Translate

Friday, June 26, 2015

DATUK NASRUN DILANTIK SETIAUSAHA AGUNG USBO YANG BARU

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansor, dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) yang baru, berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.
  
Presiden Usbo Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, ketika mengumumkannya dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu adalah selaras dengan perubahan dalam USBO yang meminda perlembagaannya baru-baru ini.

Datu Nasrun, seorang peguam dan berbangsa Suluk, menggantikan Baharul Sawi yang dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung dalam penyusunan semula itu.

USBO yang merupakan ahli gabungan Barisan Nasional (BN) meminda perlembagaannya baru-baru ini, dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menerusi surat bertarikh 27 Mei 2015.

No comments: