Translate

Sunday, June 14, 2015

USBO PINDA PERLEMBAGAAN, MEWAKILI KOMUNITI BUMIS




KOTA KINABALU:

Selaras matlamat memperluaskan skop dan fungsinya, Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) meminda perlembagaan dengan menukar nama kepada Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah.

Presiden Usbo Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pindaan perlembagaan itu sudah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menerusi surat bertarikh 27 Mei 2015 yang baru diterima.

Katanya, singkatan Usbo masih dikekalkan, cuma perkataan Bajau ditukar kepada Bumis.

"Pindaan ini dibuat untuk menyesuaikan skop dan fungsinya memperjuangkan nasib serta kepentingan masyarakat bernaung di bawah Bumis," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dari segi objektif dan peranan, Usbo kekal dengan perjuangan asal dengan kegiatannya menjurus kepada bidang pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata USBO komited mendokong pimpinan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman di peringkat negeri.

No comments: