Translate

Saturday, June 24, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salleh Said Keruak

Kita meraikan penghujung Bulan Ramadan,  di mana umat Islam sepatutnya menahan, menghalang dan memperlihatkan keimanan dan ketakwaan. Ramadan adalah bulan yang kita teruskan menahan nafsu dan keinginan, kita buang keangkuhan dan kemarahan kita, kita tunjukkan kesederhanaan dan kerendahan hati, kita mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain, dan kita luangkan masa memikir dan cermin perbuatan dan amalan kita .Malah amalan mendekatkan diri kepada Allah atau muraqaba adalah perkara yang dituntut yang perlu diamalkan oleh Umat Islam dalam masa puasa.

Hari pertama Syawal merupakan hari menyambut kemenangan pada bulan Ramadan - kemenangan ke atas diri kita sendiri yang boleh dianggap sebagai jihad kecil. Semasa Ramadan kita bukan hanya menahan diri daripada makan, minum dan merokok, tetapi juga menahan daripada melukai atau menyakiti hati orang lain, baik secara fizikal, secara lisan atau emosi. Dan Syawal adalah hari di mana kita meminta pengampunan dan mengampuni segala pelanggaran kita, sama ada secara sengaja atau sebaliknya.

Malangnya, tidak semua umat Islam memahami semangat Ramadan dan Syawal,  bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Konflik dan permusuhan berterusan dan kita beri ruang kepada ego, kebencian dan kemarahan menyelebungi kebijaksanaan mengadili atau menghakimi. Ini tidak selaras dengan amalan Islam, dan bukan ini yang diiyakan dalam bulan Ramadan dan Syawal. Oleh itu marilah kita merayakan Syawal sebagai hari kedamaian dan pengampunan, bukan hanya untuk umat Islam tetapi untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

No comments: