Translate

Tuesday, June 3, 2014

ROYALTI MINYAK: KESEDIAAN BUKTI PM MEMAHAMI ASPIRASI RAKYAT

Oleh SSK

DATUK Seri Najib Tun Razak satu-satunya yang memahami aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri adalah `the best person to deal with this royalty issue'. - Itulah rumusan dua ulasan saya mengenai isu royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak.

  Dalam kedua-dua ulasan itu, yang tersiar di blog ini pada 29 Mac dan 7 Mei lepas, saya sebutkan secara jelas bahawa Perdana Menteri sentiasa bersikap terbuka, prihatin dan mengambil kira semua pandangan sebelum membuat pertimbangan akhir berhubung tuntutan kenaikan royalti itu.

  Isnin lepas di Miri, Najib membayangkan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan terbaik terhadap permohonan untuk mendapatkan royalti lebih tinggi bagi hasil minyak dan gas daripada Sarawak.

  Seperti dijelaskannya, kerajaan pusat tidak mempunyai sebarang masalah untuk merundingkan apa-apa perkara dengan kerajaan negeri berhubung kepentingan negeri Sarawak.

  "Kerajaan Pusat akan memberi pertimbangan yang sehabis baik tentang perkara (permintaan royalti lebih tinggi) ini," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2014, sebagai reaksi terhadap ucapan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum itu.

  Seiring dengan pandangan dan ulasan saya sebelum ini, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri itu sesuatu yang amat dialu-alukan.

  Kita percaya bahawa kesediaan yang dibayangkan Perdana Menteri itu sesuatu yang dinantikan oleh rakyat di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak.

 Selama ini pemimpin kedua-dua negeri di seberang Laut China Selatan ini sentiasa meluahkan harapan agar kadar royalti sekarang disemak semula, demi kelangsungan agenda pembangunan negeri.

  Pada Mei lalu, Dewan Undangan Negeri Sarawak secara rasmi meluluskan usul khas meminta kerajaan pusat mengkaji semula pemberian royalti hasil minyak dan gas negeri supaya ditingkatkan daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

  Sebelum itu pada bulan Mac, tiga sayap Pergerakan Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut meminta Kerajaan Pusat menimbang kenaikan royalti untuk negeri ini kepada 20 peratus.

  Saya percaya kenyataan Perdana Menteri ketika kunjungannya ke Sarawak itu telah mengambil kira pandangan dari akar-umbi di kedua-dua negeri ini.

    Sudah tentu Perdana Menteri mahukan rentak pembangunan di dua negeri ini sama rancak dengan di Semenanjung. Justeru, jaminan yang diberikan oleh Najib itu memancarkan keikhlasannya sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat

No comments: