Translate

Monday, October 28, 2013

KISAH DI SEBALIK KEJAYAAN


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak adalah antara 7,149 graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima  diploma, ijazah dan PhD sempena konvokesyen ke-37 baru-baru ini.
  Majlis penganugerahan disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Canselor UPM.
  Ketika ditemui, Salleh yang dilantik penggal kedua sebagai Speaker DUN Sabah, berkata tercetusnya semangat untuk menyambung pengajian bermula pada 1996 iaitu selepas tamat tempohnya sebagai Ketua Menteri.
  "Waktu itu, menerjah dalam fikiran alangkah baiknya jika saya menyambung pengajian bagi mengkaji mengenai budaya politik masyarakat Bajau Sabah dari sudut kehebatan dan keunikannya, lalu saya mendaftarkan diri menyambung pengajian di peringkat sarjana.
  "Tamat pengajian (sarjana) pada 2004, berlaku pula tsunami politik dalam pilihan raya umum...ia mendorong saya menyambung pengajian di peringkat PhD pula," katanya.

No comments: