Translate

Friday, March 31, 2017

Lim Kit Siang sepatutnya dilantik jawatan Pengerusi Pakatan Harapan


1. Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan memandangkan DAP memiliki 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN. Ternyata DAP parti terbesar dan terkuat dalam Pakatan Harapan.

2. PKR pula memiliki 27 kerusi Parlimen dan 48 kerusi DUN. PAN memiliki 6 kerusi Parlimen dan 7 DUN. Akhir sekali Pribumi hanya memiliki satu kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN.

3. Apabila Lim Kit Siang cuba melantik pemimpin PKR, PAN atau Pribumi bagi menduduki jawatan Pengerusi Pakatan Harapan maka timbul tanda tanya apakah ini agenda beliau untuk sekali lagi memperdaya para pengundi Melayu.

4. Jika Lim Kit Siang enggan menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan dan sebaliknya melantik seorang Melayu untuk duduki jawatan tersebut maka ia akan memberi gambaran ianya hanya Pakatan Ali Baba.

No comments: