Najib  menerima buku cenderamata  daripada   Abdul Gani selepas   Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan Dan Hak Asasi,   di Kuala Lumpur, semalam.

[foto Mohd Yusni Ariffin/bh]


Patail selepas memberi ucapan Perasmian Persidangan Tranfomasi Perundangan Berhubung dengan Keselamatan dan Hak Asasi   .NSTP / 


2,” katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Permulaan Baharu Untuk Malaysia pada Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan Dan Hak Asasi di sini, semalam. - Foto Mohd Yusni AriffinNajib menerima buku cenderamata daripada Abdul Gani selepas Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan Dan Hak Asasi, di Kuala Lumpur, semalam. [foto Mohd Yusni Ariffin/bh] Patail selepas memberi ucapan Perasmian Persidangan Tranfomasi Perundangan Berhubung dengan Keselamatan dan Hak Asasi .NSTP / 2,” katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Permulaan Baharu Untuk Malaysia pada Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan Dan Hak Asasi di sini, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Akta Perhimpunan Aman 2012 capai matlamat

Kuala Lumpur: Perhimpunan yang berlangsung secara aman di Stadium Merdeka pada Sabtu lalu, adalah testimoni kepada kejayaan kerajaan menguatkuasakan Akta Perhimpunan Aman 2012. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia juga membuktikan kemampuan semua pihak, termasuk pihak berkuasa dan penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu. 


Kerajaan juga sedar undang-undang mengenai kebebasan awam dan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan proses serta amalan demokrasi yang bukan saja selaras norma antarabangsa, tetapi bertunjangkan sistem budaya, nilai dan norma kita," Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku hari itu menunjukkan bahawa islah dan reformasi yang kita laksanakan adalah tepat. Tahniah atas profesionalisme dipamerkan pihak berkuasa.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang... walaupun saya tidak bersetuju dengan mereka, tetapi mereka sudah menghormati semangat Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Permulaan Baharu Untuk Malaysia’ pada Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan Dan Hak Asasi di sini, semalam.

Hadir sama pada persidangan yang bertema Hak Dan Tanggungjawab: Antara Harapan Dengan Cabaran itu ialah Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sabtu lalu, kira-kira 45,000 orang terdiri daripada ahli dan penyokong pakatan pembangkang bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai Perhimpunan KL112. 
Kerajaan tepati janji

Najib berkata, kerajaan sentiasa komited mewujudkan persekitaran undang-undang yang lebih menyokong hak asasi manusia, justeru memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 yang menimbulkan polemik.

Di samping itu, kerajaan menepati janji dengan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan mengkaji sepenuhnya Akta Hasutan 1948 untuk digantikan rang undang-undang bertajuk Akta Keharmonian Nasional.

Katanya, ia menunjukkan kesungguhan kerajaan mengambil berat kepentingan serta hak rakyat dan sentiasa terbuka menerima setiap cadangan. 

“Kerajaan juga sedar undang-undang mengenai kebebasan awam dan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan proses serta amalan demokrasi yang bukan saja selaras norma antarabangsa, tetapi bertunjangkan sistem budaya, nilai dan norma kita,” katanya.

Tak wujud sistem satu parti

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan tidak pernah ada dan tidak mungkin akan wujud sistem satu parti di Malaysia kerana rakyat mempunyai sudut pandangan berbeza yang sihat.

Malah, katanya, sejarah menjadi saksi tidak pernah ada kudeta tentera di Malaysia kerana prinsip ‘civilian supremacy’ atau ketuanan awam sentiasa difahami dan dihormati semua pihak.

Menurutnya, ketika menjadi Menteri Pertahanan, beliau tidak pernah mendengar ada pemimpin tertinggi angkatan tentera yang mahu merampas kuasa.

Transformasi perundangan

Sementara itu, Abdul Gani berkata, hasrat mewujudkan keseimbangan antara hak individu dan keselamatan nasional menerusi perundangan berjaya diterjemahkan sewajarnya apabila undang-undang lapuk dimansuhkan dan diganti dengan yang lebih matang dan dinamik.

“Selain mekanisme undang-undang, transformasi perundangan juga berjaya dicapai dengan penubuhan badan seperti Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang bertujuan memastikan setiap warga mendapat akses kepada sistem keadilan negara.

“Dalam tempoh tujuh bulan sejak beroperasi, lebih 40,000 warga Malaysia sudah diwakili peguam berdaftar dengan YBGK. Kerajaan memperuntukkan dana RM20 juta bagi pelaksanaan YBGK tahun ini,” katanya.

BH.