Translate

Sunday, December 30, 2012

Tengku Adnan: Semua Bakal Calon BN PRU Ke-13 Bebas Rasuah Dan Jenayah

PUTRAJAYA, 29 Dis (Bernama) -- Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Sabtu.

Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut 'bersih' dan bebas masalah.

"Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,"katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform Rela, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di sini hari ini.

Friday, December 28, 2012

Majoriti Penduduk Beaufort Tetap Sokong BN - Azizah

Datuk Azizah Mohd Dun
BEAUFORT, 27 Dis (Bernama) -- Majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno beberapa bulan lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berkata maklum balas penduduk di kawasan itu menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat.

Rakyat sudah bijak dan lebih rasional untuk menilai bahawa selama ini BN banyak berjasa dalam kehidupan mereka di negara ini, kata Azizah yang juga Exco Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah pada majlis Jelajah Salam Sayang di Kampung Kukut di sini, Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk sentiasa bekerjasama dan bersatu padu memberi sokongan kepada BN bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus terjamin.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong.

-- BERNAMA

Friday, December 21, 2012

WASPADA PELAKON POLITIK LAMA: SALLEH

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan pelakon politik lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.

Sambil menyifatkan golongan itu sebagai lidah bercabang, beliau berkata mereka yang bersikap sedemikian tidak harus diberi tempat kerana agendanya jelas hanya untuk kepentingan diri dan survival politik semata-mata.

"Dalam suasana politik mutakhir ini, tidak dinafikan adanya pelakon atau aktor politik yang berubah nada setelah menyertai pembangkang. Tujuannya untuk menonjolkan diri, berlagak seperti hero supaya mendapat perhatian. Kita kena hati-hati dengan golongan seperti ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kemas di Kampung Piasau, di sini hari ini.

Wednesday, December 19, 2012

SABAH ALU-ALUKAN INISIATIF K'JAAN PUSAT SEDIA KEMUDAHAN KEPADA RT

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada Jawatankuasa Rukun Tetangga.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, inisiatif itu termasuklah geran tambahan Rukun Tetangga dan juga Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memelihara keamanan dan keharmonian di kawasan penduduk masing-masing.

Selain itu, Musa turut menyarankan agar semangat kerjasama dan koordinasi antara Rukun Tetangga dengan pemimpin dan institusi akar umbi seperti ketua kampung, pengerusi JKKK dan JKDB, ketua masyarakat dan persatuan penduduk terus ditingkatkan.

"Hal Ini amat penting kerana ia terbukti memberi kesan yang amat postif kepada masyarakat dari segi kerjasama dan perpaduan dalam kawasan masing-masing.

Monday, December 17, 2012

DAP Tidak Mewakili 'Middle' Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak
SANDAKAN, 16 Dis (Bernama) -- DAP tidak mewakili 'middle Malaysia' atau semangat perpaduan semua kaum di Malaysia apabila semua pemimpin Melayu DAP tidak memperoleh cukup undi untuk duduk dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti pembangkang itu pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara seperti itu tidak akan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pendekatan adil kepada semua kaum di Malaysia dan mempunyai hala tuju jelas untuk negara.

"Kita juga menyaksikan DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua," katanya.

Parti Komponen BN Yang Kecil Penting Untuk Pastikan Kemenangan Besar Dalam PRU-13

Datuk Seri Najib Tun Razak.
SANDAKAN, 16 Dis (Bernama) -- Semua parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk yang kecil adalah penting bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam tempoh berbaki (yang singkat) ini...tidak ada lagi masa untuk kita bertelagah. Kita mestilah bergerak sebagai satu pasukan bagi mencapai kemenangan," kata Perdana Menteri.

Berucap pada majlis perasmian Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini Ahad, Pengerusi BN itu berkata dalam hal ini, beliau menghargai kesetiaan LDP yang menjadi anggota BN sejak dua dekad lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, presiden LDP Datuk VK Liew dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Friday, December 14, 2012

Pemimpin Dinilai Bukan Kerana Jawatan Tapi Keikhlasan – Salleh Tun Said

 Salleh Tun Said
KOTA BELUD, 14 Dis – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata seseorang pemimpin dinilai bukan kerana jawatan, sebaliknya kerana keikhlasannya dalam memimpin.

Oleh itu, katanya, soal relevan atau tidak seseorang pemimpin dalam mengetengahkan sesuatu perkara bukanlah perkara pokok sebenarnya.

“Yang penting adalah keikhlasan pemimpin itu dalam perjuangannya tanpa memikirkan soal jawatan,” katanya selepas merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Kota Belud di Dewan Masyarakat Kota Belud.

Salleh diminta mengulas kritikan Anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin berhubung kenyataannya mengenai politik ‘touch and go’ pakatan pembangkang baru-baru ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mengajak setiap umat Islam supaya meletakkan keimanan dan ketaqwaan sebagai keutamaan.

“Hal ini perlu menunjangi aspek pembangunan dan pemantapan ukhuwah dengan berusaha meningkatkan keupayaan dan penguasaan dalam semua bidang ilmu,” katanya.

Beliau juga menyeru agar masyarakat Islam terus bersatu padu dan bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam untuk menentukan keamanan dan pembangunan negara.

Thursday, December 13, 2012

Tengku Razaleigh Arah Petugas Parti Bekerja Kuat Tentukan Kemenangan BN

Tengku Razaleigh Hamzah
GUA MUSANG, 13 Dis (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. 

Beliau berkata pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN. 

"Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, pada Khamis. 

Tuesday, December 11, 2012

Malaysia jadi negara maju 2018


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Malaysia dijangka menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi dengan mencapai sasaran perkapita penduduk sebanyak AS$15,000 (RM45,637) menjelang 2018.

Sasaran itu diyakini dapat direalisasikan sebelum tempoh akhir Wawasan 2020 kerana statistik menunjukkan pendapatan perkapita penduduk negara ketika ini ialah AS$9,500 (RM28,903).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, matlamat itu dapat direalisasikan kerana kadar pertumbuhan ekonomi negara yang kekal tinggi dan peningkatan trend pelaburan sektor swasta yang konsisten.

"Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelaburan swasta 15.5 peratus pada 2010 dan 12.2 peratus pada 2011.

Peluang Cerah Raih Majoriti 2/3, BN Bawa Kestabilan dan Kemajuan

Datuk Seri Najib Tun Razak
Oleh: Wan Hafiz Wan Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Peluang Barisan Nasional(BN) untuk memenangi majoriti 2/3 pada PRU ke-13 dilihat cerah berdasarkan beberapa faktor, termasuk dasar transformasi kerajaan yang dilakukan oleh BN semenjak diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira tiga tahun yang lepas.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron, tranformasi di dalam pentadbiran kerajaan, termasuk di dalam UMNO yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib telah menambahkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN untuk terus mentadbir negara.

“Kita dapat lihat hari ini, dengan kepimpinan Datuk Seri Najib kestabilan politik dan ekonomi bertambah baik. Kewibawaan kepimpinan beliau, serta dasar kerajaan yang menepati janji merupakan faktor-faktor utama yang saya yakin, bahawa BN mempunyai peluang besar untuk memperolehi majoriti 2/3 pada PRU yang akan datang.

“Berdasarkan faktor tersebut, termasuk juga dengan beberapa faktor tambahan lagi seperti sistem yang tersusun, pengalaman dalam pentadbiran, mengekalkan kestabilan dan keharmonian merupakan elemen-elemen penting yang memberikan kelebihan kepada BN berbanding dengan pakatan pembangkang,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Friday, December 7, 2012

PAKATAN PARTI "TOUCH AND GO", TANPA POLISI JELAS: SALLEH

Datuk Seri Salleh Said Keruak
KOTA BELUD, 7 Dis (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan pakatan pembangkang sebagai parti "touch and go" yang tidak mempunyai dasar jelas untuk mentadbir dan mengubah negara.

Sambil menggesa rakyat agar tidak terpedaya dengan helah pembangkang, Salleh berkata pendekatan pembangkang hanya mencipta dan memainkan isu dengan harapan memenangi hati dan minda rakyat.

"Pakatan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah, objektif mereka hanya untuk membentuk kerajaan dan akan bergaduh sesama mereka.

"Ini sudah dibuktikan di negeri yang mereka tadbir termasuk di Selangor dan Pulau Pinang," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Kampung Tamau, dekat sini hari ini.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah percaya pakatan parti pembangkang itu tidak akan bertahan kerana pakatan mereka berdasarkan 'marriage of covenience' atau kesenangan bersama.

BUKU SEBAGAI KHAZANAH ILMU


BARU-BARU ini, saya diundang melancarkan sebuah buku kumpulan puisi dan lukisan. Tajuknya "Alien mencari cinta". Ia dihasilkan oleh Dr Ramzah Dambul, seorang anak jati Sabah kelahiran daerah Ranau. Dia adalah pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan kini menjalankan kajian di King Abdul Aziz University, Arab Saudi. 

Saya tidak mengenali pencipta karya itu secara dekat. Tapi saya menerima undangannya atas dua sebab. Pertama, kerana saya juga seorang pencinta buku. Dan kedua, kerana minat saya juga bercambah terhadap seni lukisan lantaran isteri saya telah menghasilkan sekian banyak lukisan yang kini menghiasi dinding rumah dan pejabat kami di Kota Kinabalu. 

Mengenali Dr Ramzah lebih dekat, dia rupanya merupakan ahli klimotologis (saintis yang mengkaji fenomena alam). Beliau berada di King Abdul Aziz untuk menjalankan kajian bagi melihat unjuran jangka panjang perubahan iklim dengan `climate' model dan menganggarkan impaknya kepada sosioekonomi. 

Saturday, December 1, 2012

HANYA UMNO, BN PILIHAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA: PM

 Datuk Seri Najib Tun Razak 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengerahkan seluruh anggota Umno bersatu mempertahan Putrajaya sambil menegaskan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik, dan ini hanya mampu ditawarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan titik penentu kepada destinasi masa depan negara dan rakyat perlu tahu menilai kelebihan BN berbanding pembangkang.

Katanya ini dibuktikan dengan parti perikatan dan kemudian BN yang ditunjangi oleh Umno sejak lebih 55 tahun lalu, secara berterusan menerajui negara dengan membawa pelbagai perubahan dan pembaharuan dengan lonjakan berganda.