Translate

Wednesday, May 24, 2017

SIAPA CALON PM BAGI PAKATAN HARAPAN

Salleh Said Keruak

1.  DAP akan menentukan siapa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan ambil alih PutraJaya. Ini adalah atas sebab DAP mempunyai kerusi parlimen yang terbesar dalam Pakatan Harapan. Kedudukan DAP dalam Pakatan sama saperti kedudukan UMNO dalam Barisan maka sebab itu UMNO duduki jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

2.  Amalan ini adalah konvensyen politik tanahair maka atas dasar inilah Perdana Menteri telah mengatakan pada Disember 2016 bahawa PRU 14 sebenarnya adalah bagi rakyat Malaysia untuk memilih antara "UMNO-led government" atau "DAP-led government".

3.  Perdana Menteri kita dengan bijak telah membaca dan menganalisa terhadap cara permainan dan percaturan politik yang dibuat oleh parti DAP. Beliau tahu bahawa Lim Kit Siang sangat takut jikalau orang Melayu tahu bahawa DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan dan DAP yang buat keputusan2 penting ataupun "last word".

4.  Maka sebab itulah DAP mengalakkan parti Melayu contohnya Pribumi yang hanya miliki satu kerusi parlimen untuk mempamerkan cita2 mereka untuk jadi Perdana Menteri. Ini merupakan strategy DAP untuk mempamerkan "malay face" sebagai satu propaganda politik.

5.  Perdana Menteri kita jauh lebih cekap daripada Lim Kit Siang dalam gerak langkah percaturan politik pada masa ini. Sebab itu Dato Sri Najib lebih layak untuk memimpin negara daripada Lim Kit Siang.

No comments: