Translate

Tuesday, May 19, 2015

JANGAN TERPERANGKAP PERMAINAN POLITIK JAHAT


NAJIB

MUHYIDDIN
Oleh SSK

1. Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 11 Mei lalu, sebulat suara melahirkan sokongan padu kepada Presiden prti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Ketika mengumumkan keputusan itu, Najib menyatakan MT mahu semua pimpinan parti bersatu dalam satu pasukan menangani segala cabaran dan mengambil tindakan positif mengukuhkan lagi kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat.

3. Sokongan terbuka itu pastinya amat melegakan ahli-ahli parti di semua peringkat. Ini kerana parti perlu bersatu dalam menghadapi cabaran yang cuba diperbesarkan oleh parti lawan yang sentiasa mencari ruang kesempatan.

4. Bagi saya, sokongan MT itu mencerminkan keutuhan parti. Kita perlu bincang apa jua permasalahan antara kita dalam forum tertutup agar tidak diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.

5. Dalam berorganisasi, sememangnya ada perbezaan berlaku. Namun yang penting, perbezaan itu harus diurus dengan baik.

6. Pada saya, wajib bagi Nombor 1 dan Nombor 2 berganding bahu untuk memperkuatkan parti. Nombor 2 harus bersama-sama Nombor 1 jika diserang oleh pihak-pihak tertentu. Itulah prinsip berorganisasi. Kena ada keikhlasan dalam perjuangan berorganisasi.

7. Pemimpin pula tidak seharusnya terpengaruh dengan `tukang cucuk' di kalangan penyokong-penyokong setia. Sebaliknya, semua pandangan harus dinilai dengan hati terbuka. Organisasi adalah wadah untuk mencapai matlamat membela bangsa agama dan negara.

8. Justeru, politiking harus diketepikan. Najib adalah pemimpin No 1 yang dipilih oleh ahli-ahli parti dan wajib disokong untuk kita mencapai matlamat kemenangan dua pertiga pada PRU akan datang. Kenyataan berbentuk desakan yang mengatakan Najib perlu berundur untuk membolehkan BN menang PRU akan datang, adalah semata-mata bertujuan jahat. Ahli parti jangan terperangkap dengan permainan politik itu.

9. Dengan pendirian MT memberi sokongan kepada No 1 dan No 2 menerajui parti, itu petanda bahawa `bahtera Umno' ini kukuh dan bersatu. Jangan kita berpaling arah hanya semata-mata mendengar suara dentuman yang kononnya dari dalam, sedangkan suara itu sebenarnya dicanangkan oleh segelintir pemimpin yang mempunyai agenda dan cita-cita politik tersendiri.

No comments: