Translate

Thursday, June 16, 2016

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

PUTRAJAYA
16 Jun 2016

Pihak kerajaan memandang serius isu penyebaran kandungan berunsur lucah seperti pornografi kanak-kanak dalam platform Telegram seperti yang didedahkan oleh sebuah portal berita tempatan hari ini dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarahkan untuk bekerjasama dengan pihak Telegram bagi menyekat laman-laman lucah yang dimaksudkan.

Pada masa yang sama juga, MCMC akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam mengenal pasti pihak-pihak yang memuat naik atau berkongsi kandungan-kandungan berunsur lucah untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perbuatan sedemikian adalah digesa untuk tampil berkongsi maklumat dengan MCMC bagi membantu dan melancarkan proses siasatan.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai salah guna aplikasi media sosial boleh mengajukan aduan kepada Pusat Aduan MCMC melalui talian hotline di 1-800-188-030, e-mel kepada aduanskmm@cmc.gov.my ataupun melalui whatsapp ke nombor +6016 220 6262.


DATUK SERI PANGLIMA DR. SALLEH SAID KERUAK
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

No comments: