Translate

Friday, December 20, 2013

NAJIB DAN ROSMAH HADIR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SPEAKER DUN SABAH


KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di Kampung Likas di sini malam ini.
Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira 8.35 malam disambut Salleh dan besannya anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman bersama kira-kira 1,000 jemputan dan tetamu kenamaan lain.
Najib dan Rosmah turut menepung tawar kedua-dua mempelai, Syahrulnizam Salleh, 26, anak sulung Salleh, dan pasangannya Faezahnor, 24, anak sulung Saddi yang mengenakan persalinan serba kuning tradisional Bajau.
Majlis resepsi yang berlangsung penuh adat tradisi budaya Bajau Kota Belud itu bermula dengan pengantin lelaki diarak menggunakan usungan menyerupai seekor kuda.
Yang turut hadir dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berserta menteri-menteri Kabinet negeri lain.

No comments: