Translate

Tuesday, September 26, 2017

What DAP says goes


Salleh Said Keruak

In 1990, it was DAP that decided to enter into an opposition alliance with Semangat 46 but not with PAS. In 1999, it was again DAP that decided to enter into an opposition alliance with PAS but in 2001 DAP divorced from the alliance and went solo. Then came the 2008 general election when DAP once again announced the formation of Pakatan Rakyat and after the 2013 general election announced Pakatan Rakyat no longer exists.

Even though they are supposed to work on the basis of consensus, all the decisions and announcements were made by Kit Siang and not by any of the other coalition leaders. Since 1990 until now Kit Siang has demonstrated that DAP calls the shots and they decide what happens even though they claim everyone in the opposition coalition are equal partners. However, Kit Siang’s actions over the last 30 years or so have shown that only what DAP wants matters and if anyone does not follow what DAP wants they will get kicked out.

Kit Siang’s past actions shows that DAP is the de facto leader of the opposition. With the majority seats that DAP has compared to all the others, DAP dictates what happens. The so-called partnership with PPBM is merely to give Pakatan a Malay face to present to the Malay voters. Tun Dr Mahathir Mohamad is merely a front to win Malay votes and is being presented as the so-called leader of the opposition but who has no power to decide what happens even on matters such as seats. DAP has always called the shots and decides what happens.

Friday, September 22, 2017

When Malaysians need to live as one


Salleh Said Keruak

The first day of Muharram or Maal Hijrah is the beginning of the new year in the Muslim calendar. The Muslim new year is calculated from the day Prophet Muhammad migrated from Mekah to Medina in the year 622. This episode in Islamic history is so significant that it marks the beginning of the Muslim calendar.

Maal Hijrah is not just about celebrating a new year but about celebrating the meaning behind the migration. Muslims believe this migration happened due to a commandment from God or Allah for Prophet Muhammad to seek freedom of choice and freedom from oppression. In other words the Hijrah is symbolic of civil liberties and human rights.

Back in 622, when Europe was still in the Dark Ages, the Muslim world fought for freedom, civil rights, and an end to oppression and persecution. Muslims, Jews and Christians co-existed in one community and respected one another’s right to their own belief. That eventually led to what historians call the Golden Age of Islam.

Unfortunately all that was eventually destroyed due to corruption and disunity. Civil wars broke out and that weakened the umma and led to the collapse of the Islamic Empire. Malaysians need to learn from history and avoid that same fate. Malaysia is fragile because of our many ethnicities and opportunists will exploit that to divide us.

Tuesday, September 19, 2017

PENTINGNYA MEMILIH PARTI YANG KUKUH


Salleh Said Keruak

1. Lees-Marshment dalam bukunya The Political Marketing Game (2011) menyatakan untuk menang dalam pilihan raya, sesebuah parti mesti mempunyai strategi pemasaran politik yang baik.  Satu daripada strategi tersebut ialah  berasaskan kepada pasaran (market oriented party), iaitu parti hendaklah mempunyai satu produk besar yang boleh dipasarkan kepada rakyat.

2. Jika dalam konteks Malaysia, apakah produk tersebut? Tentunya produk itu ialah imej parti, sumbangan parti dan perpaduan parti.  Dalam hal ini, hanya UMNO dan BN mempunyai rekod ini.

3. Lihat sahaja perkembangan yang berlaku dalam PPBM.  Mereka gagal menyatukan ahli mereka untuk kekal bersama parti.  Dua hari lepas bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali ke pangkuan Umno.  Sebelum itu, bekas Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Hasnita Hishamudin, bekas Setiausaha PPBM Kamarul Azman Habibur Rahman, Naib Presidennya Datuk Hamidah Osman dan Ketua Srikandi yang juga antara pengasas PPBM, Ainina Saidin keluar parti.

4. Mereka keluar parti atas alasan berikut: (i) merasakan perjuangan pembangkang adalah sia-sia; (ii) bimbang melihat perpecahan orang Melayu, (iii) parti itu tidak pernah berjuang untuk kepentingan ahli dan rakyat kerana lebih mengutamakan kepentingan peribadi serta kroni, dan (iv) parti itu telah menjadi alat DAP.

5. Contoh di atas menunjukkan parti pembangkang umpama dahan yang rapuh dan tidak mampu menjadi penyelamat kepada rakyat.  Pertanyaannya, bolehkah kita percaya kepada parti sebegini untuk memerintah negara kita?

6. Bill Clinton dalam bukunya Back to Work: Why We Need Smart Government for a Strong Economy (2011) menyatakan kita perlukan kerajaan yang bijak untuk ekonomi yang kuat.  Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang kukuh, bersatu, menjaga kebajikan rakyat, dan yang tidak berpecah belah. Hingga setakat ini, yang ada di Malaysia hanyalah UMNO dan BN.

Sunday, September 17, 2017

Even a meeting between leaders becomes an issue for the opposition


Salleh Said Keruak

Everything that Prime Minister Najib Tun Razak does is turned into an issue by the other opposition leaders. If Najib does not meet foreign leaders such as the President of the United States, Tun Dr Mahathir Mohamad says it is because Najib is scared of travelling to other countries in case he gets arrested. Then, when Najib does travel to the US to meet President Donald Trump, they say the Prime Minister paid lobbyists to arrange the meeting.

The problem is whatever Najib does or does not do is still used to criticise him. Nothing that Najib does can satisfy Mahathir and Pakatan Harapan because they criticise for the sake of criticising and not for the good of the country. They want to give the impression that nothing Najib does is right and only Mahathir and Pakatan Harapan are right.

The problem is Mahathir is using his own standards and actions to judge Najib. Just because Mahathir paid lobbyists millions for his meeting with President Bush does not mean Najib must have done the same. Mahathir could not have met Bush unless he paid for the meeting so the opposition thinks Najib, too, would not be able to meet Trump unless he also paid for the meeting. They cannot accept the fact that Mahathir needed to pay to meet Bush while Najib did not have to do that to meet Trump. That is what hurts Pakatan Harapan the most.

Saturday, September 16, 2017

Hari Malaysia: KITA MAJU DAN MAKMUR BERSAMA


Salleh Said Keruak

1. Hari ini kita menyambut penubuhan Malaysia. Tarikh ini kita sambut kerana inilah tarikh keramat yang menjadikan kita sebuah negara bangsa.  Tarikh inilah Sabah, Sarawak dan Singapura bersama dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.

2. Setelah Singapura berpisah dari Persekutuan pada 9 Ogos 1965, negara kita pesat membangun dan politik kita semakin stabil.  Rakyatnya pula semakin bersatu menyebabkan kita juga menyambut 16 September ini sebagai hari penyatuan.  Ini kerana pada hari inilah semua kaum dan etnik di Malaysia bersatu menyambutnya sebagai hari penubuhan negara kita.

3. Sebagai rakyat, tentunya kita bangga dengan apa yang telah negara kita capai.  Dari segi ekonomi, kita perkenalkan DEB dan sekarang ini MEB dengan pelbagai pelan transformasi kerajaan.  Dari segi pembangunan, kita ada pelbagai kemudahan prasarana dari Lebuh Raya Pan Borneo sehingga ke MRT.  Dalam bidang sukan, kita ada pelbagai nama seperti Pandelela Rinong, Lim Chong Wei dan lainnya.

4. Dalam bidang politik, kita berupaya mengekalkan kestabilan dan keselamatan politik serta kedaulatan negara kita.  Kita juga bukan lagi pemain politik lokal atau regional. Politik kita telah melangkah ke dunia global.  Baharu sahaja pemimpin kita pulang dari Amerika dan London kerana bertemu Trumph dan Teresa May untuk membincangkan soal pembangunan ekonomi dan keselamatan dunia.  Begitulah negara kita setelah 54 tahun penubuhan Malaysia dan 60 tahun merdeka.

5. Apakah faktor utama pencapaian kita ini?  Semuanya kerana kita mempunyai pemimpin hebat, politik federalisme yang sihat, dan hubungan rakyat yang rapat walaupun kita dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dan etnik yang pelbagai.  Rapatkan lagi barisan kita sebagai sebuah negara bangsa, dan kita akan menjadi negara yang lebih cemerlang ke depan.

6. Hari ini, kita sudah menjadi bangsa Malaysia yang hebat kerana sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia.  Tahniah Malaysia.

Thursday, September 14, 2017

LAWATAN PM KE AMERIKA BUKTI MALAYSIA AKTOR POLITIK GLOBAL 


Salleh Said Keruak

1. Lawatan PM bersama delegasi ke Amerika atas jemputan Presiden Trumph pada 11 hingga 13 September mempunyai tiga makna besar kepada negara kita.

2. Pertama, ia membuktikan AS mengiktiraf peranan negara kita sebagai rakan strategik utamanya di rantau Asia.  Kedua, ia menunjukkan Amerika mengiktiraf negara kita sebagai pemain global dalam politik dunia.  Ketiga, ia penting untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.  Yang diraikan dalam hubungan ini ialah sikap saling membantu demi kepentingan bersama.

3. Apa yang boleh kita bantu Amerika?  Dengan optimis, pada pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Trump, PM menyatakan “kami datang ke sini dengan membawa [tiga] cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.  Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS."

4. Bagaimanakah bentuk bantuan itu?  Pertama, komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.  Kedua, berhasrat membuat pelaburan tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana Amerika selepas telahpun melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di negara itu.  Ketiga, berhasrat meningkatkan pelaburan Malaysia di Silicon Valley yang sekarang ini kita telahpun melabur sebanyak AS$400 juta di situ.

5. Hebat keazaman PM kita, membawa tiga cadangan ke Amerika kerana kita mahu meningkatkan lagi Amerika sebagai rakan dagang kita.  Sekarang ini Amerika adalah rakan dagang kedua terbesar selepas Jepun.

6. Lihat data ini.  Bagi tempoh Januari hingga Mei 2016 hingga Mei 2017, jumlah dagangan negara kita dengan Amerika meningkat 23.3 peratus daripada RM55.3 bilion (US$13.5 bilion) pada tahun 2016 kepada RM68.2 bilion (US$15.4 bilion) pada tahun 2017.  Dengan lawatan ini, kita berazam untuk meningkatkannya lagi ke satu jumlah dagangan yang lebih besar.

7. Bila PM katakan akan membeli 25 pesawat Boeing 737, ramai terkejut.  Untuk apa? Mampukah? Untungkah?  Pakar ekonomi menyatakan tidak ada masalah.  Prof. Yeah Kim Leng dari Sunway University Business School menyatakan “the plan to buy Boeing planes was a good move.”  Penganalisis ekonomi bebas Hoo Ke Ping juga sependapat. Katanya MAS sekarang ini sebenarnya merekodkan “financial growth for this year.”  CEO MAS, Peter Bellew sendiri pada minggu lepas menyatakan hasil penumpang MAS pada suku kedua tahun ini meningkat sebanyak 8%.

8. Jika begitu datanya, bagaimana boleh kita katakan Malaysia negara gagal?  Jika negara gagal, kita tentunya tidak ada upaya untuk membantu Amerika.  Justeru, hentilah dakyah dan propaganda yang boleh merugikan negara dengan menyatakan kita sebuah negara "kleptokrasi" dan " a failed state."  Sampailah masanya kita bersikap optimis, memandang usaha PM untuk memperkembangkan pelaburan negara di Amerika sebagai sesuatu yang positif untuk negara.

9. Menilai semula gaya PM berucap dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara, ia mempotretkan kepada kita satu perkara: keyakinan PM dalam tindakannya untuk membawa negara kita ke depan menjadikan kita bangga.  Amerika sendiri sudah pun mengiktiraf kita sebagai pemain politik global yang penting dalam menyumbang kepada keamanan sejagat.  Tahniah!

Tuesday, September 12, 2017

MALAYSIA PENGGUNA WHATSAPP TERBANYAK DUNIA


Salleh Said Keruak

1. Laporan The Digital News Report 2017 mendapati 51% pengguna internet di Malaysia menggunakan WhatsApp untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.  Mengikut laporan itu lagi, media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook (58%), YouTube (26%), WeChat (13%) and Instagram (13%).

2. Laporan itu juga menyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak (86%), bercetak (45%), TV (54%) dan radio (15%).  Peranti utama yang digunakan adalah smartphones (65%), komputer (45%), and tablets (18%).

3. Sebabnya mudah: Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan Internet yang baik.

4. Kajian lain yang dibuat oleh TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak yang menggunakan WhatsApp dengan 77%, dikuti oleh Facebook Messenger dengan 41%.

5. Pengguna kita kerap menggunakan WhatsApp kerana banyak kelebihannya.  Pertama, mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat.  Kedua, perantaraan berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos.  Ketiga, untuk peniaga, memudahkan mereka memperluaskan perniagaan masing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi.

6. Dalam politik, WhatsApp adalah alat kempen politik yang berkesan dan meluas.  Bayangkan satu kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli.  Jika seseorang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang singkat beliau sudah boleh berkongsi maklumat dengan 2000 orang.

7. Walaupun ada baiknya, WhatsApp juga mempunyai keburukan. Keburukan yang paling ketara ialah Whatsapp boleh menjatuhkan maruah seseorang jika digunakan untuk menyebarkan makumat yang salah.  WhatsApp juga bahaya jika terdapat ahli kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan (print screen) sehingga menjadi tular.

8. Saya mendokong kebebasan maklumat, tetapi janganlah menggunakan WhatsApp untuk menjatuhkan kreadibiliti pihak lain dengan berita yang tidak tepat.  Ini kerana WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Kuasanya seperti pisau tajam yang boleh mencederakan.

9. Nasihat saya, gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakkan diri dari menabur fitnah.  Bila semuanya teratur baik, kita tentunya bangga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi pengguna Whatsapp terbanyak dunia.