Translate

Wednesday, March 23, 2016

LAWATAN BERMAKNA ISTERI PERDANA MENTERI KE WISMA BERNAMA


Oleh Salleh Said Keruak

1. Pada Selasa (22 Mac), isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkunjung ke Wisma Bernama di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. 

2. Saya bersama pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta beberapa agensi kementerian menyambutnya. Saya ucap terima kasih kerana beliau sudi datang melawat Bernama, agensi di bawah KKMM.

3. Selain menyaksikan majlis menandatangani persefahaman antara Biro Tatanegara (BTN) dengan Bernama Radio, Datin Seri Rosmah turut ditemu bual menerusi ruangan 'Langit Biru' terbitan Bernama Radio dan Biro Tatanegara. 

4. Semasa temubual itu, dia menjawab secara jelas, berterus-terang dan berfakta. Banyak soalan dikemukakan. Daripada  persoalan mengenai wanita dan ekonomi, sehingga kepada soal kepimpinan suaminya sebagai Perdana Menteri. Mesejnya sampai. Bahasanya mudah difahami.

5. Jelas sekali, Datin Seri Rosmah yang merupakan tetamu jemputan pertama program itu yang bersiaran setiap Selasa mulai 6.15 petang hingga 7 malam, mempamerkan seorang wanita yang mempunyai intelek yang tinggi, sesuai dengan latarbelakang akademiknya sebagai sarjana dari Universiti Malaya (Ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi) dan Universiti Negeri Lousiana, Amerika Syarikat (Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian).

6. Daripada temubual itu, saya dapati beliau adalah wanita yang berjiwa besar, terbukti menerusi inisiatifnya menubuhkan program Permata yang hasilnya menguntungkan negara, selain sebagai isteri kepada Perdana Menteri dengan mendokong suami memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

7. Dia mengakui suaminya begitu komited untuk bersama rakyat dan membangunkan negara, apabila dalam temubual itu menyebut:  "Beliau (Najib) tidak pernah berhenti berfikir apa lagi yang beliau mahu lakukan supaya rakyat lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih."

No comments: