Translate

Sunday, April 19, 2015

SERANGAN DR MAHATHIR TERHADAP MARUAH SESEORANG

Oleh SSK


Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana maruah. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn dan bapanya sebelum itu, Onn Jaafar. Terbaru bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga melakukan perkara yang sama.

Seperti yang pernah Pak Lah perkatakan, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai infrastruktur bertaraf dunia tetapi memiliki mentaliti dunia ketiga. Ketika ditemuramah tidak lama selepas bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad berbicara perkara yang hampir sama tetapi dalam perkataan yang berbeza.

Apabila ditanya apakah penyesalan terbesar dalam kariernya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Dr Mahathir menjawab penyesalan paling besar ialah beliau tidak dapat merubah mentaliti orang Melayu. Orang Melayu terlalu berfikiran feudal, kata Dr Mahathir sambil mengeluh dan berkata "mengapa orang Melayu tidak boleh bersikap lebih pragmatik seperti kaum Cina.

Dr Mahathir sendiri begitu memahami jiwa masyarakat Melayu apabila beliau berkata pemikiran orang Melayu bercorak feudal. Ini mungkin baik atau sebaliknya bergantung kepada keadaan tetapi dalam isu-isu seperti maruah yang pasti ia adalah satu perkara yang baik.

Walaupun kita berhak bercakap mengenai kebebasan bersuara, demokrasi dan hak untuk mengkritik atau menegur, namun kita perlu memberi sedikit ruang untuk seseorang menjaga maruah. Apabila seseorang dilucutkan maruah maka seseorang itu akan mempertahankannya hingga ke titisan darah terakhir.

Malangnya, amalan seumpama itu bukan hanya melibatkan masyarakat Melayu tetapi juga kebanyakan orang Asia. Orang Cina memanggilnya sebagai air muka. Air muka atau maruah sangat penting kepada orang Cina. Jika anda membuatkan mereka kehilangan air muka maka anda berdepan dengan risiko balasan atau reaksi yang sangat teruk atau kejam.

Apabila anda terlebih serangan terhadap seseorang di sebelah barat, mereka akan berkata: berikan orang itu sedikit ruang. Di sebelah Timur kita akan berkata: beri muka kepada orang itu. Adakan Dr Mahathir memberi muka kepada Najib Tun Razak dengan cara yang digunakanya sekarang menyerang Perdana Menteri?

Tunku Abdul Rahman yang mempunyai darah keturunan raja lebih menjiwai perkara ini. Begitu juga Tun Razak Hussein dan Tun Hussein Onn. Dalam berurusan dengan Istana, mereka menyelesaikan apa-apa juga perkara di belakang tabir dan tidak mengkritik secara terbuka atau menyerang Raja-Raja.  Itulah cara Melayu melakukan sesuatu dan Raja-Raja memahami bahawa sebagai Raja Berperlembagaan Perdana Menteri mempunyai hak berbuat demikian.

Dr Mahathir membuat perubahan apabila beliau mewujudkan jurang antara Istana dan Rakyat dengan melancarkan jelajah seluruh negara untuk menyerang Raja-Raja dan mendedahkan mereka kepada cemuhan dan penghinaan awam. Dan inilah juga yang berlaku kepada Pak Lah.

Isu di sini bukan Crooked Bridge atau BR1M, tetapi 1MDB seperti yang diakui sendiri Dr Mahathir. Dalam hal ini, Perdana Menteri telah meminta SPRM dan PAC untuk menyiasat hal ehwal 1MDB. Itu sedang dilakukan dan hasil siasatan belum lagi diumumkan.

Kenapa Dr Mahathir tidak dapat menunggu sehingga keputusan diketahui sebelum beliau memutuskan apa yang perlu dilakukan? Cara beliau bertindak sekarang, seolah-olah Dr Mahathir telah membuat kesimpulan bahawa ada sesuatu yang "tak kena" yang bermakna tiada dapatan lain oleh SPRM atau PAC yang boleh diterima melainkan keputusan bersalah.

No comments: