Translate

Sunday, November 29, 2015

Apalah yang mereka ingin harus dilakukan 1MDB?

Salleh Said Keruak

Terdapat segelintir masyarakat yang berasa tidak berpuas hati dengan tindakan 1MDB yang telah meminjam berbillion-billion untuk melakuka  pelaburan, dan mereka mahu hutang ini dibayat balik dan pendedahan berkaitan scenario ini dikurangkan secara langsung. Hal ini merupakan tindakan yang cuba 1MDB lakukan.

Kumpulan masyarakat ini turut tidak berpuas hati dengan syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) , yang mana syarikat tersebut mempunyai niat untuk membeli sebahagian daripada aset 1MB. Mereka amat tidak membenarkan sebarang syarikat tenpatan seperti TNB untuk membeli aset.  Jikalau 1MDB menjual asetnya kepada syarikat tempatan tersebut, maka masyarakat iniakab memanggilnya sebagai "bailout"!

Kini, 1MDB berada di peringkat akhir dalam proses menjual Edra Global Energy kepada pelabur asing, dan hal ini menyebabkan wujudnya banyak kritikan yang mengatakan bahawa harga penjualan ini adalah amat rendah (walaupun harga yang dikenakan kepada pelabur asing tersebut adalah lebih tinggi berbanding jika dijual kepada TNB) Walauba gaimanapun, terdapat juga kata-katanya bahawa keadaan ini merupakan satu tindakan pengkhianatan kerana melibatkan pelabur asing dan sebagainya.

Keadaan ini menjadi semakin rumit apabila masyarakat tidak mengetahui apa yang diinginkan oleh mereka.  Mereka mahu 1MDB untuk mengurangkan beban hutang dan pada masa yang sama mereka tidak mahu mana mana syarikat-syarikat tempatan untuk membeli aset 1MDB, begitu juga tidak membenarkan 1MDB untuk menjual asetnya kepada pelabur asing. Dengan itu, apa yang mereka ingin 1MDB lakukan?

Akhirnya, 1MDB hanya boleh melakukan tiga perkara sahaja dan ketiga-tiga perkara ini adalah tidak dapat diterima oleh pihak pengkritik.  Walau bagaimanapun, wujudnya juga alternative yang keempat iaitu muflis.  Adakah ini merupakan satu tindakan yang mereka ingin 1MDB lakukan iaitu 1MDB diisytiharkan muflis?  Supaya mereka boleh menggunakan isu ini untuk menentang Perdana Menteri?

No comments: