Translate

Wednesday, April 30, 2014

LIBERTY SHOULD NOT BE SEEN AS A WEAKNESS

By SSK

Today, ex-Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said that the reason PAS was pushing for the implementation of the Islamic Sharia law of hudud was because Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is weak.

Dr Mahathir added that PAS never played up the hudud issue when he was the Prime Minster because the government then was strong. “Maybe PAS thinks the current government needs support, because during my time we held absolute power with the two-thirds majority,” Dr Mahathir said.

That is actually not quite true because hudud was passed by the Kelantan State Assembly in 1992 and by the Terengganu State Assembly in 2001, both times when Tun Dr Mahathir was the Prime Minister. What PAS is doing now is merely following up on what was passed by the Kelantan State Assembly in 1992.
 
I would agree that the hudud issue is very divisive and threatens to divide even further an already badly divided Malaysia. Furthermore, there would be a danger that this issue, being a very sensitive religious issue, can turn extremely ugly if not properly handled. Hence it baffles me as to why politicians from both sides of the political divide would want to play up this very dangerous issue, an issue that has no winners but only losers.

Tun Dr Mahathir blames Prime Minister Najib’s weakness for this current state of affairs. I suppose by weakness this would mean by allowing people to discuss the issue even to the extent of proposing to bring this matter to Parliament as a private member’s bill.

This is a very difficult fine line that any Prime Minister who wishes to implement reforms has to walk. Najib could, of course, issue a decree that no further discussion on hudud is to be allowed and any party that does will be deemed a threat to national security and would be detained immediately. This can certainly nip the whole thing in the bud.

But then what type of a reform Prime Minister would Naijb be? This is exactly what Malaysia would have done in the past. Every time an issue is raised, which the government cannot manage, they will declare that issue as haram and then detain any one who persists in talking about the matter.

Najib’s willingness to allow public discussion on matters that would have been seen as sensitive in the past is being interpreted as his weakness. Maybe some Umno politicians see it as that, while some opposition politicians exploit this to abuse the new freedoms they are being allowed.

Malaysians need to decide whether they would like more freedom for discourse and public discussion or whether they would like to go back to the old ways of government knows best. Even some critics of the government are beginning to warm up to Najib and embrace the liberties that are being allowed under the Najib administration, even the liberty to discuss and debate sensitive issues like hudud.

Willingness to allow freedom of debate should not be seen as a weakness just as a draconian government should not be seen as a strong government. This, the politicians need to understand because this is the direction the world is heading and which Malaysia would have no choice but to also follow or else be regarded as a pariah state.

NAJIB SEORANG `REFORMER'

Oleh SSK

BARACK Obama sudah beberapa hari meninggalkan Kuala Lumpur. Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya bangga dengan lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat ini. Satu kunjungan yang cukup bersejarah. Kali terakhir Presiden Amerika melawat negara kita ialah kira-kira 48 tahun lalu.

Dunia ICT membolehkan saya mengikuti perkembangan cerita lawatan Obama ini sejak Sabtu.  Selain media arus perdana dan portal atas talian, saya juga mendapat `up-date' menerusi Twitter, Instagram, WhatsApp, Wechat, SMS mahupun MMS sepanjang tiga hari Obama berada di negara kita.

Bagi saya, ada beberapa fakta menarik daripada lawatan ini.

Pertama dan terpenting, ia bukti pengiktirafan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggerak transformasi.

Malahan, dalam sidang media bersama Najib, Obama secara berterus-terang menyifatkannya sebagai seorang `Reformer'.

Lebih jelas, dalam sidang media bersama itu, Obama menunjukkan wajah ceria dan riang, dengan sesekali mereka membuatkan wartawan ketawa, walaupun pada ketika yang lain ada wartawan asing  cuba mengasak dengan soalan-soalan sensitif serta boleh memerangkap, termasuk berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, Najib ternyata berjaya mengendalikan ruang sidang media bersama itu dengan cukup bijaksana. Perdana Menteri berjaya "handle" dengan amat baik sekali kerana beliau "well-prepared" sebelum berhadapan persada media dunia, sekali gus meletakkan beliau setanding  dengan pemimpin-pemimpin ternama dunia.

Menerusi sidang media yang disiar secara langsung itu, saya melihat Perdana Menteri begitu `confident' ketika menjawab soalan seorang wartawan asing yang membangkitkan isu demokrasi dan hak asasi.

Ini jelas dengan jawapan Najib, berkaitan isu Anwar, bahawa bukan kerajaan Malaysia  yang mengambil tindakan terhadap Anwar, tetapi tindakan itu diambil oleh  bekas kakitangannya sendiri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku  dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.

Ketiga, kunjungan Obama ini juga membawa signifikan untuk Sabah apabila beliau menyebut nama dua daerah di negeri ini -- Kudat dan Sandakan -- ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis di Universiti Malaya (UM).

Barangkali tidak ramai mengetahui bahawa Obama mempunyai pertalian dengan Sabah kerana bapa mertua adik perempuannya berasal dari Sandakan, manakala ibu mertua pula dari Kudat.

Berikut antara petikan ucapan Obama pada majlis tersebut: "Many of you know this part of the world has special meaning for me.  I was born in Hawaii, right in the middle of the Pacific.  I lived in Indonesia as a boy.  (Applause.)  Hey!  There’s the Indonesian contingent. (Applause.) Yes, that’s where they’re from.  My sister, Maya, was born in Jakarta. She’s married to a man whose parents were born here -- my brother-in-law’s father in Sandakan, and his mom in Kudat.  (Applause.)   And my mother spent years working in the villages of Southeast Asia, helping women buy sewing machines or gain an education so that they could better earn a living. "

Kesimpulannya, lawatan Obama ini mencipta satu lagi sejarah, bukan saja antara kerajaan dengan kerajaan, tetapi juga hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Monday, April 28, 2014

BERGANDING BAHU TINGKATKAN BUDAYA MEMBACA: SALLEH

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak menyarankan supaya semua pihak berganding bahu meningkatkan budaya membaca di kalangan generasi pelapis.

Beliau berkata selain ibu bapa dan pendidik, agensi berkaitan juga perlu mengambil inisiatif bagi memupuk budaya membaca kerana ia penting dalam perjalanan Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Katanya, kajian Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) menunjukkan  budaya membaca rakyat negara ini berada pada tahap memberangsangkan, namun masih belum mencapai sasaran 20 buku seorang setiap tahun.

"Menurut kajian tersebut, seorang rakyat negara ini hanya membaca 11 buku sahaja setahun dan ini adalah normal untuk sebuah negara membangun. Namun berbanding negara maju, kita masih jauh ketinggalan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku "Dilema Sabah" yang ditulis oleh Musli Oli, di sini pada Ahad.

Sehubungan itu, Salleh berharap lebih ramai penulis menghasilkan buku untuk dijadikan bahan bacaan umum.
"Bagi saya, adalah amat bagus sekali kalau kita mempunyai ramai penulis, kerana ia akan menambahkan bahan bacaan kita.

"Tidak kira apa bentuk buku dan tulisan, baik akademik mahu pun politik, dongeng ataupun fiskyen, semuanya akan menambahkan ilmu kepada pembacanya," katanya.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah mengingatkan orang ramai supaya sentiasa membuka minda apabila membaca sesuatu buku atau tulisan.

Katanya, membaca sesuatu buku atau bahan tulisan itu, tidak semestinya seseorang itu bersetuju dengannya.
"Tidak salah jika kita membaca buku siapa pun, kerana ia untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita.

"Yang penting, kita mesti mempertajamkan minda, untuk bijak menilai dan menganalisa sesuatu tulisan, supaya tidak mudah terpengaruh dengan sentimen ungkapan yang ditulis, kerana ada kebarangkalian sesuatu tulisan itu ada yang tersirat di sebalik yang tersurat," katanya.

Friday, April 25, 2014

ESSCOM PERLU PROAKTIF HADAPI CABARAN MUTAKHIR

Oleh SSK

BEBERAPA hari lepas, Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) sekali lagi menjadi sebutan selepas hangat diperkatakan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah minggu lepas. Tapi kali ini, senarionya berbeza.

Kalau dalam persidangan DUN, pembangkang bertikam lidah dengan penyokong kerajaan soal relevan Esscom, tetapi kali ini ia menjadi bualan berikutan penahanan seorang lelaki yang memasang bendera "Kesultanan Sulu" menerusi satu operasi khas yang diselaras oleh Esscom.

Walaupun senarionya berbeza, namun kisahnya menjurus hal yang sama -- iaitu isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Secara peribadi, saya mengikuti perkembangan ini secara dekat. Baik dalam akhbar tempatan dan media arus perdana, mahupun menerusi dunia siber dan alam maya.

Saya membaca banyak komen-komen pedas. Daripada desakan supaya peneraju Esscom digantikan, sehinggalah kepada saranan supaya Esscom itu sendiri dibubarkan.

Membaca perkembangan terbaru mengenai penahanan seorang lelaki yang memasang bendera "Kesultanan Sulu" di rumahnya di Kampung Long Danau, Lahad Datu, ia harus menjadi iktibar kepada semua. Lebih penting, ia harus membuka mata kepada para pengkritik yang sentiasa melihat dari sisi negatif.

Laporan mengenai penahanan lelaki tersebut, yang menghiasi semua akhbar tempatan, pasti mengingatkan kita kepada peristiwa berdarah Tanduo awal tahun lepas.

Walaupun insiden terbaru itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai kes terpencil, namun keberanian memasang bendera Kesultanan Sulu di bumi Sabah tercinta ini tidak harus dipandang ringan.

Tindakan seumpama itu dikhuatiri boleh mempengaruhi semangat patriotik di kalangan masyarakat Suluk yang sudah lama bermastautin di Sabah. Tambahan pula, negara Filipina sendiri secara rasmi belum menggugurkan tuntutan ke atas Sabah.

Dalam hal ini, saya melihat Esscom yang ditubuhkan pada 1 April 2013 susulan pencerobohanpengganas Sulu di Tanduo itu masih relevan meskipun berdepan dengan tanggungjawab berat untuk mengekang jenayah rentas sempadan, terutama kes penculikan.

Yang penting, Esscom perlu bersikap proakif dalam mendepani cabaran keselamatan mutakhir ini. Sebagai agensi penyelaras operasi keselamatan, Esscom memikul tanggungjawab besar. Menggalas amanah yang disandarkan rakyat. Untuk membina sebuah negara bangsa, yang aman makmur lagi sejahtera.

Insiden penculikan di Singamata Resort, Semporna pada 2 April tahun ini memberi mesej yang amat bermakna kepada Esscom bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan atau ditambahbaik.

Saya mengalu-alukan tindakan pantas Esscom yang telah segera menambah kekuatan keselamatan sebanyak 30 peratus di perairan Semporna tanpa mengabaikan tanggunjawab di kawasan lain di Esszone.

Mengambil kira usia Esscom yang baharu setahun jagung, saya berpendapat tidaklah sesuai Esscom dibubarkan buat masa ini atau membuat perubahan yang drastik.

Sebaliknya Esscom perlu mengambil langkah proaktif untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan termasuk menambah anggota dan aset bot di Esszone, khususnya di pulau-pulau resort atau peranginan di Semporna.

Saya berpendapat Esscom masih diperlukan terutama dalam memastikan Sabah terus aman, damai dan selamat. Penubuhan Esscom berkonsepkan strategi lautan biru (National Blue Ocean Strategy-NBOS) jelas sekali memberi harapan baru kepada rakyat Sabah. 

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah berani mencetuskan idea ini dalam perkhidmatan awam/kerajaan dan perubahan ini boleh dianggap sebagai satu perubahan dan pendekatan yang transformational.

Sebenarnya Esscom berdepan dengan ancaman yang jauh lebih rumit. Ancaman di kawasan timur Sabah adalah bersifat "low level kind of insurgency" yang melibatkan "non state actors" seperti kumpulan yang mengaku Sultan Sulu, kumpulan serpihan MNLF dan MILF seperti Abu Sayyaf, penyeludup, lanun-lanun dan penjenayah yang lain. 

Hakikatnya, dengan gandingan kerjasama semua agensi keselamatan -- ATM, PDRM dan APMM -- saya yakin Esscom mampu memenuhi harapan yang disandarkan oleh rakyat negara ini, bagi mewujudkan keamanan secara mutlak.

Wednesday, April 23, 2014

LAKONAN DAN HELAH POLITIK SUAMI-ISTERI

Oleh SSK

SEPERTI pernah saya bayangkan dalam tulisan sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan penarikan diri bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  Dengan keputusan itu, bermakna isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding. Wan Azizah menyandang jawatan tersebut sejak penubuhan PKR pada 1999.
  Tindakan Anwar menarik diri sememangnya diduga. Ini kerana sejak awal lagi, ramai sangsi dan curiga terhadap hasratnya bertanding jawatan Nombor 1 itu. Mana mungkin berlaku pertandingan suami-isteri bagi jawatan tersebut.
  Pengumuman awal Anwar sebelum ini untuk menentang isterinya hanyalah helah politiknya saja. Pertama, untuk memberi isyarat bahawa jangan ada sesiapa dalam parti menentang isterinya. Kedua, untuk mengalihkan perhatian kepada isu politik berbanding kes yang dihadapinya di mahkamah. Ketiga, untuk menutup kecewa dengan prestasi parti -- penurunan majoriti di Kajang serta kekalahan di Balingian.
  Sebenarnya, seperti saya tulis sebelum ini, kepemimpinan tertinggi dalam PKR sudah diatur oleh suami-isteri. Anwar dan Wan Azizah merencanakannya mengikut citarasa dan kemahuan politik mereka. Survival politik mendahului prinsip perjuangan. Kepentingan diri dan keluarga mengatasi kepentingan parti dan ahli.
  Maka itu, kita melihat pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR ini akan juga ditentukan oleh pasangan suami-isteri ini. Dalam persaingan enam penjuru ini, sudah pasti mereka akan memilih dan memihak kepada Azmin Ali. Pelbagai kisah dan cerita yang didendang sebelum ini hanyalah lakonan mereka semata.
  Sementara dalam kes Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution mencuba nasib jawatan Timbalan Presiden, ia tidak lebih daripada mengimbangi atau mengurangkan undi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
  Pemilihan PKR menjadi lebih dramatik apabila tiga calon jawatan tertinggi PKR membentuk kumpulan bagi menghadapi persaingan.
  Walaupun tidak jelas siapa dalang sebenar, namun pasangan suami-isteri yang mengemudi PKR pasti ada peranannya.
  Trio berkenaan termasuk Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli. Mereka sepakat membentuk gabungan bagi menghadapi pemilihan parti kali ini, sekali gus sebagai satu pakej alternatif.
  Saifuddin merupakan salah seorang daripada enam calon Timbalan Presiden yang antaranya membabitkan Abdul Khalid, penyandang jawatan itu, Azmin Ali serta Naib Presiden, Tian Chua.
  Nurul Izzah pula mempertahankan jawatannya, manakala Rafizi mencuba nasib untuk jawatan Naib Presiden.
  Apapun, pemilihan dalam kepemimpinan yang bermula Jumaat ini sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, kerana ia memperlihat halatuju parti tersebut.
  Pemilihan PKR dijalankan secara berperingkat mengikut negeri bermula Jumaat ini di Lawas, Sarawak, diikuti keesokan harinya di kawasan lain di Sarawak serta Kelantan, Terengganu dan Pahang.
  Seterusnya, ia diadakan di Johor dan Melaka pada 27 April; Kedah, Perlis dan Sabah pada 3 Mei; Pulau Pinang, Perak dan Sabah pada 4 Mei; Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan pada 10 Mei dan Selangor pada 11 Mei.
  Sekitar 10,000 calon bertanding pelbagai jawatan sama ada di peringkat cabang dan pusat dengan 496,923 anggota parti itu layak mengundi.

Monday, April 21, 2014

PERKARA YANG MUNGKIN KITA TERLEPAS PANDANG

Oleh SSK

Tahun lepas, apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, penyokong Pakatan Rakyat memuji "keberanian" hakim yang membicarakan kes itu yang menurut mereka  melakukan perkara yang betul. 

Namun sebaik Mahkamah Rayuan mengakas keputusan Mahkamah Tinggi itu baru-baru ini, kumpulan penyokong Pakatan Rakyat itu cuba mempertikaikan keputusan itu kononnya berlaku kegelinciran keadilan dan campur tangan politik. 

Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, keputusan mahkamah itu dianggap adil atau betul sekiranya memihak kepada mereka dan "salah atau tidak adil" sekiranya mahkamah membuat keputusan sebaliknya.

Dalam perbicaraan kes jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan kesalahan tertuduh. Tertuduh tidak perlu membuktikan ketidakbersalahannya. Inilah sebenarnya asas Mahkamah Persekutuan mengakas sabitan ke atas Anwar dalam kes liwat pertama pada 2 Sept 2004. 

Dalam kes ini, tiga hakim Mahkamah Persekutuan sependapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesalahan Anwar. Dalam masa yang sama, hakim tersebut percaya bahawa Anwar "bersalah" tetapi oleh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikannya maka mahkamah tidak mempunyai pilihan dan seterusnya membebaskan Anwar.

Ini mungkin merupakan satu daripada keputusan mahkamah yang mengundang kontroversi di mana hakim-hakim terbabit yakin Anwar bersalah tetapi masih dibebaskan kerana kegagalan di pihak pendakwaan mengemukakan hujah kes yang melimpasi tahap keraguan. Jelas sekali, isunya bukan soal sama ada Anwar tidak bersalah atau bersalah. Faktor penolakan itu hanya berasaskan aspek teknikal. Mungkin dia bersalah tetapi gagal dibuktikan di mahkamah.

Ramai rakyat Malaysia yang kelihatan lupa perkara-perkara kecil yang terlepas pandang seperti dalam kes Anwar. Faktor teknikal inilah yang menyaksikan Anwar dibebaskan sebelum ini.

Dalam perbicaraan kes liwat Anwar yang kedua, tahap pembuktian yang sama terpakai. Pihak pendakwaan perlu membuktikan kesalahan Anwar. Beban pembuktian dipikul sepenuhnya oleh pihak pendakwaan, dan bukti yang ada di pihak pendakwaan ialah dakwaan liwat yang dibuat oleh mangsa itu sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tambahan pula, dalam pendakwaan kes jenayah, walaupun beban pembuktikan terletak pada pihak pendakwaan dan tertuduh tidak perlu membuktikan tidak bersalah, namun jika tertuduh berjaya menimbulkan keraguan maka manfaat keraguan mesti diberikan kepada tertuduh. Ini bermakna, walaupun tertuduh tidak perlu membuktikan tidak bersalah, namun tertuduh masih perlu menimbulkan keraguan dan sekali keraguan ini dibangkitkan, keputusan akan memihak kepada tertuduh.

Dalam kes ini, Anwar gagal berbuat demikian. Anwar tidak menafikan bahawa beliau sebenarnya berada di tempat kejadian kes jenayah liwat itu. Anwar tidak menafikan bahawa Saiful telah pergi ke sana untuk bertemu dengannya dan seterusnya menyerahkan sampul surat. Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua Anwar dan Saiful memasuki dan meninggalkan tempat kejadian itu. Anwar kemudian memfailkan notis alibi dan dikatakan beliau bersedia untuk memanggil 14 saksi bagi menyokong dalihan alibi itu termasuk isterinya sendiri. Akhirnya tiada satu pun saksi dipanggil, dan tiada alasan atau sebab diberikan mengapa beliau memutuskan untuk membatalkan rancangan memanggil 14 saksi tersebut.

Hujah pembelaan Anwar hanya merupakan penafian semata-mata iaitu bukan pembelaan sebenar. Anwar memilih untuk tidak mahu memberi keterangan bersumpah, sebaliknya membaca kenyataan daripada “kandang tertuduh, bukan kandang saksi. (Kebiasaannya undang-undang langsung tidak memberi sebarang nilai perundangan kepada kenyataan sebegini, kerana ianya tidak dibuat melalui sumpah, dan tertuduh langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh Mahkamah). Oleh itu, penafian Anwar hanya terjumlah sebagai satu kenyataan dan tidak dianggap sebagai keterangan (lisan atau bukan lisan). Ia hampir serupa membuat kenyataan akhbar di luar mahkamah.

Bagaimanapun, dalam tuduhan atau dakwaan seumpama itu, terdapat keperluan bukti kukuh  yang menyokong dakwaan Saiful. Bukti itu diperolehi melalui pemeriksaan DNA yang menyokong tuduhan bahawa Anwar telah mengadakan hubungan seks dubur (luar tabii) dengan Saiful. Walaupun pihak pembelaan Anwar mengemukakan dua saksi pakar untuk mencemar dan menonjolkan kecatatan penemuan ahli kimia kerajaan mengenai ujian DNA, namun kedua-dua saksi pakar menyatakan bahawa apa yang mereka kemukakan hanya pendapat atau pandangan mereka semata-mata. Oleh itu, keterangan ahli kimia kerajaan dianggap "lebih kuat" berbanding pendapat dua saksi pakar tersebut.

Mahkamah Rayuan telah mengambil kira segala fakta-fakta ini dalam mengakas keputusan membebaskan Anwar sebelum ini. Dasarnya ialah Anwar gagal menimbulkan keraguan berhubung dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya. Beliau hanya menafikan dakwaan itu tanpa apa-apa bukti yang menyokong penafian itu. Rakaman CCTV menunjukkan bahawa Anwar dan Saiful kedua-duanya berada di tempat kejadian jenayah tersebut dan Anwar tidak mempunyai sebarang alibi untuk membuktikan bahawa beliau tidak berada di situ ketika kejadian itu berlaku. Oleh itu, berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah, Mahkamah Rayuan mendapati (menganggap) beliau bersalah sebagaimana yang dituduh.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu dan kita akan mengetahui tidak lama lagi sama ada sabitan itu diakas atau sebaliknya, dan sama ada ia didukung dengan peningkatan hukuman. Jika keputusan memihak kepada Anwar, penyokong Pakatan Rakyat akan menyambut baik dan menyifatkannya sebagai keputusan yang adil, dan jika tidak, mereka akan menuduh atau mendakwa bahawa ia adalah satu konspirasi politik. Ini menggambarkan tahap kematangan yang sangat rendah di pihak mereka yang mendakwa berjuang menegakkan sebuah sistem kehakiman yang bebas. Bagi mereka,  sistem kehakiman yang bebas bermakna mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada pembangkang.

Sunday, April 20, 2014

WHAT WE TEND TO FORGET

By SSK

Last year, when the court acquitted Anwar Ibrahim of the charge of sodomy, the Pakatan Rakyat supporters hailed the ‘brave’ trial judge who ‘did the right thing’. Now that the Court of Appeal has reversed this verdict, the same Pakatan Rakyat supporters are screaming about a travesty of justice and allege political interference. To these Pakatan Rakyat supporters, ‘right’ means whatever works in their favour and ‘wrong’ is whatever that does not.

In a criminal indictment, the prosecution needs to prove guilt. The accused does not need to prove innocence. And this was the very basis for the Federal Court overturning Anwar’s first conviction of sodomy on 2nd September 2004. According to the three Federal Court judges, the prosecution had failed to prove Anwar’s guilt. In that same breath, the judges said they believed that Anwar was guilty but since the prosecution failed to prove it then the court has no choice but to free Anwar.

This was probably one of the most controversial court rulings in recent years where the judges were convinced of Anwar’s guilt and yet still freed him due to the failure on the part of the prosecution to present its case properly. Hence this was not about whether Anwar was innocent or guilty, it was about a technicality. He may be guilty but you failed to prove it.

Many Malaysians appear to forget that the devil is in the details, as they say. It is the technicalities that get you -- or, in Anwar’s case, that frees you.

In Anwar’s second sodomy trial, the same standards would apply. The prosecution will have to prove Anwar’s guilt. The burden of proof is entirely on the prosecution. And the proof that the prosecution had was the allegation by the alleged victim himself, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Furthermore, in a criminal indictment, although the burden of proof lies with the prosecution and the accused does not need to prove innocence, if the accused is able to raise any doubts then the benefit of the doubt has to be given to the accused. Hence while the accused does not need to prove his or her innocence, he or she will still need to raise a doubt. And once this doubt is raised it would be in favour of the accused.

This, Anwar failed to do. Anwar did not deny that he was, in fact, at the scene of the crime. He did not deny that Saiful had gone there to meet him to hand over an envelope. The CCTV recordings showed both Anwar and Saiful entering and leaving the scene of the crime. Anwar file a notice of alibi and said he was going to call 14 witnesses to act as his alibi, one of them his own wife, and in the end not a single witness was called. And no reason was given as to why he decided to abort calling these 14 witnesses.

Anwar’s defence was a mere denial, which is no defence. And Anwar made this denial from the dock, not a sworn testimony from the witness stand. Hence his denial was merely a statement and not considered testimony. It was almost like making a press statement outside court to the assembled reporters.

Nevertheless, in such an allegation, there would need to be corroborating evidence to support Saiful’s allegation. And this evidence was procured by way of a DNA examination that supported the allegation that Anwar had had anal sex with Saiful. Although Anwar’s defence team called two expert witnesses to try to dispute the findings of the government chemist regarding the DNA test, these two expert witnesses stated that what they were giving was a mere opinion. Hence the government chemist’s evidence was considered stronger than just the opinion of Anwar’s two expert witnesses.

The Court of Appeal took all these facts into consideration in overturning Anwar’s acquittal. The bottom line was, Anwar failed to raise any doubts regarding the allegation of sodomy that was made against him. He merely denied the allegation without any evidence to support this denial. The CCTV recordings showed that Anwar and Saiful were both at the scene of the crime and Anwar did not have an alibi to prove that he was not. Hence, based on the evidence presented in court, the Court of Appeal has to assume he is guilty as charged.

Anwar is appealing the decision by the Court of Appeal so we will know soon whether the conviction is overturned, whether it is upheld, and whether it is upheld with an increase in the sentence. If it works in Anwar’s favour the Pakatan Rakyat supporters will hail this as a fair decision and if it does not they will allege that it is a political conspiracy. This is the very low level of maturity of those who claim to be fighting of an independent judiciary. To these people, an independent judiciary means courts that rule in favour of the opposition.

Friday, April 18, 2014

KARPAL PERGI DALAM PERJUANGAN

Oleh SALLEH SAID KERUAK

HARI terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Khamis turut merasai pemergian mengejut bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Sidang bermula pada sebelah pagi dengan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Ucapan takziah itu dibacakan oleh timbalan saya, Datuk Jonny Mositun.

Kemudian Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, sekali lagi merakamkan ucapan takziah sewaktu berucap menggulung perbahasan pada sebelah tengah hari.

Nyata pemergian Karpal yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, dirasai kehilangannya oleh banyak pihak.

Saya mengikuti pelbagai reaksi menerusi media sosial. Umumnya, ramai terkejut dan bersimpati. Rata-rata menganggap perginya mendiang sebagai satu kehilangan.

Namun tidak kurang juga yang membuat komen keterlaluan. Misalannya, Datuk Zulkifli Noordin yang dibidas oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, susulan kenyataan bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu yang   tidak sensitif berhubung kematian mendiang Karpal.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.

"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," kata Khairy.

Bagi saya, kecaman Khairy itu cukup berasas. Walaupun kita berbeza pendirian dan fahaman politik,  namun jangan sampai membuat komen sedemikian rupa.

Zulkifli memenangi kerusi Kulim Bandar Baharu pada PRU-2008 atas tiket PKR, menewaskan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, tetapi kemudian menjadi anggota Bebas. Pada PRU-13, Zulkifli tewas di Shah Alam atas tiket BN.

Kemudian kerusi Kulim Bandar Bahar dimenangi semula Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada PRU-13, mengalahkan Datuk Saifudin Nasution yang diletakkan oleh PKR.

Secara peribadi, saya tidak mengenali mendiang Karpal secara dekat. Saya tidaklah begitu rapat dengannya walaupun kami sering bertemu di Dewan Rakyat ketika saya menjadi Ahli Parlimen dahulu.

Namun saya mengikuti perkembangan politik mendiang dari jauh, termasuk parti DAP di mana beliau menjadi pengerusinya untuk beberapa lama.

Selain sebagai seorang tokoh politik, saya juga mengikuti perkembangan mendiang sebagai seorang peguam, apatah lagi beliau sering terbabit mengendali kes-kes berprofil tinggi.

Berdasarkan pengamatan saya, mendiang Karpal sememangnya seorang tokoh politik dan peguam yang hebat. Tidak hairanlah, beliau disegani serta dihormati kawan dan lawan. Suara lantangnya sering kedengaran, baik di Dewan Parlimen mahupun di kamar mahkamah.

Mendiang Karpal cukup sinonim dengan parti DAP yang disertainya sejak 1970, sekali gus mencipta kemenangan pertama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Alor Setar dalam pilihan raya umum 1974.

Biarpun mendiang telah pergi buat selamanya, nama Karpal Singh tetap terukir dalam sejarah politik negara dan dunia perundangan.

Mendiang Karpal meninggalkan isteri, Gurmit Kaur dan lima anak. Dua anak lelakinya iaitu Jagdeep Singh Deo dan Gobind Singh Deo mengikuti jejaknya menjadi peguam dan ahli politik.

Jagdeep, merupakan Adun Datuk Keramat serta menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang manakala Gobind pula Anggota Parlimen Puchong.

Mendiang Karpal pergi meninggalkan kita pada usia 74 tahun -- ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah -- bermakna  dia pergi dalam perjuangaan.

Thursday, April 17, 2014

ADUN LIKAS DIRUJUK KE JAWATANKUASA HAK DAN KEISTIMEWAAN

KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas daripada DAP, Junz Wong akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana berbohong semasa persidangan DUN Januari lalu.
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan serta bukti yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang membawa usul tersebut.
"Saya berpuas hati bahawa perkara ini benar-benar menjejaskan hak dan kebebasan Dewan dan bersetuju YB (Yang Berhormat) Likas dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan," katanya.
Terdahulu dalam persidangan DUN hari ini, Pairin (BN-Tambunan) berkata walaupun Wong meminta maaf terhadap pembohongannya, 'kerosakan' yang dilakukan Wong demi kepentingan politiknya sudah berlaku.   
Sehubungan itu katanya, Wong harus dirujuk ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Tetap 90 (5) iaitu tidak membenarkan mana-mana Adun berbohong di dalam Dewan. 
Pada Januari lalu, Wong membangkitkan isu keselamatan di Sabah dan mengaitkannya dengan kes seorang remaja perempuan berusia 19 tahun cedera selepas dirompak di pusat membeli-belah Suria Sabah.
Bagaimanapun, gadis itu kemudian tampil menafikan kenyataan Wong dan memberitahu media bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat perbuatan sendiri selain berkata dia dipujuk oleh Wong untuk membuat laporan polis.
Perkara itu kemudian dibuktikan menerusi salinan laporan polis yang dibuat oleh gadis tersebut.

BAYARAN ROYALTI MENINGKAT: MUSA

KOTA KINABALU: Walaupun kadar royalti petroleum ditetapkan sebanyak 5 peratus, namun kerajaan negeri menikmati pembayaran royalti yang meningkat, misalnya daripada RM750.9 juta pada tahun 2008 kepada RM975.3 juta pada tahun 2013, iaitu peningkatan hampir 30 peratus dalam tempoh masa lima tahun.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata selain itu, Petronas mula melabur di negeri ini melalui pembangunan beberapa projek mega yang dijangka menjana jumlah pelaburan kira-kira RM18 bilion bagi pembangunan Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) dan RM30.6 bilion untuk projek Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) di mana projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) sedang dibangunkan. 
"Pelaburan ini bukan sahaja akan merubah landskap pembangunan negeri Sabah tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan, sekali gus mampu meningkatkan kualiti  hidup rakyat," katanya ketika menggulung perbahasan Kementerian Kewangan pada persidangan DUN Sabah kelmarin.
Katanya, urusan dan pengendalian berkaitan dengan petroleum bukan perkara mudah. Cabaran teknikal, risiko kewangan yang besar dan kerangka keseluruhannya dengan sendiri menggambarkan hanya syarikat-syarikat besar yang memiliki kepakaran serta sumber kewangan kukuh sahaja yang mampu dan berani mengendalikannya.
Katanya, memandangkan operasi penggalian minyak melibatkan kerja-kerja teknikal di mana ia merangkumi aktiviti kerja-kerja menurunkan paip menggerudi sedalam 4.5km dari paras laut dalam persekitaran mukabumi yang penuh tekanan untuk menggali minyak.  
Justeru, ia memerlukan jentera atau peralatan yang melibatkan kos yang amat tinggi yang hanya mampu dilakukan oleh penggerak utama industri minyak dunia seperti Shell, Murphy Oil, ExxonMobil dan lain-lain.  
"Kos cari gali minyak boleh memakan belanja yang besar sehingga mencecah beribu juta dolar dan perbelanjaan ini pastinya tidak mendatangkan pulangan hasil jika tiada minyak ditemui di kawasan yang dicari gali," katanya.
Selain itu katanya, bagi mengurangkan beban risiko kewangan akibat ketidaktentuan penemuan minyak, pihak Petronas menyertai perjanjian kerjasama dikenali sebagai Kontrak Perkongsian Pengeluaran atau Production Sharing Contract (PSC), dan disusuli Kontrak Perkongsian Risiko atau Risk Sharing Contract (RSC) dengan syarikat multinasional seperti Shell, Murphy Oil atau ExxonMobil dan lain-lain.  
Dalam hal ini, katanya, syarikat-syarikat minyak gergasi berkenaan akan diberi peratusan keuntungan yang diperolehi sebagai balasan menanggung risiko kewangan dan perkongsian teknologi R&D bernilai berbilion ringgit.
Musa yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bagi setiap RM100 nilai jualan yang diperolehi daripada hasil minyak Sabah, sejumlah 5 peratus disalurkan sebagai simpanan Kerajaan Negeri, manakala 5 peratus lagi bagi Kerajaan Persekutuan. 
"Sejumlah 45 peratus digunakan bagi menampung kos pemulihan, manakala 45 peratus lagi diagihkan sebagai untung kasar yang akan dikongsi bersama oleh Petronas dengan syarikat-syarikat minyak yang lain sebagai rakan kongsi dalam kerja-kerja mencari gali," katanya.  
Beberapa wakil rakyat telah membangkitkan isu mengenai cadangan untuk meningkatkan 20 peratus royalti minyak daripada Petronas semasa Persidangan DUN Sabah. 
Musa menjelaskan hasil daripada sumber petroleum yang diterima oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan perjanjian yang ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Sabah dan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) pada 14 Jun 1976.  
"Perjanjian itu menetapkan bahawa pihak Petronas membuat pembayaran kepada negeri Sabah dalam bentuk bayaran tahunan sebanyak 5 peratus daripada nilai petroleum yang diekstrakkan dalam negeri ini," katanya.

Monday, April 14, 2014

Federalisation is NOT colonisation

By SALLEH SAID KERUAK

Of late we have been reading a lot of comments regarding the status of Sabah and Sarawak within the Federation of Malaysia, in particular in relation to the 5% oil royalty. Some commenters are not only asking for an increase in this royalty but are even suggesting that a Referendum be conducted as to whether Sabah and Sarawak should remain in the Federation of Malaysia or opt out for independence.

Most of these comments are made based purely on emotions and are devoid of legal facts. To argue that since Malaysia was created together with Singapore and since Singapore has since left Malaysia then that makes Malaysia null and void is like saying that since the company was formed with four partners and since one partner has left the company then the company is automatically wound up.

That is not how we should argue our case. In the first place, to even use the phrase ‘independence from Malaysia’ is suggesting that Sabah and Sarawak are being colonised. Colonisation is very different from federalisation, which is more what Sabah and Sarawak have been subjected to. Federalisation can be good and can be bad, of course. It all depends on what issues we are discussing. For example, in matters of national defence and foreign policy, federalisation may work better than Sabah or Sarawak trying to independently manage these affairs.

Then there are those who compare Singapore to Malaysia and argue that since Singapore left Malaysia it has succeeded economically while Malaysia is still very far below Singapore. That is a very unfair comparison. Singapore is a city-state so it should be compared to Kuala Lumpur and not to Malaysia. Singapore does not have a rural population or hardcore poor to worry about.

All its development is urban development. If Malaysia concentrated on just developing Kuala Lumpur while ignoring all the areas outside Kuala Lumpur then Kuala Lumpur would most probably be the most developed city in South East Asia. However, only about 10% of the population lives in the Kelang Valley. Hence the Malaysian government needs to also worry about the other 90%, which Singapore does not have to worry about.

By all means let us argue about getting a better deal from the federal government. That should be the focus of the discussion. But that does not mean to get a better deal means Sabah and Sarawak must leave Malaysia. If one feels that that is the only way to get a better deal then this argument has to be supported with examples on how an independent Sabah and Sarawak is better off than a Sabah and Sarawak as part of Malaysia.

In the UK, this same issue is being debated regarding the Referendum that is going to be held on 14th September this year to decide whether Scotland should continue being part of Britain or whether Scotland should be independent. And the best brains that are discussing this issue still cannot decide what would be the best for Scotland: stay as part of Britain or leave Britain. Scotland, too, feels that federalisation has some advantages and some disadvantages. But the disadvantages can outweigh the advantages in spite of Scotland’s oil wealth in the North Sea.

No doubt Scotland would be rich because it no longer needs to share its oil wealth with the rest of Britain. But that one advantage would be offset by other disadvantages: such as Scotland would no longer be able to use the Pound Sterling and would need to create its own currency and there is no guarantee that the new Scottish Pound would be at par with the Pound Sterling. And Scotland does not even face the problem of the risk of foreign occupation once it is independent like Sabah and Sarawak would face.

Sunday, April 13, 2014

ISU HUDUD PAS: SANDIWARA LAMA DITAYANG SEMULA

Oleh SALLEH SAID KERUAK

SETELAH lama sepi, tiba-tiba isu hukuman hudud muncul semula. Saya terbaca dalam akhbar, Pas dikatakan serius mahu melaksanakannya di Kelantan. Hati saya berbisik dan tersenyum. Benarkah Pas serius? Mampukah ia melaksanakannya? Bagaimana dengan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Saya melihat cerita ini sebagai satu lagi sandiwara Pas. Sandiwara lama yang diulang tayang. Jalan ceritanya sama. Skripnya tidak berubah. Dan pastinya, penghujung cerita seperti dulu-dulu juga.

Bagi saya, isu ini sekadar lakonan semula dalam pakatan pembangkang. Nampak jelas, ada sekurang-kurangnya tiga tujuan tersirat. Pertama, untuk mengaburi mata rakyat. Kedua, untuk mengalihkan perhatian. Dan ketiga, untuk "refresh" semula perhatian rakyat kepada parti tersebut.

Saya tidak yakin, sandiwara ini akan berakhir dengan `happy ending' seperti dalam filem-filem Bollywood. Kerana Pas tidak mungkin berjaya. Sebaliknya, Pas pada akhirnya akan terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan sekutu mereka.

Beranikah Pas membelakangkan DAP dan PKR? Selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, menimbulkan isu tersebut, DAP dan PKR segera memberi reaksi pedas, menolaknya secara terang-terang.

Nasharudin menegaskan Pas berhak membentang usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat bagi melaksanakannya di Kelantan.

Baginya, ia tidak menjejaskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik Pas dengan sekutu pembangkang. Ini kerana tahaluf siyasi adalah kerjasama politik dan bukan kerjasama dasar perjuangan, fikrah, ibadah atau akidah. 

Nasharudin berhujah bahawa antara ketiga-tiga parti kekal menjadi parti yang berbeza dengan sempadan masing-masing tanpa sesekali melibatkan dasar atau perjuangan parti yang diperjuangkan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub, kemudian memberi reaksi senada, bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak berganjak daripada pendirian membentangkan usul tersebut walaupun mendapat tentangan sekutu pembangkang.

Namun, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.

Sebelum itu, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, lantang memberi ingatan kepada Dewan Rakyat agar jangan membenarkan usul tersebut diluluskan dengan alasan bertentangan de-ngan Perlembagaan Persekutuan.

Kemudian terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tampil menegaskan parti tersebut tidak akan berganjak daripada pendirian menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini .

Menurut Kit Siang, DAP teguh dengan pendirian itu kerana menganggap pelaksanaan hukum hudud tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk selain tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Mengambil kira perkembangan ini, nampak gaya perjalanan Pas bukanlah mudah. Dan saya kira, pimpinan parti itu sememangnya mengakui hakikat ini. Kerana mereka tidak mungkin berani berpisah dengan DAP dan PKR untuk mencapai cita-cita ini.

Namun dari sudut politik, Pas akan mendapat `political mileage' terutama dalam kalangan pengikut tegar. Kerana sekurang-kurangnya, mereka boleh mendakwa telah melakukan sesuatu. Justeru, jika ia gagal dilaksana, kesalahan tidak akan diletakkan kepada mereka, sebaliknya kepada sekutu DAP dan PKR, dan mungkin juga Barisan Nasional (BN) dituduh menjadi puncanya.

Kesimpulannya, kisah Pas membangkitkan semula isu hudud ini tidak lain daripada sekadar sebuah sandiwara. Mereka mahu menunjukkan bahawa Pas berjuang untuk agama Islam.

Perlu diakui hakikat bahawa Pas itu hanya sebuah parti politik dan perjuangannya untuk mendapat kuasa semata-mata. Maka, kisah hudud ini sebenarnya hanyalah sebuah sandiwara untuk `survival' politiknya tatkala Barisan Nasional kian mendapat tempat di hati segenap lapisan rakyat.

Thursday, April 10, 2014

PEMILIHAN PKR: SUAMI ISTERI PENENTU KALAH-MENANG

Oleh SALLEH SAID KERUAK

BARU-BARU ini, sementara menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA),  saya terjumpa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Nurul Izzah.

Kami sempat bersembang-sembang dan bertanya khabar. Maklumlah, lama tidak berjumpa kerana sibuk dengan tugas masing-masing. Kami berbual dan bercerita pelbagai perkara, termasuk politik.

"Tan Sri kempen ka di Sabah?" saya bertanya kepada Menteri Besar Selangor itu.

"Ya, nak tanding jawatan Timbalan Presiden," dia menjawab ringkas, merujuk kepada pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei ini

Berdasarkan penjelasan Khalid, terdapat lebih 90,000 ahli PKR akan mengundi di Sabah.

Nampaknya, Sabah juga jadi fokus mereka untuk mendapat undi. Saya mendengar saja dan saya mengucapkan selamat bertanding kepadanya.

Sememangnya, pemilihan kepimpinan dalam PKR yang diterajui Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Mei ini menarik untuk diikuti, apatah lagi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menjadi `penulis skrip dan pengarah' dalam menentukan perjalanan serta halatuju parti tersebut.

Anwar sudah pun menghantar borang pencalonan jawatan Presiden, mencabar isterinya, sekali gus menimbulkan banyak andaian dan spekulasi tentang motif dan agendanya.

Pemilihan PKR menjadi lebih dramatik apabila tiga calon jawatan tertinggi PKR membentuk sebuah kumpulan dalam menghadapi persaingan nanti.

Trio berkenaan iaitu Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli, sepakat membentuk gabungan bagi menghadapi pemilihan parti kali ini, sekali gus sebagai satu pakej alternatif.

Saifuddin merupakan salah seorang daripada enam calon Timbalan Presiden yang antaranya membabitkan Abdul Khalid, penyandang jawatan itu, Azmin Ali serta Naib Presiden, Tian Chua.

Nurul Izzah pula mempertahankan jawatannya, manakala Rafizi mencuba nasib untuk jawatan Naib Presiden.

Abdul Khalid dilaporkan dalam sebuah akhbarbaru-baru ini, bahawa beliau  tidak menganggap tindakan trio  itu membentuk sebuah kumpulan sebagai satu ancaman besar yang menyebabkan beliau tertekan.

Sebaliknya, beliau dengan yakin menyatakan kewujudan kumpulan itu tidak akan menjejaskan peluangnya untuk menduduki jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Saya tidak ada tekanan (akibat wujudnya kumpulan dalam pemilihan PKR). Ini merupakan satu pembaharuan dan galakan kepada saya untuk sertai PKR," kata Khalid.

Azmin pula menyifatkan gabungan kumpulan itu sebagai hak demokrasi.

Perkembangan mutakhir yang berlaku ini juga merupakan sesuatu yang menarik kerana menyaksikan kewujudan kelompok-kelompok dalam PKR.

Dalam kempen-kempen mereka, pelbagai alasan diberi untuk menyokong tindakan mereka. Tidak mustahil jika dalam persaingan ini, akan ada macam-macam isu terkeluar, termasuk serangan bersifat peribadi, semata-mata untuk mendapatkan sokongan.

Nyata juga dalam pemilihan PKR ini, sebagaimana juga pemilihan mana-mana organisasi, para pemimpinnya sibuk mendekati rakyat akar-umbi. Mereka tiba-tiba menjadi baik dan rajin bertemu penyokong.

Tidak diketahui bagaimana mood dan sentimen ahli PKR dalam membuat pilihan, walaupun sepatutnya kebaikan seseorang pemimpin harus dinilai berdasarkan satu tempoh yang panjang.

Yang jelas, dalam pemilihan PKR ini,  pada saya, kalah menang akan ditentukan oleh suami isteri, Anwar dan Wan Azizah, kerana itu adalah parti mereka.

Tuesday, April 8, 2014

THE OPPOSITION'S SOLUTION OF NO SOLUTION

By SALLEH SAID KERUAK

Lim Kit Siang said that Parliament should close down the Eastern Sabah Security Command (ESSCom) since after spending RM300 million it is powerless to improve security in the Eastern Sabah Safety Zone (ESSZone). Lim must remember that the ESSZone covers 10 districts -- Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau -- and stretches for 1,733.7 km.

This makes the ESSZone ‘border’, which is almost three times the length of the 646.5 km Malaysian-Thai border, very difficult to police. Kuala Lumpur, a much smaller land area to police, has the highest statistics for criminal activities and, in 2013, the crime rate in Penang, an opposition run state, increased by 26%. So what would Lim suggest for Kuala Lumpur and Penang? That we close down the police force that cost billions to operate and yet crime in Kuala Lumpur and Penang is still high?

Hence we have to look at this problem as a national problem and not just a problem for the ESSZone. We also need to explore the reasons for the high crime rate and not resort to closing down agencies just because we may find in wanting in effectiveness. Can Lim suggest how to improve the situation instead of suggesting we just close down everything that needs improvement? We have not heard any suggestions from the opposition on what can and should be done.

There are many reasons for crime. Bad policing is one. Poverty or greed is another. But the most crucial reason of all is because criminals think they can get away with it. And as much as the opposition may disagree with me, since the removal of detention without trial laws, the police have been rendered ineffective somewhat because preventive detention is no longer possible. The police have to wait until an actual crime has been committed before they can take action.

The most powerful nation in the world, the United States, has always adopted a policy of no negotiations with terrorists, in particular in hostage situations. Once terrorist organisations know they can kidnap US citizens and hold them to ransom, and will get paid, then no US citizen anywhere in the world would be safe.

It is a tragedy that two people were recently kidnapped from a holiday resort in Sabah. We read in news publications that the kidnappers have been in contact with the family to negotiate a ransom. This ‘leak’ does not help at all. It just puts more people in danger.

While we pray for the safety of these kidnap victims, if the ransom is eventually paid and it is made known that the kidnap victims were released because of the ransom that was paid, then no one in Sabah will be safe any longer.

The message we will be sending to terrorists all over the region is that it is profitable to kidnap people in Sabah, whether foreign tourists or Sabah nationals. Hence this matter has to be very delicately handled. Wrongly handled and it may actually make the matter worse.

As a veteran and responsible politician, Lim must look at the repercussions of politicking this matter just to make the government look bad. While I am not suggesting that we ignore terrorists and not try to negotiate the release of the kidnap victims, we must also take into consideration the repercussions of what we do.

Monday, April 7, 2014

ESSCOM FACES TOUGH TIME COMBATING CROSS-BORDER CRIMES

By SALLEH SAID KERUAK

The kidnapping incident involving two women, including a Chinese tourist in Singamata Resort, Semporna late last Wednesday shocked the whole of Malaysia. Nobody expects a similar case to occurr again in a space of of six months after the Pom-Pom Island incident.

The incident shows the ongoing security threat in the east coast. Of course, the people of Sabah are very upset with the latest incident and vented their frustration largely to The Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), a newly established agency under the Prime Minister's department, tasked to coordinate security forces — Malaysian Armed Forces (ATM), Royal Malaysian Police (PDRM), Malaysian Maritime Enforcement Agencies (MMEA) — to ensure safety in the porous borders of Sabah, esspecially in the Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE). 

As we all know, our Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced the establishment of ESSCOM on 1 April 2013, following the intrusion of Sulu terrorists in Tanduo, Lahad Datu. We should be thankful that there is no new intrusion of Sulu terrorists so far. In fact, ESSCOM or our security forces are now facing a tough challenge in curbing transnational crimes especially kidnappings.

ESSCOM is facing a unique situation in that it is not only struggling to ward off the threat of Sulu terrorist aggression but also grappling with threats from within. It seems that the alleged kidnappers are well aware of the ins and outs of the Semporna area, and they seem to know the presence of their target, especially foreign tourists in the resort. The incident could have been "an inside job".

This reminds me of the issue of the IC project that saw the influx of illegal immigrants in Sabah. Unlike in West coast, the issue illegal immigrants or IC project is quite rampant in Eastern Sabah. Rightly, community leaders particularly village chiefs or chairman of JKKKs should know the presence of new comers or illegal immigrants in their respective villages. 

Realising this, the Federal government has formed the Royal Commission of Inquiry (RCI) specially to carry out investigations into the illegal immigrant problems in the state. The findings will be announced soon and we hope the government will to find a lasting solution. The presence of illegal immigrants, with unknown backgrounds, will further complicate the situation  as far as security is concerned. 

ESSCOM should not be blamed for every criminal acts in the area. Resort operators and owners should not hire or engage undocumented foreign worker, particularly from the Southern Philippines. For example, police have picked up and detained at least 15 undocumented foreign workers from Singamata resort soon after the kidnapping took place last Wednesday. Why can't they hire or recruit locals?

Based on newspaper reports, ESSCOM has issued numerous warnings to resort operators not to hire undocumented foreign workers. This particular resort I was told don't even have a dedicated security personnel on duty. In a nutshell, transnational crime on the east coast of Sabah, especially in Semporna requires the involvement of all parties and not just shouldered by ESSCOM or security forces alone. Security is everyone's responsibility.

We also do not know whether ESSCOM is given enough tools and personnel to do the job. Are they getting what they need. I am sure the leadership of ESSCOM will clear the air over many security issues in ESSZONE over the next few weeks. In relation to this, I believe ESSCOM and the State government should resolve the issue of water villages especially in Semporna, whether through relocation or upgrading with security consideration being the top deciding factor.

Sunday, April 6, 2014

PULAU LABUAN BERUBAH WAJAH

Oleh SALLEH SAID KERUAK

PADA 3 April lepas, saya berkesempatan berkunjung ke Pulau Labuan. Programnya menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah Kota Belud, yang buat pertama kali diadakan di luar kawasan pada tahun ini. Labuan dipilih dengan tujuan untuk melihat pembangunan dan prasarana serta landskap di pulau tersebut, yang juga dikenali  sebagai `Mutiara Laut China Selatan'  itu.

Terus-terang, saya agak sudah lama tidak ke Labuan.  Sudah lebih 10 tahun rasanya.  Terakhir saya berkunjung ke Labuan semasa saya menjadi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga Umno Labuan ketika itu.

Pada sebelah petang hari pertama, sekitar jam 4 petang, kami diberi jamuan minum petang oleh Ketua Pemuda Umno Labuan, En Mohd Rafi Alli Hassan yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Sementara pada malam pula, Ahli Parlimen Labuan, YB Rozman Isli, meraikan kami dengan makan malam di sebuah restoran `seafood' ala kampung. Jamuan sungguh istimewa, apalagi dengan kehadiran dan layanan Ahli Parlimennya sendiri.

MP baru ini seorang yang cepat mesra, maka tidak hairanlah beliau disayangi oleh masyarakat setempat. Beliau memberi taklimat kepada saya mengenai pembangunan Labuan dan  perancangan masa depan.

Keesokan harinya, 4 April, kami mengadakan mesyuarat di Majlis Perbandaran Labuan. Bilik mesyuaratnya bertaraf `first class'. Rombongan kami berangkat pulang pada sebelah petangnya.

Hasil daripada kunjungan singkat dan taklimat ringkas yang diberikan, saya boleh merumuskan bahawa Labuan kini sudah berubah wajah. Kemajuannya begitu ketara berbanding dahulu. Malah, dalam tempoh kira-kira 10 tahun daripada kunjungan terakhir saya itu, saya dapat melihat begitu banyak perubahannya.

Inilah rahmat dan kebaikan hubungan langsung dengan Kerajaan Persekutuan. Banyak peruntukan telah disediakan oleh kerajaan. Anjakan pembangunannya begitu pesat setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kemudian diikitiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.

Hari ini, Labuan yang merangkumi keluasan 98 km persegi, dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa dengan dilengkap pelbagai kemudahan untuk rakyat termasuk dalam bidang pendidikan, telekomunikasi, kesihatan dan banyak lagi.

Popular dengan status sebagai pulau bebas cukai, Labuan antara lain mempunyai pusat matrikulasi, kampus UMS-KAL dan hospital nukleus.

Daripada pengamatan saya, dengan melihat pembangunan di pusat bandar Labuan, sememangnya pulau ini berpotensi untuk berkembang pesat. Antara potensinya yang amat besar termasuk dalam sektor minyak dan gas.Sektor pelancungan juga diberi tumpuan.

Sebab itu saya katakan kepada MP Labuan, segala-galanya ada di Labuan dan cabaran masa depan ialah untuk menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi kepada anak-anak tempatan. Potensi perlu diterokai, kelebihan harus dimanfaatkan. Kerana yang penting pembangunan Labuan dapat dimanfaatkan oleh anak-anak tempatan.

Saya yakin lagi optimis, YB Rozman sebagai orang muda, dengan karismatik pimpinannya, mampu memenuhi aspirasi warga Labuan.

Wednesday, April 2, 2014

PENGURANGAN SUBSIDI LANGKAH BETUL: SALLEH

KOTA BELUD, 2 April (Bernama) -- Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, mempertahankan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengurangkan program subsidi Malaysia, sambil berkata "ia merupakan langkah ke arah yang betul dan harus dipuji".

Beliau menyuarakan keyakinan bahawa pengurangan subsidi akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat, bukan mereka yang memperalatkan skim itu.

"Ini sememangnya satu langkah ke arah yang betul, tetapi merupakan langkah yang berkemungkinan besar ditentang oleh pembangkang.

"Pembangkang sentiasa menentang kerajaan hanya semata-mata untuk membangkang, meskipun kerajaan melakukan perkara yang betul.

"Inilah tugas pembangkang yang disangka oleh rakyat Malaysia, iaitu menentang kerajaan dalam setiap langkah," katanya kepada Bernama apabila dihubungi hari ini.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, berkata demikian ketika mengulas pengumuman Najib di Parlimen semalam bahawa penjimatan daripada pengurangan subsidi akan disalurkan kepada pembangunan negara untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Perdana Menteri juga disebut sebagai berkata bahawa pendapatan itu akan juga digunakan bagi projek-projek tambahan, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Najib selanjutnya menjelaskan: "Apabila 'revenue base' (asas hasil) bertambah, banyak projek termasuk pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan. Kerajaan komited meneruskan rasionalisasi subsidi bagi membantu melonjak ekonomi negara.

"Peruntukan pembangunan setahun sekarang dalam lingkungan RM46 bilion, dan subsidi dan insentif sudah cecah RM43 bilion tahun lepas. Sudah tentu ini satu belanja yang berat sebelah, oleh itu, adalah wajar kerajaan laksanakan rasionalisasi subsidi secara mampan."

Salleh berkata mereka yang mempertahankan subsidi sering kali menonjolkan barangan atau perkhidmatan yang telah dihasilkan atau pekerjaan baharu yang diwujudkan.

"Apa yang biasanya mereka tidak akui ialah faedah kepada masyarakat jika wang itu dibelanjakan bagi perkara yang lain. Unggulnya, kerajaan akan berusaha untuk mengatur perbelanjaannya untuk mencapai pulangan bagi masyarakat, yang kira-kira bersamaan dengan setiap ringgit yang dibelanjakan," tegasnya.

Sambil menyebut subsidi beras sebagai contoh, Salleh berkata pakar-pakar ekonomi berhujah bahawa subsidi beras memberi faedah kepada orang tengah, pengeluar atau pengguna.

"Justeru itu, meskipun ada sedikit faedah bagi pengeluar atau pengguna, yang meraih lebih faedah ialah orang tengah.

"Apa yang masuk ke dalam saku kumpulan sasaran dan apa yang sebenarnya dibelanjakan oleh kerajaan amat tidak seimbang. Subsidi bagi pembelian hasil keluaran, dengan mengurangkan kos pengeluar, boleh memberi manfaat, tetapi hanya jika bekalan terhad.

"Jika penjual barangan bersubsidi mempunyai monopoli, atau jika bekalan produk itu terhad, maka subsidi itu akan hanya memperkaya orang tengah," kata bekas Ketua Menteri Sabah itu, sambil menambah bahawa subsidi boleh merosakkan keseimbangan ini.

THE CHANGING WORLD TREND

By SALLEH SAID KERUAK

 A recent report in the UK regarding approval ratings of the various leaders throughout the world revealed that in most countries the approval rating of its leaders rarely exceed 40%. Most approval ratings hover around just 30% or so. Any approval rating of 40% would be considered as quite impressive.

The more advanced and the more affluent (and the more educated) a country becomes the lower the approval rating of that country’s leaders. This can be considered a normal world trend. You cannot educate your citizens and at the same time expect their approval of the government to remain high.

This is the downside of an educated population. And the state of Kerala in India would be one such an example, which boasts a literacy rate of almost 100% and which chose socialism as its form of government instead of voting the more ‘popular’ federal government.

As citizens become more affluent and depend less on the government, they would invariably turn anti-establishment as well. 

The largest and richest workers’ union in the UK has just announced it may no longer support the opposition Labour Party in the 2015 General Election. This does not mean it will support the ruling party either. It may, instead, support a third alternative, the first time this is happening in many decades.

The fact that in Malaysia most of the urban seats fall to the opposition while the less affluent rural constituencies vote ruling party is evident that education and wealth also breed anti-establishment tendencies. It is a normal phenomenon all over the world, even in advanced countries like the US and the UK.

Umno and Barisan Nasional need to recognise this ‘normal’ trend and find ways to address the needs of the younger generation of voters (meaning, of course, the urban voters) whose expectations are very different from Merdeka generation Malaysians. Old politics no longer attract the new voters as governments all over the world have discovered.

This is going to be the challenge faced by the Barisan Nasional government in the 14th General Election expected in 2018 or so. In fact, this is also going to be the same challenge faced by Pakatan Rakyat, which is the government in some of the states -- that is, how to satisfy the needs of the younger generation of voters.

Tuesday, April 1, 2014

THE OTHER SIDE OF SUBSIDIES

By SALLEH SAID KERUAK

Today, Prime Minister Najib Tun Razak told Parliament that gains from the ongoing subsidy rationalisation would be channelled for national development to improve the wellbeing and quality of life of the people. The gains would also be utilised for supplementary projects, particularly in Sabah and Sarawak, the Prime Minister told Parliament.

The Prime Minister explained, “When the revenue base expands, many projects, including infrastructure development, can be implemented. The government is committed to carrying on with the subsidy rationalisation to help boost the national economy.”

“The annual development allocation now stands at RM46 billion, and subsidies and incentives touched RM43 billion last year. Of course, this is inequitable. As such, it is only proper for the government to implement a sustainable subsidy rationalisation.”

This is certainly a step in the right direction but a step that the Opposition would most likely oppose. But then the Opposition will always oppose the government for the sake of opposing even when the government does the right thing. This is what Malaysians think the job of the Opposition is, to oppose the government every step of the way.

People who defend subsidies often highlight the goods or services that have been produced or the new jobs created. What they do not normally acknowledge is the benefits to society if that money had been spent in other ways. Ideally, a government would strive to structure its expenditures so as to achieve a return to society that is roughly similar for each ringgit spent.

Subsidies can easily upset this balance.

Many subsidies are defended as benefiting disadvantaged groups, or groups the politicians have us believe are disadvantaged. Some subsidies do, of course. However, even those that do benefit certain disadvantaged groups often benefit richer people or companies even more.

Let us take the rice subsidy as one example. Does it benefit the rice farmer or does it benefit the rice miller cum rice trader? For a long time now economists have argued that rice subsidies benefit the middleman rather than the producer or the consumer. Hence, although there may be some benefit to the producer or to the consumer, the middleman benefits even more.

What ends up in the pockets of the target group and what the government actually spends is extremely lopsided. Subsidies for the purchase of produce, by lowering the producer's costs, can reap benefits but only if the supply is unlimited. If the seller of the subsidised good is a monopoly, or there is a limited supply of the produce, then the subsidy will mainly enrich the middleman.

Subsidies themselves create a pool of money out of which recipients can influence the very political process that channels money to them in the first place. In many instances, subsidies redistribute wealth from a large number of contributors to a smaller number of beneficiaries.

Hence I believe the Prime Minister is correct in rationalising Malaysia’s subsidy program so that it benefits the people it is supposed to benefit and not the people who exploit the scheme.

PEMILIHAN PKR: SATU LAGI DRAMA LAKONAN ANWAR

Oleh SALLEH SAID KERUAK

SEKALI lagi pembangkang bermain wayang. Selepas dua PRK, kini  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatur skrip baru, untuk mengalih-pandang, dari rasa kecundang gagal menjadi calon di Kajang, dan rasa kecewa dengan sokongan dingin di Balingian.

Skrip barunya adalah untuk pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mei depan.  Dia bertanding jawatan Presiden PKR, mencabar isterinya,  Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 

Sandiwara yang ditayang-tayang ini cukup hebat.  Maha hebat daripada kisah Singapura dilanggar todak. Bagaimana mungkin sepasang suami isteri, yang tinggal sebumbung dan tidur sebilik, bersaing satu-lawan-satu di pentas politik, merebut satu jawatan, jawatan Nombor Satu.

Mungkin alasan Amwar, ia sebagai petanda demokrasi subur dalam parti, untuk mengaburi para ahlinya. Tapi niatnya tetap dilihat kabur.

Membaca skrip baru Anwar ini, ada dua kebarangkalian jelas. Pertama, untuk mencapai cita-cita politik yang tinggi melayang-layang. Kedua, kerana ketakutan diburu bayang-bayang sendiri dari kerisauan PKR dikuasai orang lain.

Pencalonan  Anwar dan Azizah untuk jawatan Presiden PKR jelas menunjukkan parti itu hakmilik mutlak Anwar. PKR adalah Anwar dan Anwar adalah PKR. Kerana dia menentukan segala-galanya, bukan Azizah. Azizah berada di tempatnya hanya pada nama saja, sementara penyokong-penyokong fanatik Anwar tetap akan mengikut telunjuknya serta menjulangnya sebagai pelakon hero pujaan.

Sementara menunggu hari pemilihan, kemungkinan akan ada babak-babak baru drama yang ditayangkan. Tapi jelas, pertandingan ini hanya untuk mengaburi mata para ahli parti. Dan pada akhirnya, Azizah akan  kekal di situ kerana sesuatu yang tidak masuk akal bagi Anwar menentang isterinya sendiri.

Sebagai seorang isteri yang setia, Azizah akan menjadi penyelamat kepada suaminya. Dia akan berkorban apa saja untuk Anwar kerana hanya dia yang maha mengetahui rahsia sebenar Anwar, di dalam gelap mahupun terang.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, sudah tentulah orang itu yang mendapat `green light' Anwar demi survival politiknya.  Antara penyandang Azmin Ali dan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sudah tentu pilihan `endorsement' itu akan berpihak kepada Azmin yang banyak mengetahui rahsia Anwar.

Kemenangan Azmin sesuai dan selari dengan skrip yang ditulis Anwar, justeru Khalid pasti akan `dikalahkan' dengan apa cara sekali pun kerana dia dikatakan sudah `berlagak dan tidak dengar cakap taukeh'.
Bermakna, selepas Khalid tewas dalam persaingan Timbalan Presiden, maka skrip baru Anwar adalah untuk melucutkannya daripada kerusi MB dan menggantikannya dengan Azizah, sebagai platform `langkah Kajang' menuju ke Putrajaya.

Sementara Azmin akan terus setia dan menjadi `pak turut' kepada Anwar dengan harapan selepas Azizah, dia boleh merasai empuk kerusi MB Selangor, tanpa menyedari bahawa selepas Azizah itu sebenarnya Nurulizzah sedang mengekori rapat dan mengikut jejak, berdasarkan skrip yang ditulis oleh Anwar.

Dalam senario lain, jika Anwar menjadi Presiden menggantikan Azizah, maka Azmin sebagai timbalannya boleh menjadi `penyelamat' jika Anwar gagal dalam proses rayuan di mahkamah dan terlucut jawatan. Jika Azmin menjadi pemangku presiden, dia tidak akan mengambil sesuatu keputusan tanpa merujuk Anwar, berbanding Khalid yang dilihat lebih lantang dan pandai-pandai membuat perhitungan sendiri. Anwar membaca dan mengetahui semua ini.

Anwar adalah pelakon politik yang bijaksana. Dia tidak akan berubah sejak dulu, kini dan selamanya. Kalau kita mengikuti perjalanan politiknya, amat mudah untuk kita baca dan fahami.  Politiknya hanya bermain isu dan bukan perjuangan dalam ertikata sebenar. Dia hanya mengikut nafsu dan selera politiknya semata-mata.

Dia adalah penulis skrip, pengarah, pelakon dan penerbit drama politik yang berlaku hari ini, khususnya dalam PKR.  Tetapi jalan cerita drama ini sama seperti cerita-cerita dahulu. Penuh suspen, tapi `ending'nya tetap sama -- untuk survival politik Anwar -- maka suatu hari nanti, masyarakat pasti akan bosan dengan drama ulangtayang yang sama ini!.