Translate

Friday, December 20, 2013

NAJIB DAN ROSMAH HADIR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SPEAKER DUN SABAH


KOTA KINABALU, 19 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak lelaki Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di Kampung Likas di sini malam ini.
Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira 8.35 malam disambut Salleh dan besannya anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman bersama kira-kira 1,000 jemputan dan tetamu kenamaan lain.
Najib dan Rosmah turut menepung tawar kedua-dua mempelai, Syahrulnizam Salleh, 26, anak sulung Salleh, dan pasangannya Faezahnor, 24, anak sulung Saddi yang mengenakan persalinan serba kuning tradisional Bajau.
Majlis resepsi yang berlangsung penuh adat tradisi budaya Bajau Kota Belud itu bermula dengan pengantin lelaki diarak menggunakan usungan menyerupai seekor kuda.
Yang turut hadir dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berserta menteri-menteri Kabinet negeri lain.

PM HADIR KE KEDIAMAN SALLEH


PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak disambut oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said ketika hadir ke majlis resepsi perkahwinan Syahrulnizam Salleh, 26, anak sulung Salleh, dan pasangannya Faezahnor, 24, anak sulung Adun Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman di Likas malam tadi.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira 8.35 malam, disambut Salleh dan Datuk Hajah Raya Erom. Kira-kira  1,000 jemputan dan tetamu kenamaan hadir.
Najib dan Rosmah turut menepung tawar kedua-dua mempelai, Syahrulnizam Salleh, 26, anak sulung Salleh, dan pasangannya Faezahnor, 24, anak sulung Saddi yang mengenakan persalinan serba kuning tradisional Bajau.

MAJLIS BERKAHWINAN ANAK SPEAKER DUN SABAH


 PENGANTIN BARU…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (dua dari kiri) bersama isteri, Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Md.Yunin (dua dari kanan) bergambar kenang-kenangan bersama pasangan pengantin baru, Mohd Syarulnizam Datuk Seri Panglima Salleh dan Faezah Nor Datuk Saddi sambil diapit oleh bapa dan ibu Faezah Nor, Datuk Saddi Haji Abd.Rahman (kiri) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau di kediaman pengantin perempuan di Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu, hari ini.
  Syarulnizam merupakan anak lelaki Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd.Salleh Tun Said.
Terdahulu, majlis akad nikah pasangan itu telah diadakan di Masjid Bandaraya Likas. Manakala majlis bersanding dan merenjis diadakan di Taman Bukit Sepanggar.