Translate

Wednesday, July 10, 2013

AKTIFKAN SEMULA SUKAN BOLA KERANJANG DI KOTA BELUD


KOTA BELUD: Aktifkan kembali sukan bola keranjang, kata Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said.
Kerana katanya, pasukan bola keranjang di sini, yang kini dikenali sebagai pasukan pemaian veteran bola keranjang daerah, pernah mengharumkan nama Kota Belud.
“Pada saya, sukan bola keranjang adalah sukan yang baik. Dengan adanya pertandingan seperti ini ianya akan menggalakkan lebih ramai lagi anak-anak kita di Kota Belud ini terlibat dalam sukan seperti ini.
“Selain mengharumkan negara, sukan juga dapat mengwujud dan mengekalkan perpaduan. Maka itu tiada sebab kenapa kita tidak sokong kejohanan-kejohanan seumpama ini,”katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Daerah, di Dewan OKK Annuar, Chung Hwa di sini baru-baru ini.
Kejohanan berlangsung selama sembilan hari berturut-turut itu disertai oleh enam pasukan yang terdiri daripada Pasukan AnaK Sabah, Nabalu, Tuaran, Truneo, Sect Motor dan New Likson Hardware.
Tujuan kejohanan itu diadakan adalah memilih wakil daerah Kota Belud pada kejohanan Bola Keranjang peringkat negeri yang kini sedang berlangsung di Kota Kinabalu.
Pasukan Trueno yang memunggut56 mata menjadi juara keseluruhan setelah mengalahkan Pasukan New Likson Hardware yang hanya mengutip 31 mata pada pertandingan akhir.
Hadiah-hadiah dan piala rebutan telah disampaika oleh Salleh.

No comments: