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli berkata program itu dilihat dapat memainkan peranan dalam membantu mengetengahkan khazanah seni budaya tarian di Sabah.

Beliau berkata cadangan itu akan dirujuk kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Permata Seni dalam masa terdekat.

RAKYAT PERLU KEKAL KESINAMBUNGAN PEMERINTAHAN: NAJIB

ALOR GAJAH, 10 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu memilih mengekalkan kesinambungan pemerintahan negara bagi meneruskan agenda transformasi yang telah dirancang oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata sebagai contoh, rakyat boleh menilai corak pengundian rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barrack Obama sebagai presiden negara itu bagi tempoh empat tahun lagi kerana ingin melihat kesinambungan transformasi yang dibawa oleh beliau.

"Rakyat Amerika Syarikat mempunyai dua pilihan sama ada nak merubah atau mengekalkan kesinambungan.

"Apabila mereka tidak yakin dengan agenda calon parti Republikan Mitt Romney, jadi mereka fikir lebih baik pilih kerajaan sama kerana ingin mengekalkan kesinambungan dan saya percaya itu keputusan yang amat tepat dan bijak," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka di Kuala Linggi di sini, hari ini.

MUSA IKRAR TERUS BANGUNKAN BEAUFORT

BEAUFORT, 10 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berikrar untuk terus memajukan Beaufort yang berpotensi untuk membangun setanding daerah lain di negeri ini.

Musa berkata Beaufort masih kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan penduduknya harus menikmati kemajuan seiring kemajuan negeri dan negara.

"Pemimpin tertentu tidak berbuat apa-apa (memajukan Beaufort)...salah siapa kalau Beaufort mundur.

"Kerajaan negeri dibantu Pemuda Umno Beaufort akan memastikan Beaufort dan kawasan sekitarnya iaitu Klias dan Kuala Penyu, Sipitang dan Sindumin tidak ketinggalan dari arus pembangunan," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Belia Gegar Beaufort 3 dan pelancaran NR Fan Club anjuran Pemuda Umno Beaufort, di sini hari ini.

Friday, November 9, 2012

Itu tak betul, kalau itu ucapan Nurul Izzah: Nik Aziz

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, jika benar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul. 

"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi. 

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu. 

Sabah Komited Laksanakan Pembangunan Menyeluruh Untuk Kesejahteraan Rakyat

KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah komited dalam melaksanakan pembangunan menyeluruh bagi memacu pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. 

Oleh itu, beliau menghargai sumbangan dan komitmen yang diberikan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) dalam memangkin kemajuan negeri ini, seterusnya menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

Bagaimanapun, Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata dalam menghadapi kepesatan pembangunan masa kini dan akan datang, SUDC perlu terus memainkan peranan yang lebih berkesan dengan bertindak sebagai agensi pembangunan perbandaran kerajaan. 

SUDC juga perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemaju hartanah bandaran sepenuhnya, memanfaatkan segala peluang ekonomi serta mengurangkan kebergantungan kewangan daripada kerajaan, katanya dalam ucapan beliau sempena majlis makan malam ulangtahun ke-40 SUDC di sini Jumaat malam. 

Friday, November 2, 2012

Kerjasama Pembangkang Bersifat Sementara, Kata Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Hasan al-Bashir.
Daripada Nor Baizura Basri

KHARTOUM (Sudan), 2 Nov (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama pakatan pembangkang bersifat sementara dan sekadar mahu memenangi pilihan raya umum.

Gambar:Presiden Sudan Hasan al-Bashir (R) menyambut kedatangan Tun Mahathir di Istana  president di Khartoum pada November 1, 2012 dalam rangka lawatan resmi dua hari ke Sudan.
n
Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kerjasama yang rapat selama 55 tahun dan persefahaman, beliau berkata dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.