Translate

Wednesday, April 30, 2014

NAJIB SEORANG `REFORMER'

Oleh SSK

BARACK Obama sudah beberapa hari meninggalkan Kuala Lumpur. Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya bangga dengan lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat ini. Satu kunjungan yang cukup bersejarah. Kali terakhir Presiden Amerika melawat negara kita ialah kira-kira 48 tahun lalu.

Dunia ICT membolehkan saya mengikuti perkembangan cerita lawatan Obama ini sejak Sabtu.  Selain media arus perdana dan portal atas talian, saya juga mendapat `up-date' menerusi Twitter, Instagram, WhatsApp, Wechat, SMS mahupun MMS sepanjang tiga hari Obama berada di negara kita.

Bagi saya, ada beberapa fakta menarik daripada lawatan ini.

Pertama dan terpenting, ia bukti pengiktirafan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggerak transformasi.

Malahan, dalam sidang media bersama Najib, Obama secara berterus-terang menyifatkannya sebagai seorang `Reformer'.

Lebih jelas, dalam sidang media bersama itu, Obama menunjukkan wajah ceria dan riang, dengan sesekali mereka membuatkan wartawan ketawa, walaupun pada ketika yang lain ada wartawan asing  cuba mengasak dengan soalan-soalan sensitif serta boleh memerangkap, termasuk berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, Najib ternyata berjaya mengendalikan ruang sidang media bersama itu dengan cukup bijaksana. Perdana Menteri berjaya "handle" dengan amat baik sekali kerana beliau "well-prepared" sebelum berhadapan persada media dunia, sekali gus meletakkan beliau setanding  dengan pemimpin-pemimpin ternama dunia.

Menerusi sidang media yang disiar secara langsung itu, saya melihat Perdana Menteri begitu `confident' ketika menjawab soalan seorang wartawan asing yang membangkitkan isu demokrasi dan hak asasi.

Ini jelas dengan jawapan Najib, berkaitan isu Anwar, bahawa bukan kerajaan Malaysia  yang mengambil tindakan terhadap Anwar, tetapi tindakan itu diambil oleh  bekas kakitangannya sendiri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku  dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.

Ketiga, kunjungan Obama ini juga membawa signifikan untuk Sabah apabila beliau menyebut nama dua daerah di negeri ini -- Kudat dan Sandakan -- ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis di Universiti Malaya (UM).

Barangkali tidak ramai mengetahui bahawa Obama mempunyai pertalian dengan Sabah kerana bapa mertua adik perempuannya berasal dari Sandakan, manakala ibu mertua pula dari Kudat.

Berikut antara petikan ucapan Obama pada majlis tersebut: "Many of you know this part of the world has special meaning for me.  I was born in Hawaii, right in the middle of the Pacific.  I lived in Indonesia as a boy.  (Applause.)  Hey!  There’s the Indonesian contingent. (Applause.) Yes, that’s where they’re from.  My sister, Maya, was born in Jakarta. She’s married to a man whose parents were born here -- my brother-in-law’s father in Sandakan, and his mom in Kudat.  (Applause.)   And my mother spent years working in the villages of Southeast Asia, helping women buy sewing machines or gain an education so that they could better earn a living. "

Kesimpulannya, lawatan Obama ini mencipta satu lagi sejarah, bukan saja antara kerajaan dengan kerajaan, tetapi juga hubungan antara pemimpin dan rakyat.

No comments: