Translate

Monday, May 19, 2014

DAP UTAMAKAN ISU BANGSA UNTUK MERAIH SOKONGAN

Oleh SSK
Dyana Sofya Mohd Daud , calon DAP bagi Teluk Intan pilihan raya kini muncul sebagai orang penting yang mula menarik perhatian ramai.  Dia bukan saja muda tetapi mempunyi paras rupa yang menawan. Bagaimanapun,  apa yang lebih penting bagi DAP ialah Dyana Sofya berbangsa Melayu.

Mengapa hakikat dia berbangsa Melayu begitu penting? Mengapa perlu memberi penekanan kepada perkara itu dan menggunakannya sebagai faktor tarikan kepada pengundi ? Jika dia berbangsa Cina atau India, adakah dia seorang calon yang kurang baik? Persoalannya sekarang ialah andaikan Dyana Sofya bukan Melayu, adakah DAP memilihnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu ?
  
Jelas sekali DAP dan Pakatan Rakyat terlalu memberi penekanan kepada isu bangsa calon yang diketengahkan. Mengapa ia begitu penting untuk menonjolkan Dyana Sofya adalah Melayu dan bukan Cina, India atau apa sahaja?

Mereka juga kerap mengutarakan perkara ini terutama peristiwa lampau yang pernah diperjuangkan oleh Lim Guan Eng.

"Lim Guan Eng bukan seorang yang bersifat perkauman," kata mereka sambil berhujah bahawa buktinya ialah Guan Eng masuk penjara kerana membela nasib seorang gadis Melayu yang ada kaitan dengan kes pertuduhan terhadap Rahim Thambi Chik .

Sebenarnya Guan Eng tidak didakwa atas kesalahan membela nasib gadis Melayu tersebut. Jadi mengapa perlu mereka terus mengingatkan kita tentang perkara itu. Guan Eng ditahan, didakwa dan disabit kesalahan atas tuduhan hasutan. Beliau tetap juga ditahan, didakwa dan disabit kesalahan hasutan meskipun gadis terbabit Melayu, Cina, India atau bangsa lain. 

Kita dapat melihat fokus DAP ialah soal bangsa gadis tersebut dan bukan kesalahan yang dilakukan. Tindakan DAP memainkan "isu Guan Eng masuk penjara untuk perjuangkan nasib seorang gadis Melayu " memberi gambaran bahawa isu Guan Eng dipenjara adalah kerana gadis itu adalah seorang gadis Melayu tetapi bukan itu yang sebenarnya berlaku.

DAP terus memberitahu kita bahawa ia adalah parti berbilang bangsa. Parti berbilang bangsa pun masih berasaskan kaum . Kita tidak boleh mengelak daripada dikenali sebagai parti perkauman walaupun parti itu parti berbilang bangsa. Bagaimanapun, jika DAP mendakwa diri sebagai sebuah parti bukan berasaskan kaum - maka ia menjadi perkara yang lain sama sekali.

Namun begitu, DAP tidak menyatakan ia sebuah parti bukan berasaskan kaum kerana DAP tahu ia tidak boleh lari daripada kenyataan. Sebab itu, DAP mendakwa sebagai parti berbilang bangsa atau kaum, sekaligus bermakna ia masih sebuah parti berasaskan kaum iaitu lebih daripada satu kaum. Jadi tindakan politik DAP yang terus memainkan isu Guan Eng dan calonnya di Teluk Intan seorang Melayu menunjukkan DAP adalah parti yang lebih mengutamakan kaum dan melihat atau mengambil kira semua perkara, termasuk pemilihan calon dari sudut perkauman.

No comments: