Translate

Thursday, January 3, 2013

SAMBUTAN KRISMAS CERMINAN 1MALAYSIA

KOTA KINABALU: Sambutan Krismas yang hadir pada minggu terakhir setiap tahun terus diraikan oleh penganut Kristian dengan mengadakan majlis rumah terbuka, di sana-sini. 

Seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina, rumah terbuka Krismas dikunjungi oleh masyarakat pelbagai latarbelakang, anutan dan fahaman. 

Malahan perbezaan ideologi politik juga diketepikan sempena perayaan ini di mana mereka yang berlainan fahaman sama-sama hadir meraikannya atas semangat muhibah, perpaduan dan persahabatan. 

Hakikat inilah yang menjadi keindahan dan keunikan masyarakat di Sabah yang diakui sebagai simbol cerminan sejati semangat 1Malaysia. 

Semangat ini tergambar pada rumah terbuka Ketua Pengarang Utusan Borneo, Lichong Angkui di Putatan, dekat ibu negeri kelmarin, di mana ia dikunjungi oleh sahabat handai, kenalan dan rakan-rakan yang berlainan latarbelakang dan fahaman. 

Hadir memeriahkan rumah terbuka itu Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said; Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk jainab Ayid; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman; dan Presiden Persatuan Bekas Polis Sabah, Datuk Yusof Hamdain Diego. 

Rakan-rakan media yang turut hadir Ketua Biro Bernama merangkap Presiden Pekadin, Newmond Tibin; Ketua Biro Berita Harian Sabah, Wan Faizal; dan Eksekutif Jurukamera TV3, Yazzer Mahmun. 

Kalangan setiausaha akhbar pula termasuk Setiausaha Akhbar Timbalan Ketua Menteri, Liaw Sin Kuang; Setiausaha Akhbar Menteri Perkhidmatan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Abu Bakar Esah, dan Pegawai Media Ahli Parlimen Sipitang, Mohd Dzul Kassim. 

Pengurusan Kanan daripada See Hua Marketing (Sabah) Sdn Bhd yang hadir termasuk Pengurus Bahagian Percetakan, Ngu Lee Ming serta pengarang, penyunting dan kakitangan Utusan Borneo dan The Borneo Post.

No comments: