Translate

Monday, December 28, 2015

SIASAT MAKLUMAT SEBELUM PERCAYA

Oleh Salleh Said Keruak

1. Tahap kesedaran untuk menyiasat dan menapis maklumat  dalam masyarakat kita perlu ditingkatkan. Ia penting supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan kemunculan sesuatu maklumat yang belum pasti kesahihannya.

2. Tapisan maklumat penting sebelum ia dipanjangkan kepada pihak ketiga. 

3. Hari ini, sudah menjadi satu `tendency' dalam masyarakat kita untuk memanjangkan atau `share' setiap maklumat yang diterima menerusi media sosial seperti facebook atau Whatsapp, tanpa menyiasat dan meneliti kesahihannya terlebih dahulu.

4. Dengan aplikasi mudah dalam telefon bimbit, amat mudah bagi seseorang `forward' saja maklumat diterima kepada pihak lain, sama ada individu atau grup. Bayangkan kalau dalam satu grup  itu terdapat 50 orang, maka sepantas itu juga maklumat tersebar kepada 50 orang tersebut sedangkan belum pasti kebenarannya.

5. Banyak kes tidak sahih tersebar dan menjadi viral sebelum disahkan kebenarannya. Ia perlu dihentikan kerana boleh mencetuskan kegusaran dan panik dalam masyarakat. Kita jangan hanya bergantung kepada satu sumber. 

6. Banyak kaedah dan cara tapisan. Antaranya, boleh merujuk sumber atau platform lain sebagai alternatif.  Contohnya, agensi berita rasmi kerajaan, media arus perdana atau, jika kes berkaitan kemalangan atau jenayah, rujuk kepada agensi keselamatan seperti polis. 

7. Yang penting, setiap maklumat perlu disemak dan ditapis terlebih dahulu sebelum mempercayainya atau membuat apa-apa rumusan.

No comments: