Translate

Sunday, March 30, 2014

KEMENANGAN BUAT YB, `ENDORSEMENT' UNTUK ADENAN

Oleh SALLEH SAID KERUAK

TAHNIAH YB. Barangkali inilah ungkapan paling singkat, mudah dan tepat kepada Yussibnosh Balo atas kemenangan besar di Balingian -- Yang Berhormat (YB) Yussibnosh Balo (YB).

Barisan Nasional (BN) menang besar dalam PRK kawasan itu. Suatu kemenangan bersejarah dengan peningkatan majoriti, hampir-hampir menghilangkan deposit parti lawan.

Yussibnosh Balo, 48, yang mengibarkan bendera BN, menang dengan majoriti 6,911 undi. Beliau memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi. Mengikut analisis, jika kurang 76 undi lagi diperolehi oleh PKR, ia akan kehilangan deposit.

Apapun, keputusan PRK DUN Balingian membawa dua makna besar dalam konteks politik kepartian di Sarawak dan faktor kepemimpinan BN.

Pertama, ia mencerminkan `endorsement' rakyat Sarawak terhadap pimpinan Ketua Menteri baru Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, yang lantang bersuara mempertahankan hak-hak Sarawak, berkaitan isu royalti minyak, kuasa imigresen dan penggunaan kalimah Allah serta penerusan agenda politik pembangunan.

Jelas sekali, tindakan serta pendekatan Adenan ke arah mempertahankan kestabilan dan perpaduan dalam kalangan orang Sarawak diterima oleh majoriti rakyat negeri itu.

Ia juga memancarkan sokongan kepada langkah Adenan meneruskan kesinambungan perjuangan daripada legasi bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Seri Abdul Taib Mahmud.

Kedua, kemenangan BN itu juga merupakan pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama gagasan 1Malaysia yang dipeloporinya untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Rakyat Sarawak, khususnya di Balingian, mengharapkan pembelaan serta penerusan rentak pembangunan untuk dinikmati generasi mendatang.

Lebih jauh dari itu, undian yang diberi penduduk Balingian adalah manifestasi penolakan terhadap politik ekstrem pembangkang yang ditakuti memecahbelahkan kesatuan rakyat Sarawak yang unik sejak sekian lama.

Sarawak dan Sabah telah menjadi simbol keakraban 1Malaysia sejak dulu, kini dan selamanya. Insya-Allah. 

Yussibnosh Balo, sebagai Yang Berhormat yang baru, adalah gambaran jelas keunikan dalam kepelbagaian politik Sarawak. Berketurunan Melanau dan beragama Kristian, beliau diterima oleh rakyat berbilang kaum di kawasan itu, termasuk majoriti pengundi Cina.

Balingian dahulu diwakili Pehin Seri Taib. Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak itu  memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.

Undi yang diperoleh Yussibnosh kali ini bertambah sebanyak 1,984 berbanding jumlah undi yang diperoleh Taib, tiga tahun lalu.

PRK DUN Balingian diadakan ekoran peletakan jawatan Pehin Seri Taib sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Saya sependapat dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kemenangan BN di Balingian mencerminkan pengiktirafan rakyat terhadap Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak, selain memancarkan kehendak rakyat di Balingian untuk BN terus membela nasib mereka. 

Memang jelas bahawa kemenangan itu petanda cukup positif tentang pengharapan rakyat di Balingian dan tanda sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional. Lebih signifikan kerana BN berjaya mencatat majoriti terbesar di kawasan itu berbanding dengan pencapaian dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini.

Kini amanah besar menanti untuk digalas oleh YB baru, bagi menunaikan setiap yang dijanjikan sepanjang kempen berlangsung dahulu.

Saturday, March 29, 2014

SALLEH WANTS FEDERAL GOV'T TO CONSIDER YOUNG SABAHANS' REQUESTS' FOR OIL ROYALTY HIKE

KOTA BELUD:  Sabah Umno Liaison Committee deputy chief  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak has urged the Federal government to consider seriously requests from young Sabahans for an immediate review of the Sabah oil royalty.

He said the review was necessary and timely in view of the mounting calls, including from Barisan Nasional (BN) leaders in the state for oil royalty hike.

Salleh, who is also State Legislative Assembly Speaker, believed the majority of the  people of Sabah would support such a move.

"As such, the Federal government should consider seriously these requests for the good of the people and the state.

"Don't just ignore (their requests)...majority will agree with them, and if they (Federal government) cannot fulfill, they should explain, including the possible options given to Sabah," he told reporters after launching a motor drifting competition, here today.

Salleh was asked to comment on  the calls by the youth wings of Parti Bersatu Sabah (PBS),  Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko)  and Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yesterday for the government to consider increasing oil royalties for Sabah and Sarawak from five per cent to 20 per cent.

Led by PBS youth chief Datuk Jake Nointin, Upko by Arthur Sen and PBRS by Arthur Kurup, they were quoted as saying that they would submit their proposal to the government soon.

They were reported to have made the call in light of the new Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem's recent statement asking for the royalty to be increased to 20 per cent.

Salleh said he was optimistic the Federal government, under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, would find an amicable solution.

In this respect, he called on the people to give undivided support to Najib, saying "he is the best person to deal with this royalty issue".

Friday, March 28, 2014

MENYEKAT TIDAK MENYELESAI MASALAH

Oleh SALLEH SAID KERUAK

SAYA melayari internet setiap kali ada kesempatan. Membaca portal berita, facebook, twitter dan juga Youtube. Dari hujung jari, kita dapat membaca perkembangan berlaku di seluruh dunia secara `real time'. 

Dua hari lalu, banyak cerita di dunia siber mengenai keputusan pihak berkuasa Turki mengambil langkah menyekat penggunaan laman web perkongsian video YouTube selepas tindakan yang sama dilakukan ke atas laman sosial Twitter.

Tetapi tindakan itu mendapat reaksi marah di negara berkenaan di mana media sosial diguna secara meluas di Turki. Malah, ia turut mendapat kritikan masyarakat antarabangsa.

Sebagai pengguna tegar internet, saya berpandangan bahawa sekatan atau halangan sedemikian bukanlah jalan penyelesaian masalah. Sebaliknya, ia akan menambahkan lagi masalah selain menunjukkan ketidakpekaan terhadap perkembangan teknologi dunia.

Ini kerana dalam dunia moden kini, kita tidak ada pilihan melainkan mengikuti perkembangannya. Dunia sudah terbuka dan boleh dicapai dari mana-mana penjuru benua. Macamana kita sekat pun, akan ada saja cara orang mencari dan mendapatkan maklumat.

Yang penting dalam konteks ini, kita kena `educate' masyarakat kita untuk menapis dan membezakan antara berita yang benar dan salah, antara yang sahih dan dangkal. Masyarakat perlu dididik supaya rajin membaca. Menerusi pembacaan secara meluas, kita akan menjadi masyarakat yang bijak membuat penilaian serta cekap membuat perbandingan.

Yang jelas, sekatan tidak menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kita kena menguasai rangkaian baru ini, sebagai sumber maklumat. Apabila maklumat diperolehi, kita boleh mengetahui sesuatu perkara dari pelbagai sudut, kemudian menemui fakta sebenar. Dengan fakta itulah, kita kena jelaskan kepada masyarakat supaya akhirnya mereka memahami dan kebenaran akan muncul.

Dalam perkembangan teknologi dunia kini, internet telah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Selain sebagai wadah maklumat, ia juga membawa bersama kemudahan dalam pelbagai urusan harian. Misalannya kini semakin ramai orang berurus-niaga secara `on-line' pelbagai barangan dan produk, daripada yang kecil hingga kepada yang besar. Maknanya, dunia kini didiami generasi IT, justeru teknologi maklumat ini tidak lagi boleh dipisahkan dalam kehidupan.

Wednesday, March 26, 2014

PERKARA 20 ATAU PERJANJIAN MALAYSIA?

Oleh SALLEH SAID KERUAK

SUSULAN catatan saya menyokong kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Adenan Satem mengenai autonomi berkaitan kuasa imigresen, ramai pula bertanya semula soal Perkara 20, Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara kita.

Isu ini pernah menjadi polemik suatu ketika dulu. Baik menerusi media arus perdana, mahupun di alam siber. Soal relevannya. Soal prinsipnya. Dan sama ada ia masih menjadi sandaran dalam membuat keputusan atau tindakan pada hari ini.

Pendirian saya dalam hal ini tetap sama. Semua sama penting dan tidak diketepikan. Apa yang mencetuskan kontroversi sebelum ini adalah disebabkan perbezaan pandangan. Masing-masing melihat dari kanta berbeza, sudut berlainan dan mungkin dari sisi bertentangan. Mengikut  perspektif masing-masing, sama ada dipengaruhi sentimen politik, kepentingan peribadi, ideologi mahupun jatidiri.

Sebagai orang Sabah, saya melihat perkara ini secara konsisten. Bukan atas semangat parokial, tapi secara rasional atas kepentingan nasional.

Pimpinan di peringkat Pusat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memahami semangat autonomi ini, jika kita amati dan perhalusi pendekatan pentadbirannya. Gagasan 1Malaysia adalah manifestasi jelas. Pengiktirafan 16 September sebagai Hari Malaysia adalah satu lagi contoh cukup terang. Betapa kedudukan Sabah dan Sarawak itu tidak pernah diasimilasi.

Berbalik kepada Perkara 20, Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Malaysia, ia adalah fakta dan sejarah. Sememangnya termaktub dan tertulis dengan jelas, sama ada sebagai dokumen memorandum politik atau perjanjian. Ia menggariskan soal hak-hak rakyat Sabah sebelum, semasa dan selepas bergabung membentuk Malaysia.

Dalam konteks ini, kita harus membuka minda. Meluaskan pandangan, berfikir di luar kotak. Bahawa semua ini terbentuk atau dibentuk bagi memenuhi aspirasi gagasan.

Perkara 20 dan Perlembagaan Malaysia adalah dua  'dokumen'  berasingan dan mempunyai matlamat serta justifikasi tersendiri. Perkara 20 merupakan satu dokumen/memorandum yang sah dan ditulis dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14.  Manakala Perkara 20 diwujudkan oleh pemimpin politik Sabah pada ketika itu sebagai mewakili aspirasi rakyat Sabah semasa proses pembentukan Malaysia.

Perkara 20 merupakan memorandum yang dibentangkan oleh pakatan lima parti politik utama Sabah kepada Inter-Governmental Committee (IGC) yang telah ditubuhkan untuk mengenal pasti dan merangka draf Perlembagaan baru, untuk Persekutuan Malaysia yang baru, dengan mengambil kira perlindungan dan kedudukan khas Sabah dan Sarawak.

Memorandum 20 Perkara ini merupakan perlindungan perlembagaan yang paling minima yang pakatan parti-parti politik Sabah mahukan. Wakil-wakil Sarawak juga telah bentangkan Perkara 18 mereka untuk tujuan yang sama.

Jawatankuasa IGC sudah menggabungkan atau memasukkan perlindungan-perlindungan Perkara 20 dan 18 ini bila mereka membuat pindaan-pindaan relevan terhadap Perlembagaan Malaya ketika itu. Semua pindaan-pindaan perlembagaan ini boleh dilihat di dalam Bab 3 Laporan Jawatankuasa IGC ini.

Dari sisi undang-undang, Perkara 20 sebagai memorandum perkara-perkara minima untuk perlindungan khas Sabah di dalam Perlembagaan bukanlah dokumen undang-undang yang boleh mengikat atau berkuasa. Ianya cuma relevan untuk menjadi bahan rujukan apabila Mahkamah tidak boleh menafsirkan Perlembagaan Malaysia ataupun Perjanjian Malaysia secara tepat.

Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia teramat penting kerana ia mewajibkan Kerajaan Malaya, Sabah dan Sarawak untuk mengambil langkah-langkah perundangan ataupun eksekutif untuk merealisasikan pengesyoran Bab 3 Laporan IGC (Lampiran A dan B) sekiranya ia tidak dilindungi atau didapati dalam Perlembagaan Malaysia. 

Oleh itu, sekiranya salah satu Perkara 20 tidak diambil kira oleh Jawatankuasa IGC dan tidak tertulis di dalam pengesyoran Bab 3 Laporan IGC, maka Perkara 20 tidak lagi relevan ke tahap itu. Hak-hak yang termaktub di dalam Perkara 20 bergantung kepada Laporan IGC yang menjadi sumber asas untuk Perjanjian Malaysia dan seterusnya Perlembagaan Malaysia.

Secara contoh, salah satu Perkara 20 yang tidak direkodkan ke dalam Laporan IGC merupakan Perkara No. 3 yang mengharuskan setiap pindaan terhadap Perlembagaan Sabah perlu mendapat persetujuan rakyat (melalui referendum). Namun ini tidak dilihat di dalam Laporan IGC. Maka dengan itu, Perkara 3 ini tidak lagi relevan untuk masa sekarang.

Kita seharusnya mengkaji Bab 3 dari Laporan IGC untuk mengenalpasti pengesyoran mana yang belum lagi dikuatkuasakan untuk melindungi hak dan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Dan bukannya menguatkuasakan Perkara 20 kerana ia bukannya dokumen undang-undang yang relevan untuk masa kini.

Saya masih ingat, ketika  isu 20 Perkara ini hangat diperdebatkan, susulan kenyataan Datuk Dr Maximus Ongkili, saya pernah menyatakan betapa pentingnya penerangan dan penjelasan diberi kepada generasi muda mengenainya, untuk mengelak mereka keliru atau dikelirukan.

Ada pandangan mengatakan Perlembagaan Malaysia hanya wujud selepas Perjanjian Malaysia 1963 dimeterai, dan selepas Perkara  20 dipersetujui. Namun, melihat kepada sisi lain, Perkara 20 itu hanya memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani.

Saya berharap dengan fakta-fakta ini, kita dapat membuat pertimbangan bijaksana, mana satu antara Perkara 20, Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Malaysia, yang perlu dijunjung. 

Ini pandangan peribadi saya dan mungkin pandangan pihak lain berbeza. Yang penting ada semangat saling hormat-menghormati dan bersetuju bahawa Sabah adalah rakan pembentukan negara dan seharusnya mempunyai kuasa autonomi.

Perbezaan intepretasi adalah perkara biasa. Pokoknya, sebagai orang Sabah, kita harus sama-sama mempertahankan kepentingan dan keistimewaan yang ada seperti dipersetujui semasa merdeka dahulu. Ini penting kerana kita bertanggungjawab menentukan jalan di hadapan.

Monday, March 24, 2014

`LANGKAH KAJANG' UNTUK MENGANGKAT WAN AZIZAH?

Oleh SALLEH SAID KERUAK

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang telahpun diketahui. Masing-masing membuat teori dan andaian, analisa dan intepretasi -- tentang faktor kemenangan dan punca kekalahan.

Pada saya, walau apapun rumusan yang diperolehi, hakikatnya yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah. Itulah sistem demokrasi pengundian yang kita pilih di negara ini. Soal majoriti dan peratusan mengundi bukan soal pokok. Yang dapat lebih undi dalam persaingan adalah menang.

Dalam PRK itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi berkenaan apabila calonnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, menang dengan majoriti 5,379 undi. Presiden PKR itu memperoleh 16,741 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, mendapat 11,362 undi.

Sebenarnya, PRK Kajang adalah untuk memenuhi nafsu politik Anwar Ibrahim semata-mata. Jalan ceritanya cukup jelas. PRK diadakan selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas, bagi memberi peluang kepada Anwar bertanding.

Namun, Anwar terpaksa digantikan oleh Dr Wan Azizah selepas tidak layak bertanding susulan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Susulan kegagalannya bertanding, dia mengetengah isterinya menjadi `next leader of the nation'.

Anwar sedar masalah peribadinya amat rumit dan kemungkinan untuk dipenjara bukan lagi andaian. Kajang bukan lagi soal penganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tapi sebagai platform untuk `promote' Azizah sebagai `next' PM.

Soal isteri jadi `leader' berlaku di banyak tempat. Contoh terdekat, negara jiran Filipina, Corazon Aquino yang diangkat selepas pemergian suami dalam situasi yang berkait politik.

Lim Kit Siang awal-awal lagi mempelopori agenda ini. Pakatan sedar, Anwar mungkin tidak akan memimpin mereka menghadapi pilihan raya akan datang dan kena siap sedia mengetengahkan calon yang sesuai.

Sudah tentu kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden PKR dan sekarang Adun adalah calon yang `favourite' untuk diketengahkan. Strategi mereka ialah apabila Anwar dipenjarakan, mereka mahu guna isu simpati. Sebenarnya strategi ini pernah mereka guna semasa Azizah jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, cuma tidak berkesan ketika itu. Kali ini mereka tiada pilihan dan cuba lagi mengambil kira senario politik baru dengan cabaran ekonomi yang hebat dan kehadiran ramai pengundi muda yang majoriti masih dianggap atas pagar.

Bagi PKR, kejayaan Wan Azizah menempatkan diri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dikatakan petanda kemampuannya meneruskan agenda 'Langkah Kajang' yang dirancang parti itu.

Sebab itu, Azmin Ali sendiri beriya-iya menyatakan bahawa dengan kemenangan itu, maka agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Dalam pada itu, BN perlu melihat suasana politik seperti ini dan terus menyusun strategi dengan pendekatan baru untuk meningkatkan sokongan. BN kena bijak mengatur langkah dan masyarakat umum harus melihat tidak ada alternatif kepada BN untuk menjadi parti pemerintah.

BN tidak boleh lagi mengikut rentak pembangkang. Tindakan untuk menjawab `umpan pembangkang' tidak sesuai kerana ia hanya akan menjerat kita. Sebaliknya, apa yang perlu bagi BN adalah menetapkan agenda dan visi yang jelas dan difahami serta diterima majoriti masyarakat. BN juga bertanggungjawab mendedahkan kelemahan dan kepincangan gabungan pakatan. Umum juga harus melihat BN tidak terlalu personal dalam pendekatan politiknya.

BN kena buktikan ia parti yang releven dan pemimpin-pemimpinnya ada kredibiliti serta tidak dilihat sebagai `tin kosong' dan berlagak. Saya yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membaca suasana ini dan mampu untuk menanganinya demi kelangsungan kestabilan negara.

Saya optimis bahawa BN masih menjadi pilihan majoriti rakyat. Apa yang penting dilakukan, kita kena atasi permainan politik dalaman, dan pada masa sama meningkatkan usaha mengurus ekonomi rakyat. Itu lebih penting daripada pertimbangan menyerang lawan dari hadapan.

Sunday, March 23, 2014

BERSAMA MELINDUNGI KEPENTINGAN, BERSATU MENJUNJUNG KUASA AUTONOMI

Oleh SALLEH SAID KERUAK

SAYA tertarik dengan suara lantang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Sabtu. Tegas dan jelas, tanpa berkias. Beliau berterus-terang tidak  membenarkan ekstremis kaum dan agama serta lain-lain pembuat kacau memasuki Sarawak.

Pendirian tersebut jelas mempamerkan cara dan stail kepemimpinannya yang tersendiri.

Secara peribadi, saya berkesempatan bertemu dengannya di Mukah baru-baru ini ketika penamaan calon PRK Balingian. Dalam `crowd' yang begitu ramai, Saya menghulur tangan menyalaminya.

Di sebalik wajahnya yang kelihatan serius dan garang, Adenan sebenarnya cukup peramah, mudah mesra dan `humor' dalam perbualan. Namun, beliau cukup tegas apabila bercakap mengenai hal-hal yang serius.

Sebab itu, apabila membaca laporan kenyataannya pada Sabtu, berkaitan kumpulan ekstremis masuk ke Sarawak, saya memahami maksud dan pendirian tegasnya itu.  Bahawa beliau tidak akan berkompromi terhadap perkara-perkara serius, apatah lagi yang boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Dalam nada yang serius, Adenan menegaskan, beliau bukan berlagak angkuh apabila menyatakan mahu menghalang ekstremis kaum dan agama serta lain-lain pembuat kacau daripada memasuki Sarawak.

"Saya bukan angkuh, tetapi sebagai Ketua Menteri tanggungjawab utama saya ialah melindungi keamanan dan keharmonian di negeri ini," demikian kata Tan Sri  Adenan, sambil menyatakan beliau mempunyai senarai individu terbabit.

Bagi saya, apa yang dikatakannya itu pasti mendapat reaksi positif majoriti rakyat Sarawak yang cintakan keamanan.

Selain menepati kehendak dan aspirasi rakyat, ia sememangnya seiring kuasa autonomi yang termaktub dalam perjanjian ketika pembentukan Malaysia dahulu.

Bagi kita, ketegasan Kerajaan Sarawak menghalang kemasukan mana-mana ekstremis atau pelampau ke negeri itu ada justifikasinya memandangkan tahap perpaduan rakyat di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak begitu tinggi biarpun dalam keunikan dan kepelbagaian lebih 40 suku kaum dan sub-etnik yang ada.

Soal perpaduan dan keamanan adalah sama penting dengan usaha mengekalkan hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Apabila terjalin hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan, maka keamanan akan wujud dengan sendirinya, sekali gus membawa kepada pembangunan yang lebih rancak untuk manfaat rakyat.

Dalam konteks ini, saya sependapat dengan Tan Sri Adenan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa-kuasa autonomi tertentu yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia. Demikian juga hak hak serta keistimewaan kita dilindungi dalam Perlembagaan.

Bagi Sabah pula, BN wajar senantiasa melindungi kepentingan Sabah sebagaimana dipersetujui semasa Merdeka dahulu.  YAB Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang Perdana Menteri yang memahami sejarah serta kedudukan Sabah dan Sarawak, sebab itulah beliau menerima hakikat negara ini dibentuk 16 September dan hari tersebut telah diwartakan  sebagai cuti umum.

Kita adalah rakan atau `partner' pembentukan negara ini. Hakikat ini perlu diterima oleh kepemimpinan kita. Dalam konteks inilah, maka wajar konsep `decentralization and delegation of power' dilaksanakan di mana boleh dan bersesuaian.Ini ada lah amalan yang sejajar dengan sistem Persekutuan.Semangat 18points untuk Sarawak dan 20points tidak harus diketepikan.

Dalam hal kesatuan dan perpaduan, Sabah dan Sarawak mempunyai keunikan yang jauh berbeza berbanding di Semenanjung. Sebab itu, budaya politik di Semenanjung tidak semua sesuai di Sabah dan Sarawak.

Kita bersaing politik secara sihat dan jangan terbawa-bawa isu-isu yang boleh menjejaskan hubungan agama dan kaum yang sudah terpupuk sejak merdeka lagi.

Friday, March 21, 2014

LOSING THE PERCEPTION GAME

By Salleh Said Keruak

Politics is a game of perception and since the 1980s Malaysia has been a victim of bad publicity. For 30 years Malaysia and the Barisan Nasional-led Malaysian government has been the target of attacks by the western media -- and since the 1990s by Malaysia’s alternative or social media.

This state of affairs came about soon after Tun Dr Mahathir Mohamad took over as Prime Minister and is the result of Dr Mahathir not willing to bow or kowtow to the west. In fact, Dr Mahathir was openly very critical of Britain, the United States and Australia.

Malaysia’s GDP per capita is of over US$10,000, roughly twice that of Thailand and three times that of Indonesia. But the western media insists that the economies of Thailand and Indonesia are better managed than Malaysia’s. This is one example of biased western reporting and reporting not based on statistics.

Dr Mahathir was never popular with the west or with the western media. And this is because he called a spade a spade and exposed the hypocrisy and double standards of the west. And the west did not like this. Hence Malaysia could never do anything right. Everything it did was wrong.

Prime Minister Najib Tun Razak has inherited the legacy of the Dr Mahathir era -- the western media’s hatred for the Malaysian government. Hence anything that Malaysia or the Malaysian government does is never right even when the country’s GDP per capita is twice that of Thailand and three times that of Indonesia.

That is good news. The western media does not like good news regarding Malaysia or the Malaysian government. They want to focus on only the bad news and if there is no bad news they can always create bad news regarding the country.

The Najib administration must take serious note of this. For 30 years since the 1980s Malaysia and the Malaysian government has been the favourite punching bag of the west and the western media. And the Najib administration does not have an effective perception management team to counter this.

Malaysia has failed to correct this negative perception regarding the country. To be fair, Dr Mahathir never cared much about what the west thought of him so he did not bother to do anything about it. But in today’s era of the alternative and social media, the Najib administration can no longer ignore this. This matter needs to be addressed.

It becomes worse when even the government-friendly mainstream and social media jump onto the bandwagon and take pot shots at the Prime Minister. Saying nice things about the government does not attract readers. Saying bad things does. So they prefer to carry negative rather than positive stories regarding the government.

Even the most powerful country in the world, the United States, is very sensitive about public opinion. And they go to great lengths to explain government policies to the world. Malaysia cannot ignore the world like what Dr Mahathir used to do. That was 30 years ago and 30 years ago public opinion was not crucial. Today, it is.

The result of the 2008 and 2013 general elections is proof that the opposition won in the court of public opinion. If Barisan Nasional wants to see an improvement in the next general election expected in 2018 or so we need to wake up to this reality and address the matter.

The media, in particular the social media, is very crucial. President Obama used the Internet to run his entire campaign and fund raising exercise. In many countries, the Internet can make or break the government. One example is regarding what is currently happening in Thailand. The Internet was fully and effectively used in the Thai political crisis. The same for what happened in Egypt. The Internet played an important role in the Arab Spring as well.

There is enough good news regarding Malaysia. The only problem is the social media (the pro-government portals as well) spins only the bad news (and sometimes fabricated bad news on top of that) while the government does not respond effectively to these attacks.

Wednesday, March 19, 2014

JANGAN POLITIKKAN MISTERI KEHILANGAN MH370, UTAMAKAN KEPENTINGAN NEGARA

Oleh SALLEH SAID KERUAK

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  Dan bahu yang memikul tugas ini adalah kerajaan, sedangkan mata yang hanya memandang itu adalah barisan pembangkang.

Di pihak kerajaan, kita telah melakukan segala yang termampu dan sekiranya ada maklumat yang tidak didedahkan atau disebarkan kepada umum, pasti ada alasan yang kukuh untuk kerajaan berbuat demikian.

 Sejak dari hari pertama MH370 gagal dikesan, kerajaan telah sedaya upaya menggunakan segala teknologi dan kepakaran yang ada untuk mencari petunjuk bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. 

Kerajaan juga dengan tangan terbuka menerima serta berkongsi sebanyak mungkin maklumat yang perlu dengan negera-negara yang tampil untuk membantu dalam usaha mencari pesawat milik Penerbangan Malaysia ini.

Meski pun ada yang mempersoal kedudukan keselamatan negara dengan keterbukaan yang sebegitu, keperluan untuk menjejaki MH370 serta semua krew dan penumpang dalam penerbangan tersebut adalah lebih penting.

Walau dengan yang demikian, segala usaha yang diambil oleh pihak kerajaan terus dikritik dan setiap langkah diperlekeh oleh pembangkang. Pelbagai teori, spekulasi dan fitnah dihebahkan melalui  media elektronik dan laman sesawang tanpa memikirkan kesan atau natijahnya.

Seperti sewaktu insiden Lahad Datu, pihak pembangkang tidak mahu tertinggal sesaat pun untuk menghentam kerajaan dan tatkala seluruh negara berdoa dan berharap agar mereka yang terlibat selamat kembali, pembangkang melihat insiden MH370 ini sebagai sesuatu yang perlu diraikan dan merebut peluang ini untuk menyelar kerajaan.

Pujian yang diberikan oleh negara-negara luar yang ikut serta dalam misi pencarian MH370 atas sikap professional dan juga dedikasi kerajaan dalam menangani krisis ini ditenggelamkan oleh kritikan demi kritikan yang disebarkan oleh pembangkang.

Portal-portal berita pro-Pakatan seperti Malaysiakini memilih untuk terus menjadi pencerna spekulasi tanpa mengambil kira kedukaan yang dihadapi oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan kehilangan MH370.

 Dari satu penipuan ke satu penipuan yang lain, portal-portal ini melaporkan apa yang pada mereka adalah kepincangan dari pihak kerajaan dalam menangani krisis ini.

Tidakkah pembangkang sedar akan kenyataan bahawa negara tidak berseorangan dalam misi mencari ini, 15 buah negara telah turut serta bagi memastikan ianya berjalan lancar.

Kehilangan MH370 bukan sahaja memberi kesan terhadap Malaysia, malah seluruh dunia. Tindakan portal-portal pro-Pakatan yang berterusan mengkritik kerajaan hanya membuktikan kurangnya semangat patriotisme serta sikap tidak ambil peduli mereka bukan sahaja kepada mangsa yang terlibat, malah kepada imej negara.

Sekali pun ada agenda yang perlu disampaikan, ini bukanlah masanya. Adakah perlu bagi menyemai benih kebencian serta memburuk-burukkan kerajaan ketika sepatutnya semua bersama mendoakan yang terbaik untuk MH370. 

Adakah agenda portal-portal ini adalah untuk memecah-belahkan Malaysia serta mencipta rakyat yang tidak punya rasa simpati dan semangat patriotisme? Adakah ini sumbangan yang mereka mahu beri pada negara?
Lucu apabila memikirkan bahawa portal-portal ini diselenggara oleh individu-individu sama yang melaung slogan tiada kebebasan media di Malaysia. Sekiranya melihat pada laporan-laporan yang dimuatnaik dalam portal mereka, nyata kebebasan ini telah disalah gunakan.

Berhentilah mempolitikkan semua isu yang tidak langsung berkait dengan politik. Berhentilah sebelum ada jiwa-jiwa muda yang akan menjadi taksub dengan semua pembohongan dan penipuan yang hanya akan menjadikan negara porak peranda. Berhentilah.

Tuesday, March 18, 2014

PERTEMBUNGAN SATU LAWAN SATU ANTARA BN DAN PKR

MUKAH: Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
    Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili mengumumkan bekas Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo sebagai calon BN dan ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang sebagai calon PKR.
    Pengumuman dibuat kira-kira 10.16 pagi selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra di sini hari ini.
    Shafrie berkata kertas pencalonan Yussibnosh, 47, diterima pada 9.03 pagi sementara kertas pencalonan Abdul Jalil, 55,  pada 9.14 pagi.
    Pencalonan Yussibnosh dicadang oleh Ardiman Matan @ Henry dan disokong Fauziah Adeni sementara Abdul Jalil dicadang oleh Matek Geram @ Matek Maxi dan disokong oleh Basri Bahari, katanya.
    PRK DUN Balingian diadakan selepas dikosongkan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga telah bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lepas. Pengundian PRK Balingian ditetapkan 29 Mac ini.
    Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau berpuas hati dengan kelancaran keseluruhan proses penamaan calon hari ini.
    Menurutnya kelancaran proses penamaan calon itu merupakan antara yang terbaik pernah dijalankan di negara ini dan yakin keadaan itu akan berterusan semasa tempoh berkempen dan pada hari pengundian.
    "Tidak ada apa-apa perkara luar biasa yang berlaku dan penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak masing-masingnya telah menunjukkan mereka menghormati cara hidup dan nilai-nilai masyarakat setempat," katanya kepada pemberita.
    Abdul Aziz berkata SPR akan turut menggerakkan tiga pasukan petugas untuk memantau aktiviti berkempen kedua-dua calon yang bertanding.
    DUN Balingian yang terletak di kawasan tengah Sarawak mempunyai 13,366 pemilih berdaftar dengan majoriti daripada mereka berketurunan Melanau.  -- BERNAMA
   

Sunday, March 16, 2014

PRK BALINGIAN: PANCARAN UNIKNYA POLITIK SARAWAK

Oleh SALLEH SAID KERUAK

Calon Barisan Nasional dalam PRK Balingian diumumkan pada Sabtu.  Bekas Pegawai Daerah Dalat, Yossibnosh Balo dinamakan mewakili BN dalam pilihan raya yang dijadual 29 Mac ini.

Pengumuman nama calon berkenaan dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Seperti PRK Kajang, saya juga mengikuti perkembangan PRK Balingian ini melalui pelbagai wadah. Selain media sosial, saya juga mendapat maklum balas daripada rakan-rakan seperjuangan di Sarawak yang sentiasa `up-date' perkembangannya.  Maka pengumuman mengenai calon Balingian ini dapat saya ikuti secara `real time'.

Sesuatu yang menarik mengenai calon BN ini. Yossibnosh merupakan anak jati Mukah berasal dari Kampung Tellian Tengah, berbangsa Melanau, beragama Kristian dan amat dikenali masyarakat setempat.

Menurut Muhyiddin, Yossibnosh, 48, dipilih mewakili BN bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana beliau merupakan calon terbaik berdasarkan kepada kelayakan dimiliki.

"Beliau orang yang layak (wakili BN) dan beliau mampu mewakili rakyat di Balingian. BN percaya di atas kemampuan dan sifat beliau yang begitu baik hati, banyak pengalaman, pemurah dan peramah.

"Saya fikir inilah calon terbaik yang dipilih oleh pucuk pimpinan dan saya mendoakan beliau mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya ini," demikian kata Muhyiddin.

Kerusi DUN Balingian yang disandang Abdul Taib kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri pada 28 Februari lalu.

Justeru, PRK Balingian ini jelas memancarkan keunikan politik Sarawak sendiri. Lebih menarik, apabila Timbalan Perdana Menteri ceritakan mengenai persefahaman Islam Melanau dan Kristian Melanau, mengenai persefahaman mewakili kawasan tersebut. Ini jelas mempamerkan `high level of understanding' dalam soal perkongsian kuasa dan perpaduan rakyat

Bagi saya, penampilan Yossibnosh di Balingian ini amat tepat sekali. Sebagai bekas pentadbir setempat, dia sudah pasti dikenali ramai dalam kalangan penduduk yang berbagai latar kehidupan. Lebih penting, sebagai anak kampung, dia memahami denyut nadi masyarakat sekeliling yang diwakilinya.

Maka saya  yakin tiada masalah besar untuk BN menang di Balingian ini. Selain faktor calonnya popular, ditambah pula dengan kedudukan mantap BN Sarawak di bawah teraju Ketua Menteri yang baru, Tan Sri Adenan Satem, yang `berpengalaman besar, brilliant and cool.'

BN Sarawak ketika ini pada kedudukan cukup mantap. Kita melihat tahap permuafakatan cukup tinggi. Lihat saja proses peralihan kuasa baru-baru ini, cukup lancar dan teratur demi kestabilan dan manfaat ramai. Mereka melihat kepentingan Sarawak melebihi kepentingan kelompok dan diri. Inilah yang  dinamakan perjuangan Sarawak, selari dengan kehendak rakyat negeri itu.

Sebagai tanda komitmen negeri berjiran, esok saya menyertai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman mengiringi calon BN di Balingian. Ia  tanda sokongan moral kita terhadap negeri jiran yang banyak persamaan politiknya, di mana pancaran keunikan ini tidak ada di Semenanjung.

Thursday, March 13, 2014

PRK KAJANG: ISU PEMBANGKANG JAUH MENYIMPANG

Oleh SALLEH SAID KERUAK

KEMPEN pembangkang dalam PRK Kajang sudah menyimpang. Isu yang dijaja bukan soal nasib rakyat, tapi masalah personal.
  Dalam ceramah kempennya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, lebih banyak bercerita mengenai kes mahkamah suaminya daripada memperkatakan masalah rakyat Kajang. 
   Dia bercerita tentang suaminya yang telah dihukum oleh mahkamah dan betapa mereka sekeluarga menjadi apa yang dianggapnya sebagai `mangsa politik' sehinggakan dia terlupa perjuangan politiknya untuk rakyat Kajang.
  Nyata Wan Azizah mendendangkan lagu lama yang pernah didendangkannya di Permatang Pauh. Isunya tidak relevan kepada pengundi setempat.
  Anwar Ibrahim telah didapati bersalah oleh mahkamah dan berhak  merayu. Ini sistem kehakiman kita. Kenapa pula pengundi Kajang diheret untuk menyelesaikan masalah dia. 
  PRK Kajang ini pun diadakan untuk memenuhi nafsu politik Anwar dan malangnya tidak kesampaian. 
Wan Azizah sepatutnya menerangkan perjuangan sebenarnya, bukan asyik meraih simpati. Tapi ini tidak dilakukannya. Kerana dia sendiri pun bertanding di situ hanya semata-mata memenuhi agenda yang ditetapkan suaminya. Dia hanyalah calon proksi, bukan calon pilihan pakatan pembangkang.
  Kajang perlukan seorang wakil yang ada pengalaman menyelesaikan masalah rakyat, sanggup mendekati rakyat, cergas berkhidmat, dedikasi dan punya integriti. Dan ini hanya boleh dilakukan oleh calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
  Kita yakin pengundi Kajang bijaksana membuat pilihan. Tahu menilai yang benar dan palsu. Pandai membezakan antara perjuangan sejati dan peribadi.
  Kes mahkamah itu bukan soal antara kerajaan dengan Anwar. Tapi ia antara Anwar dengan bekas pembantunya sendiri, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sedangkan di Kajang, isunya adalah antara perjuangan BN dan pakatan pembangkang. Dua hal yang berbeza.
  PRK Kajang ini lebih kepada memenuhi nafsu dan cita-cita politik Anwar. Sebab itu, apabila dia tidak menjadi calon, dia meletakkan isterinya pula. Satu lagi bukti amalan nepotisme.
  Hakikatnya, pengundi Kajang kena hati-hati. Jangan tersilap dengan `Langkah Kajang' tapi perlu melihat jauh ke hadapan, saujana mata memandang.

Tuesday, March 11, 2014

THE `NATIONAL CONSENSUS' DRAMA

By Salleh Said Keruak

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said Pakatan Rakyat has decided to retract its offer of national consensus with the Barisan Nasional (BN) following his conviction for sodomy last week.

Speaking at a ceramah in Kajang on Monday night, he said that it was better for PR to fight against BN than to work with it because of the ruling coalition's ‘cruelty’towards it.

“Before this, we decided to talk about religion, corruption and race. And we called for a national consensus.”

“But no more now. We fight. Why? Insolence. This is about the judiciary, and not Anwar,” he told his supporters.

In January 2014, Anwar Ibrahim talked about a national consensus. Initially, the talk was about a unity government but when it was apparent that PAS and DAP would not support the idea of a unity government it was watered down to just a national consensus.

The meeting that the Secretary-Generals of PAS and PKR had with Umno Vice-President Zahid Hamidi in London over Christmas of 2013 was to explore the possibility of a unity government. DAP was not invited to this secret meeting, for obvious reasons, because DAP would never agree to such an arrangement. Hence themove had to be between PAS-PKR and Umno butexcluding DAP.

The problem arose when the PAS President, HadiAwang, who was also in London, refused to join the unity government talks. This was an indication that PAS was not interested in the move, as confirmed by PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat who said that such a possibility is out of the question.

Whether it was for purposes of unity government, national reconciliation or national consensus (Anwar appears to ding-dong about what it is supposed to be) is no longer relevant. Anwar has just announced that whatever in the end was going to happen is no longer going to happen. And the reason why it is no longer going to happen is very clear -- because Anwar has been convicted for sodomy.

This makes it apparent that Anwar’s olive branch and peace talk offer was for only one purpose -- and that was to pre-empt the sodomy 2 appeal. Anwar was hoping that by engaging Umno in peace talks he could convince the government to uphold his acquittal and keep him out of jail. Now that he has been found guilty, Anwar no longer sees the need to continue the peace talks with Umno, or what he calls a national consensus.

The so-called peace talks or national consensus was not about the nation or the interests of the country. It was about Anwar. And, according to his own confession, Anwar no longer sees the need to make peace with Umno since he has now been found guilty of sodomy. 

PRK KAJANG: KEMPEN MESTI BIJAK DAN SASARAN TEPAT

Oleh SALLEH SAID KERUAK

PERANG di Kajang sudah bermula. Dua wanita bersaing. Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili Barisan Nasional (BN), ditentang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  Persaingan satu lawan satu ini amat menarik dan pasti menjadi tumpuan. Menariknya kerana dua wanita yang bersaing ini mempunyai kapasiti dan personaliti tersendiri. Chew, 50, merupakan Naib Presiden MCA, manakala Wan Azizah, 61, pula Presiden PKR.
  Selain menarik kerana menyaksikan pertembungan dua wanita, Kajang juga merupakan pilihan raya kecil pertama (PRK) selepas PRU-13. Sudah pasti, ia dianggap penting bagi kedua-dua BN dan PKR. Dan penentunya terletak di hujung jari 39,278 pemilih berdaftar di situ.
  Saya mengikuti perkembangan di Kajang dari semasa ke semasa. Melalui pelbagai wadah alam maya, termasuk twitter dan warga netizen selain wadah konvensional seperti media arus perdana dan televisyen.
  Kerana kepelbagaian wadah ini, maka saya dapat menganalisa dan melihat Kajang dari pelbagai dimensi. Saya melihatnya dari kacamata hadapan. Saya juga melihatnya dari sisi lain.
  Chew yang diketengahkan BN dilihat sebagai `underdog' berbanding calon PKR. Kawasan tersebut dikatakan kubu pembangkang di negeri yang juga dikuasai pembangkang. Maknanya, PKR memiliki kelebihan berbanding BN.
  Begitu pun, ia tidak harus melemahkan jentera kempen BN. Sebaliknya, ia mesti dijadikan motivasi untuk mencapai kejayaan, atau setidak-tidaknya prestasi lebih baik daripada PRU-13 lepas.
  Kita melihat pemilihan Chew amat bertepatan, calon terbaik untuk mewakili rakyat Kajang. Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bukan saja berpengalaman luas dalam membantu dan menyelesaikan masalah rakyat, tetapi juga tegas berpegang pada prinsip perjuangannya.
  Chew mempunyai banyak kelebihan dari segi integriti dan pengalaman yang dimilikinya
  Tidak syak lagi, pemilihan beliau adalah satu keputusan tepat kerana beliau seorang yang ada kredibiliti, integriti dan pengalaman yang cukup luas.
  Justeru yang penting dalam kempen ini, gerakan mesti bijak dan sasaran tepat. Kerana BN juga mempunyai penyokong tegar di situ selain semakin ramai dikatakan berstatus atas pagar.
  Kalau dianalisa keputusan Kajang dalam PRU-13 pada 5 Mei tahun lalu, pembangkang memperolehi majoriti 6,824
undi dalam pertandingan enam penjuru, melibatkan calon BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
  Dalam berhadapan PRK Kajang kali ini, BN harus menumpukan kepada pengundi atas pagar ini tanpa melupakan penyokong tegar. Pengundi atas pagar ini boleh menjadi faktor penentu kemenangan, apatah lagi dikatakan ramai yang dulu tegar bersama pembangkang sudah mulai jauh hati akibat pelbagai isu dalaman melanda PKR dan kemelut kepemimpinan kerajaan Selangor.
  Bagi jentera BN, usaha yang perlu dilakukan termasuk meyakinkan pengundi Kajang mengenai kebaikan BN serta komitmen membela nasib rakyat. Kita juga kena jelaskan serta terangkan perkara benar, termasuk perbalahan dan kepincangan kerajaan pembangkang, khususnya di Selangor.
  BN perlu berhati-hati dalam menghadapi pembangkang di Kajang supaya kita tidak terperangkap dalam jerat yang mereka pasang. Kita maklum, Kajang sinonim dengan sate. Dan peniaga sate ini menarik kerjanya -- ada tukang cucuk dan ada tukang kipas. Jika kita tidak hati-hati, takut nanti cucukan dan kipasan mereka terkena kita!
  PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya, Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Jan. Sehari selepas itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan akan bertanding bagi pilihan raya kecil itu, dikatakan langkah pertama menuju ke kerusi Menteri Besar Selangor.
  Namun rancangan Anwar terpaksa dibatalkan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lepas.
   Kempen bermula sejurus penamaan calon selesai pada Selasa, dan berlarutan sehingga pengundian pada 23 Mac depan.
  Jumlah keseluruhan pengundi Kajang terdiri daripada Melayu (48 peratus), Cina (40 peratus) dan India (10 peratus). Mengikut perangkaan, sebanyak 50 peratus daripada jumlah pengundi adalah wanita.
  Dalam kempen ini, gerakan BN seharusnya lebih fokus dan mesti bersifat ofensif.
  Saya sependapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kempen BN perlu menonjolkan kemelut yang dihadapi pembangkang.
  Ini kerana pakatan pembangkang fikir mereka gabungan yang mantap sedangkan jelas berlaku perbalahan besar, sama ada dari segi dasar mahupun antara kepimpinan.
  Justeru, kempen ini perlu dijadikan sebagai peluang untuk melaksana gerakan lebih ofensif bagi menjelaskan perkara yang dibangkitkan pembangkang mengenai BN, selain isu yang membelenggu pakatan itu sendiri.
  Bagi Badan Perhubungan Umno Sabah, gerakan kempen yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman sudah pun turun padang di Kajang bersama-sama jentera BN mengempur pembangkang dan kita yakin ia mampu membuahkan sesuatu yang bukan mustahil.

Wednesday, March 5, 2014

SATU PERINGATAN KEPADA PENDUDUK KAJANG

Oleh Salleh Said Keruak

Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 menyaksikan penangkapan 106 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) dan pembatalkan lesen penerbitan bagi dua akhbar iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh dan dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan .

Menurut kepada White Paper yang menjelaskan penangkapan yang dilakukan, pelbagai kumpulan telah memainkan isu-isu sensitif dan seterusnya mewujudkan ketegangan kaum di negara ini berkaitan dengan perlantikan lebih kurang 100 penolong kanan dan pengetua ke sekolah-sekolah vernakular Cina oleh  Kementerian Pelajaran.

Pada 11 Oktober 1987, perhimpunan yang dihadiri oleh 2,000 orang telah diadakan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia ( juga dikenali sebagai Dong Jiao Zong) di bangunan Persatuan Hainan di Kuala Lumpur, yang turut disertai oleh ahli-ahli politik daripada Persatuan Cina Malaysia (MCA ) , Parti Tindakan Demokratik (DAP) , Gerakan dan parti berasaskan kaum Cina yang lain.

Ucapan-ucapan yang terarah kepada provokasi perkauman telah dibuat dan mesyuarat itu memutuskan untuk sekolah-sekolah Cina mengadakan tindakan memboikot  selama tiga hari jika kerajaan tidak menyelesaikan isu pelantikan tersebut.

Semua ini berlaku hanya setahun selepas Anwar Ibrahim mengambil alih tugas sebagai Menteri Pelajaran dan sehingga hari ini beliau diingati sebagai orang yang cuba memecah-belahkan tulang belakang kepada pendidikan Cina dan mengasimilasikan sekolah-sekolah Cina ke dalam arus perdana pendidikan nasional. Dan itu adalah salah satu sebab mengapa orang Cina tidak menyokong Barisan Alternatif dalam pilihan raya umum tahun 1999 dan 2004.

Kajang di lihat sebagai pusat tidak rasmi pendidikan Cina.  Adalah lebih baik jika pengundi Cina di Kajang untuk mengingati kenyataan  bahawa Anwar tidak pernah dianggap sebagai rakan kepada pendidikan Cina seperti mana kepura-puraan beliau kini.

Apabila kontroversi pelantikan di sekolah-sekolah Cina ini dibangkitkan pada tahun 1987, Anwar berdegil dan memilih untuk tidak mengubah pendiriannya . Dan ini telah mencetuskan protes di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional sendiri , yang akhirnya menyebabkan  Operasi Lalang tidak lama selepas itu .

Hal ini adalah bukan sahaja isu yang menjadi kebimbangan pembangkang. Malah dalam Barisan Nasional juga berpendapat bahawa Anwar bukan sahaja salah tetapi juga sangat sombong dengan cara yang beliau mengendalikan isu itu. Dan hari ini Anwar cuba untuk mempamerkan dirinya sebagai rakan kepada pendidikan Cina. Pengundi Kajang perlu serius memikirkan perkara ini dengan lebih teliti lagi.

Tuesday, March 4, 2014

A REMINDER TO KAJANG FOLKS

By Salleh Said Keruak

Operasi Lalang of 27th October 1987 saw the arrest of 106 persons under the Internal Security Act (ISA) and the revoking of the publishing licenses of two dailies, The Star and the Sin Chew Jit Poh and two weeklies, The Sunday Star and Watan.

According to the White Paper explaining the arrests, various groups had played up sensitive issues and thus created racial tension in the country regarding the Ministry of Education's appointments of some 100 senior assistants and principals to vernacular Chinese schools.

On 11th October 1987, a 2,000-strong gathering was held by the United Chinese School Committees Association of Malaysia (also known as Dong Jiao Zong) at the Hainanese Association building in Kuala Lumpur, which was joined by politicians from the Malaysian Chinese Association (MCA), the Democratic Action Party (DAP), Gerakan and other Chinese-based parties.

Racially provocative speeches were made and the meeting resolved to call for a three-day boycott of Chinese schools if the government did not settle the appointments issue.

All this happened just a year after Anwar Ibrahim took over as the Minister of Education and until today he is remembered as the man who tried to break the backbone of Chinese education and assimilate Chinese schools into the mainstream national education. And that was one of the reasons the Chinese did not support Barisan Alternatif in the 1999 and 2004 general elections.

Kajang is viewed as the unofficial centre of Chinese education. The Chinese voters in Kajang would do well to remember that Anwar was never considered a friend of Chinese education as he now pretends to be.

When the controversy of the appointments in Chinese schools was raised in 1987, Anwar very stubbornly refused to change his stand. And this triggered protests even by the members of Barisan Nasional, which resulted in Operasi Lalang soon after that.

This matter was not only an opposition issue of concern. Even those in Barisan Nasional thought that Anwar was not only wrong but also very arrogant in the way he handled the issue. And today Anwar is trying to present himself as a friend of Chinese education. The Kajang voters need to seriously reflect on this.

Monday, March 3, 2014

SOKONG PENDEKATAN NAJIB DAN HORMATI PENDAPAT TUN M

Oleh SALLEH SAID KERUAK

BANTUAN Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu rakyat. Nyata, pendekatan itu memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Ia merancakkan kegiatan ekonomi, menguntungkan rakyat dan sektor perniagaan. Rata-rata rakyat Sabah menyokong penuh pendekatan ini. BRIM juga merupakan janji yang terkandung dalam manifesto, maka ia wajib ditunaikan.

Selain membuktikan komitmen kerajaan menunaikan janji, pemberian BRIM ini juga harus dilihat dalam konteks menyeluruh, dengan mengambil kira transformasi ekonomi yang diilhamkan oleh Najib dalam perjalanan menuju pencapaian Wawasan 2020.

Kerajaan juga telah berjanji untuk menaikkan pembayaran BR1M secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun. Maka, rakyat wajar
mensyukurinya dan bersama-sama kerajaan supaya janji itu dapat direalisasikan.

Secara jelas, pemberian BR1M ini adalah petunjuk jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional mengotakan apa yang dijanjikan. Ia merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi secara adil dan saksama.

Keupayaan kerajaan melunaskan pembayaran BR1M adalah hasil daripada penjimatan subsidi petrol selain beberapa langkah rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan
kerajaan, dengan matlamat untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup secara lebih efektif.

Oleh yang demikian, kita menghormati pelbagai pendapat dan pandangan mengenai pembayaran BR1M ini, termasuklah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi kita, sememangnya akan ada berpandangan yang berbeza dan kita hormati. Namun dalam konteks dan suasana hari ini, seorang Perdana Menteri yang telah diberi mandat besar oleh rakyat seharusnya diberi sokongan padu untuk menyusun struktur ekonomi negara. Dan inilah yang dilakukan oleh Najib.

Apa yang disuarakan Tun Dr Mahathir itu adalah pendapatnya, dan tidak semestinya pendapat itu betul dalam senario ekonomi ketika ini. Kita kena berdepan dengan permasalahan ekonomi dan bukan menunda penyelesaiannya jika kita ingin menjadi kerajaan yang bertanggungjawab.

Bagi kita, tanggungjawab kita sebagai ahli parti adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat pendekatan baru Najib ini dan kebaikan-kebaikan inisiatifnya, bukan sebaliknya mengutuk beliau. Mungkin ada perbezaan pendekatan berdasarkan situasi terkini, tetapi prinsipnya tetap sama, iaitu harus menyokong keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Kabinetnya yang telah mengembirakan semua.

Pemimpin-pemimpin sebelum ini yang menjadi Perdana Menteri pun kita sokong sepenuhnya walaupun pada ketika itu ada antara kita yang tidak selari dengan pendekatan kepemimpinan. Itulah prinsip yang harus kita pegang pada hari ini di bawah teraju pimpinan Najib.

Sunday, March 2, 2014

PRK KAJANG: GUNA PENDEKATAN PROFESIONAL, BUKAN PERSONAL; BERSIKAP RASIONAL DAN JANGAN EMOSIONAL

Oleh SALLEH SAID KERUAK

BARISAN Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk bertanding dalam PRK Kajang. MCA mewakili BN, mengetengahkan Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Tidak seperti beberapa PRK sebelum ini, PRK Kajang mempunyai kelainan tersendiri. Ia diadakan untuk memenuhi agenda dan kepentingan politik, ciptaan Anwar Ibrahim.

Bagi BN, keputusan untuk bertanding sudah dibuat. Maka tugas kini, tentunya menyediakan jentera sebaik mungkin menjelang hari penamaan calon pada 11 Mac ini, disusuli kempen sebelum pengundian pada 23 Mac depan. Ia bagi mencapai matlamat, menentukan kemenangan.

Dan bagi mencapai kemenangan ini, kita kena susun strategi dengan tepat. Sasaran mestilah berdasarkan data yang ada. Penyokong-penyokong tegar kedua-dua parti, samada tua atau muda, lelaki atau wanita, tidak akan berubah sokongan hanya kerana calon. Mereka mengundi kerana parti.

Yang boleh menentukan kemenangan ialah mereka yang boleh terpengaruh dan diyakinkan dengan isu-isu terkini. 

Oleh yang demikian, BN kena meyakinkan pengundi-pengundi berkenaan tentang ketidakmampuan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri, justeru kawasan Kajang perlu diwakili oleh BN bagi menyuarakan masalah mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga memohon Kerajaan Pusat membantu dalam hal pembangunan.

Kita jangan terlibat dalam pergolakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada kita, sama ada Anwar Ibrahim atau Azmin Ali atau Khalid Ibrahim, adalah musuh politik kita yang mahu menjatuhkan BN.

Dalam menghadapi persaingan di Kajang ini, kita harus menghadapinya dengan pendekatan profesional dan bukan personal. Maknanya, tidak perlu memberi peruntukan hanya untuk pilihan raya kecil seperti disebutkan oleh Naib PresidenUmno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Apa yang perlu dilakukan, kita kena kerja bersungguh-sungguh menyakinkan pengundi yang dianggap atas pagar untuk bersama-samakita. Itulah caranya.

Dalam mendepani cabaran ini juga, kita mesti bersikap rasional dan tidak emosional. Tidak boleh terbawa-bawa dengan sentimen bersifat personal kerana ia bukan cara dan budaya BN.