Translate

Tuesday, May 19, 2015

Keselamatan Sebahagian Daripada Hak Asasi Manusia



Salleh Said Keruak



Rakyat Malaysia gemar membicarakan tentang hak asasi manusia dan kebebasan individu. Tetapi pengertian hak asasi manusia dalam konteks Malaysia hanyalah berkisar kepada kebebasan bersuara, tiada penahanan tanpa perbicaraan, dan pemansuhan undang-undang yang dilihat sebagai zalim, seperti Akta Hasutan dan undang-undang perhimpunan haram.

Sebenarnya, terdapat definisi yang lebih luas mengenai hak asasi manusia yang melangkaui hak hanya untuk menentang kerajaan. Antaranya ialah hak untuk menerima pendidikan, hak untuk menerima bekalan air, hak mendapatkan penjagaan kesihatan, dan hak atas keamanan dan keselamatan.


Penafian mana-mana hak ini bermakna kita dinafikan hak asasi dan kebebasan asasi kita. Bagaimana kita boleh mengatakan bahawa kita mempunyai hak-hak dan kebebasan apabila hak ke atas keamanan dan keselamatan dinafikan dan kita tidak bebas untuk mengejar kebahagiaan dan ketenangan fikiran ?


Kita boleh mengatakan bahawa di sesetengah bahagian di Sabah khususnya di sepanjang Pantai Timur, kita dinafikan hak kita untuk hidup, kebebasan dan pengejaran kebahagiaan ekoran bahaya keganasan, lanun, pembunuhan dan penculikan yang kita hadapi. Apabila kita tidak terlepas daripada risiko dan bahaya, maka kita telah kehilangan hak asasi manusia. Ia semudah itu.


Usaha yang lebih perlu dilakukan bagi menyelesaikan isu keselamatan supaya rakyat Sabah, khususnya di kawasan Pantai Timur, boleh sekali lagi menikmati keamanan yang mereka biasa rasai sebelum ini. Pelancongan merupakan industri yang sangat penting bukan sahaja di Sabah tetapi juga untuk Malaysia dan insiden negatif seperti kes lanun dan penculikan tidak akan membantu pembangunan industri pelancongan.

No comments: