Translate

Monday, October 28, 2013

SALLEH TERIMA PhD BIDANG SAINS SOSIAL


KUALA LUMPUR: Meskipun tugas sebagai ahli politik mencabar dan memerlukan komitmen tinggi setiap masa, ia tidak menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik.

  Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, 56, mengakui laluannya untuk menamatkan penyelidikan mengenai masyarakat sivil dan proses pendemokrasian di Malaysia bukan mudah.

  Namun, dengan dorongan keluarga dan rakan serta penyelia, beliau berjaya menyempurnakan semua tugasan.

  "Syukur...walaupun dihimpit tugas ketat sehingga ada ketikanya rasa `give up' dengan penyelidikan PhD, namun dalam keadaan lemas itu, keluarga dan rakan rapat sentiasa membantu dan memberi sokongan," katanya kepada pemberita selepas menerima PhD pada Majlis Konvokesyen ke-37 Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

  Majlis penganugerahan ijazah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Canselor UPM.

No comments: