Translate

Tuesday, May 6, 2014

BERSIKAP ANJAL MEMIMPIN, BUKAN DAJAL SIFATNYA

Oleh SSK

PAGI ini (Selasa), saya diundang menjadi tetamu program Jasa di radio SabahFM. Mereka memaklumkan saya sehari sebelum itu ketika saya baru sampai di Kota Kinabalu. Mereka beritahu, topiknya berkaitan politik alaf baru. Saya pun beri persetujuan.

  Ketika berada di konti Sabah FM, saya memperjelaskan pengertian politik alaf baru, cabaran politik semasa dan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

  Saya katakan bahawa dalam menghadapi politik alaf baru ini, setiap pemimpin harus bersikap anjal dalam memimpin,  bukan dajal sifatnya. Anjal bermakna seseorang pemimpin boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran atau fleksibel dan tetap berprinsip.

  Adalah penting bagi setiap pemimpin mempunyai prinsip yang teguh dalam perjuangannya. Berprinsip dalam konteks boleh menyesuaikan diri dengan keadaan.

  Dalam temuramah itu, saya juga jelaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik alaf baru, yakni bersifat terbuka dan menyediakan banyak wadah bagi rakyat meluahkan pandangan atau rintihan. Beliau mendengar keluh-kesah di akar-umbi menerusi pelbagai saluran yang ada.

  Yang jelas lagi, Datuk Seri Najib mengamalkan politik muafakat yang menjadikan beliau berjaya menambat hati rakyat. Beliau bersandar politik universal yang memahami aspirasi terkini, termasuk denyut nadi golongan anak muda, selain mengamalkan politik mengutamakan hak-hak asasi rakyat.

  Kesimpulannya, program temuramah Jasa di radio Sabah FM itu sesuatu yang boleh memberi pencerahan mengenai isu-isu politik semasa.

No comments: