Translate

Sunday, September 21, 2014

SALLEH TURUT BANTU CALON BN DI PENGKALAN KUBOR

SALLEH KETIKA BERUCAP
TUMPAT: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said turut membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pada Sabtu, beliau yang juga Speaker DUN Sabah bersama-sama pimpinan Umno Sabah membantu kempen di daerah mengundi Jering.

Dalam PRK ini, calon BN  Ustaz Mat Razi Mat Ail ditentang calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon Bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari.

Sementara itu, penampilan calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail berjubah dan berserban bukan dibuat-buat, malah ia adalah pakaian yang sering digunakannya sejak zaman kanak-kanak lagi.
Perkara tersebut didedahkan oleh ibunya, Habsah Ismail, 65, ketika ditemui oleh pemberita di rumahnya di Kampungan Simpangan di sini hari ini.
DAERAH MENGUNDI JERING

Malah Habsah menegaskan, anak sulungnya itu tidak pernah lekang daripada membaca al-Quran sejak usia muda lagi dan beliau tidak pernah berubah terus kekal dengan keperibadiannya itu sehingga kini.

"Mat Razi seorang anak yang baik dan taat, selain mempunyai pegangan agama yang cukup kuat.
"Sejak kecil dia (Mat Razi) banyak menghabiskan masa membaca al-Quran selain menjadi tonggak keluarga dengan sentiasa membantu adik-adik yang lain," kata Habsah lagi.

No comments: