Translate

Sunday, March 20, 2016

TUN MAHATHIR HANCURKAN UMNO DEMI SELERA POLITIK PERIBADI

Oleh SALLEH SAID KERUAK

1. PENDIRIAN Tun Dr Mahathir Mohamad nampak semakin kontradiksi. Surat terbuka yang ditulisnya jelas menunjuk niat untuk hancurkan Umno. Tulisannya penuh dengan dendam pada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

2. Dia mengungkit semula cerita lama, mengulang perkara yang sudah pun dijawab dengan jelas. Dia kritik parti dengan pelbagai tohmahan, sedangkan dia sudah tinggalkan perjuangan. Itu bukti dia bukan saja tidak sayangkan Umno, malah berniat untuk menghancurkan parti ini.

3. Oleh kerana Tun Dr Mahathir sudah isytihar keluar daripada parti, dan bersekongkol dengan kumpulan musuh utama politik Umno, maka dia tiada hak untuk mencampuri urusan parti ini. Jika niat dia ikhlas untuk pertahan Umno, dia sepatutnya tidak bersubahat dengan kumpulan yang jadi musuh politik Umno selama ini.

4. Berpakat dengan musuh-musuh ini untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, jelas bukan untuk menyelamatkan Malaysia, tapi menghancurkannya.  Tun Mahathir dan kumpulannya cuba mencari jalan singkat menjatuhkan kerajaan. Mereka tidak mengikut saluran demokrasi, yang menjadi amalan di Malaysia sejak merdeka, dan tidak sabar menunggu proses pilihan raya.

5. Daripada tulisannya itu, jelas Tun Mahathir mempunyai cita-cita dan agenda politik yang tinggi. Dia cuba menunjukkan bahawa dia lebih baik daripada Najib, malah menyamakan kebaikan dirinya dengan beberapa perdana menteri sebelum ini, walhal sikapnya tidak mengambarkan keperibadian sebenar.  Buktinya, Tun Mahathir tidak mahu mendengar dan tidak mahu menerima apa juga jawapan atau penjelasan yang tidak memenuhi kehendaknya.

No comments: