Translate

Friday, February 21, 2014

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK KB KINI VS UMNO PAPAR


Pasukan UMNO Papar berjaya mengalahkan pasukan KB Kini dengan jaringan gol 6-5, semasa perlawanan persahabatan bola sepak antara KB KINI vs Umno Papar di Stadium UMS, semalam.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak yang juga Ketua UMNO bahagian Kota Belud.

Turut hadir sama Timbalan Ketua UMNO bahagian Papar, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Naib Ketua Wanita UMNO Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Yamani Hafez Datuk Musa, Ketua Puteri UMNO Sabah, Normala Rasick, Ketua Pemuda UMNo Kota Belud, Arshad Bestari, Ketua Pemuda UMNO Papar, Armizan Mohd Ali, Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong, Ketua Puteri UMNO Papar, Fahzean Mohiddin serta ahli-ahli Wanita, Pemuda dan Puteri daripada kedua-dua bahagian.

Semasa ditemui pemberita, Speaker Dun Sabah, Datuk Salleh Said Keruak memberitahu tujuan perlawanan persahabatan bola sepak ini adalah untuk merapatkan hubungan sirahtulrahim antara pemimpin politik dengan pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan kedua-dua daerah Kota Belud dan Papar.

‘Aktiviti sukan memain peranan penting terutama bola sepak. Perlawan ini merupakan julung kali diadakan melalui media sosial menerusi instragram, twitter dan whatsup...dan merancang untuk memperluaskan di beberapa buah daerah....paling penting bentuk pertemuan melalui networking menjadi sukan bola sepak menjadi pilihan..merapatkan hubungan..” kata Salleh.

Tambah beliau program perlawanan bola sepak ini tidak ada matlamat politik tetapi kumpulan pemimpin politik, pemimpin masyarakat dan kakitangan tangan kerajaan di jemputan melalui media sosial (instrgram, whatsup dan twitter) merapatkan hubungan”, kata Salleh yang juga Adun Usukan.

Sementara itu Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar memberitahu selain bola sepak..program ini boleh diperluaskan kepada aktiviti sukan melalui perlawanan bola tampar, bola jaring ataupun futsal.

“Pelawaan menerusi whatsup, twitter dan instragram jangan dianggap sebagai negatif tetapi laman media sosial dapat membawa kebaikan contohnya perlawanan persahabatan dikedua-dua buah daerah berjaya menganjurkan perlawanan persahabatan ini,” kata Rosnah.

Jelas beliau program ini juga boleh menarik golongan muda dan berharap Pemuda dan Puteri UMNO boleh menggunakan laman media sosial untuk berinteraksi dan menarik golongan muda untuk menyertai aktiviti sukan yang lain boleh diperluaskan.

Dalam perlawanan persahabatan ini UMNO Papar berjaya mengalahkan pasukan KB Kini melalui tendangan penalti pada masa kedua 6-5.

No comments: