Translate

Wednesday, July 19, 2017

PENGUNDI FELDA DALAM PRU KE-14


Salleh Said Keruak

1. Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

2. Tujuannya adalah untuk membasmi kemiskinan orang Melayu melalui rancangan pembangunan tanah dengan penanaman tanaman sawit dan getah.

3. Sejak penubuhannya, Felda membangun pesat dengan memiliki 850,000 hektar tanah tanaman, 38 buah anak syarikat, 75 buah kilang minyak kelapa sawit, dan 7 buah kilang pengekstrak minyak kelapa sawit.

4. Dengan keluasan tanamannya, Felda menguasai 20% pasaran kelapa sawit di dunia dengan pendapatannya mencecah RM15 bilion setahun.

5. Felda sangat disayangi orang Melayu kerana kejayaannya memajukan orang Melayu dan mengubah taraf hidup golongan Melayu miskin di luar bandar.

6. Justeru sayangnya Melayu pada Felda, maka Felda selalu disinonimkan dengan deposit tetap Parti Pemerintah.Ini dapat dilihat dari keputusan PRU 2013.  Dalam pilihan raya ini, peratusan pengundi Felda yang mengundi UMNO/BN cukup signifikan: peratusan tertinggi ialah Sabah (92%), Johor (86%), Perlis (78%), Negeri Sembilan (77%), Perak (75%), Melaka (74%), Kedah (74%), Selangor (73%), Terengganu (67%), Pahang (67%), dan Kelantan (61%).

7. Dengan sokongan pengundi Felda kepada Pemerintah adalah satu tugas sukar untuk Pakatan Harapan memenangi kerusi Felda dalam PRU ke-14.

8. Ini kerana jasa Parti Pemerintah yang ditunjangi oleh UMNO yang memberi bantuan kewangan dan subsidi, bonus tahunan, menjaga kebajikan mereka, dan pelbagai bantuan lain.  Jasa ini memberi keyakinan kepada mereka bahawa Parti Pemerintah adalah parti terbaik untuk mengurus negara.

9. Dengan keyakinan pengundi Felda kepada Pemerintah ini, maka hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda adalah angan semata.  Ini kerana warga Felda menyedari memberi sokongan kepada Pakatan Harapan boleh menjejaskan masa depan mereka.

Monday, July 17, 2017

MRT: KEMUDAHAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT


Salleh Said Keruak

1. Hari ini PM akan merasmikan pembukaan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km yang akan memberi manfaat kepada 400,000 penumpang setiap hari.

2. Projek MRT Sungai Buloh-Kajang dengan kos RM21 bilion ini mula dibina pada 8 Julai 2011, dan akan memberi perkhidmatan kepada seramai 2 juta penduduk ibu kota.

3. Pembinaan MRT ini membuktikan empat perkara.  Pertama, kerajaan sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama pemerintahannya. Kedua, kerajaan tidak mendiskriminasikan negeri yang dikuasai oleh parti yang tidak sehaluan dengannya.

4. Ketiga, pembinaan MRT ini membuktikan kecemerlangan kerajaan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisien kepada rakyat di ibu negara.  Keempat, kita mempunyai kemudahan sistem pengangkutan awam yang setanding dengan negara maju.

5. Dengan terbinanya MRT ini, maka manfaatnya banyak sekali untuk rakyat. Antaranya ialah menjimatkan masa dan kos perjalanan.

6. Selain itu, penggunaan MRT ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.  Ini kerana MRT mengurangkan 160,000 kenderaan memasuki bandar setiap hari.  MRT ini juga dapat mengatasi pencemaran udara, mengurangkan pencemaran alam dan memudahkan perjalanan kerana mempunyai jadual perjalanan yang telah ditetapkan.

7. Justeru pelaburan kerajaan yang tinggi dalam menyediakan kemudahan pengangkutan kepada rakyat, Indeks Persaingan Global 2016-2017 meletakkan Malaysia di tangga ke-11 teratas dalam kalangan 138 negara untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan.

8. Kedudukan Malaysia ini adalah lebih baik dari negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia (36), Thailand (37), Vietnam (63), Filipina (90) dan Laos (110).

9. Di akhir analisisnya, satu yang nyata ialah MRT ini adalah projek negara untuk rakyat. Walaupun kos pembinaannya tinggi, kerajaan tetap melaksanakan projek ini utk kesejahteran rakyat.Ini adalah cenderahati PM untuk negara. Dengan kejayaan ini, marilah kita sama-sama meraikan satu lagi simbol kejayaan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negara.

Sunday, July 16, 2017

The confusion about who is really heading Pakatan


Salleh Said Keruak

The press conference that Pakatan Harapan held a few days ago to clear up the confusion as to who is really heading the opposition coalition has, in fact, created even more confusion than it has cleared up. Now there are three heads of Pakatan Harapan with no clear indication of where the buck stops. It appears like they are just giving three different titles to basically three people performing the same function.

The political reality, however, is that the party that holds the most number of seats in Parliament becomes the Prime Minister and Deputy Prime Minister. In Barisan Nasional’s case this would be Umno, mainly because Umno holds the most number of seats. In Pakatan Harapan’s case, DAP would be the one that holds the most number of seats. And this would mean DAP will get to decide who becomes PM and DPM and not Tun Dr Mahathir Mohamad or Anwar Ibrahim, as they are trying to suggest.

This is what Pakatan Harapan is trying to hide from Malaysians.Pakatan Harapan is saying that Anwar will be the PM but in the meantime there will be a temporary PM until Anwar gets released from jail.

Kit Siang wants the Malays to think that the PM and DPM will always be Malay. He knows that this is the only way the Malays will vote for Pakatan Harapan. But then, without PAS, Pakatan Harapan is not going to get Malay votes that easily. Furthermore, DAP will still decide who gets to become the PM and DPM. And Mahathir thinks he is the glue that holds Pakatan Harapan together in spite of their many differences. But then his party, PPBM, has only one seat and does not really have power to say much.

WITHOUT PAS, IS THE OPPOSITION STILL STRONG?


Salleh Said Keruak

1. When DAP fought on its own strength in past general elections, its achievement was far from encouraging. In the 1969 general election, when the opposition then performed well, DAP secured only 13 seats, 1974 (9), 1978 (16), 1982 (9), 1986 (24), 1990 (20), 1995 (9).

2. The great achievement of DAP in national politics was only achieved in the 2008 general election when it struck a political cooperation with PAS. In this GE, DAP won 28 seats and PKR (31). In the 2013 general election, with continued cooperation with PAS, DAP captured 38 seats and PKR (30).

3. Now, when PAS is no longer with the opposition coalition, is the opposition still strong?

4. In 2013 general election,  84.84%  of the 13,268,002 registered voters cast their votes. The overall result showed that the BN accumulated (5,237,699 votes), PKR (2,254,328 votes), PAS (1,633,389 votes), DAP (1,736,267 votes), and the rest secured by other parties. In terms of number of seats, PKR won 30 seats, PAS 21 seats and DAP 38 seats.

5. The great achievements of DAP and PKR in the 2008 and 2013 GE weredue to the support of PAS who was then an ally in the Pakatan Rakyat. Without the support of PAS voters, of course DAP and PKR would not have achieved this victory. Without the support of PAS, DAP and PKR would not be formidable anymore.

6. Imagine without PAS, 70% of PAS voters in the 2013 general election will no longer vote for the opposition pact? With this shift of votes, the strength of the opposition is certainly weakened/lame.

7. PKR and Amanah cannot help the opposition to draw Malay votes. This is because both parties have no strong political base and their affiliation is fragile. With this shortcoming, the newly-formed Pakatan Harapan would  not get the confidence of the voters.

8. With this scenario, the dream of Pakatan Harapan to capture Putrajaya in the 14th General Election seems to be just that, a dream.

9. Indeed, history shows that PAS is the key to the strength of the opposition just as UMNO is the backbone of BN's strength. Now, the reality is that the DAP is the key to the Pakatan Harapan.

TANPA PAS, KUATKAH PEMBANGKANG?


Salleh Said Keruak

1. Dahulu ketika DAP bertanding sendirian, pencapaiannya adalah jauh dari memberangsangkan.  Dalam PRU 1969 semasa pembangkang menang besar, DAP hanya memenangi 13 kerusi, 1974 (9), 1978 (16), 1982 (9), 1986 (24), 1990 (20), 1995 (9).

2. Pencapaian besar DAP dalam politik negara hanya tercapai dalam PRU 2008 apabila bekerjasama dengan PAS.  Dalam PRU ini, DAP memenangi 28 kerusi dan PKR (31).  Dalam PRU 2013, dengan meneruskan kerjasama bersama PAS, DAP memenangi 38 kerusi dan PKR (30).

3. Sekarang, setelah PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang, apakah pembangkang masih kuat?

4. Dalam PRU 2013, seramai 84.84% keluar mengundi daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar.  Keputusannya BN memperolehi (5,237,699 undi), PKR (2,254,328 undi), PAS (1,633,389 undi), DAP (1,736,267 undi), dan selebihnya parti-parti lain.  Dalam bentuk kerusinya ialah PKR memenangi 30 kerusi, PAS 21 kerusi dan DAP 38 kerusi.

5. Pencapaian besar DAP dan PKR dalam PRU 2008 dan PRU 2013 adalah kerana sokongan PAS yang bergabung dalam Pakatan Rakyat. Tanpa sokongan pengundi PAS, tentunya DAP dan PKR tidak mencapai kemenangan ini. Tanpa sokongan PAS, tentunya DAP dan PKR tidak akan kuat lagi.

6. Bayangkan tanpa PAS, sejumlah 70% pengundi PAS dalam PRU 2013 tidak lagi  mengundi pakatan pembangkang?  Dengan peralihan undi ini sejumlah ini, kekuatan pembangkang tentunya tempang.

7. PKR dan Amanah tidak boleh membantu pembangkang untuk menarik undi Melayu.  Ini kerana kedua-dua parti ini tidak mempunyai tapak politik yang kukuh dan gabungan mereka rapuh. Dengan kekurangan ini, tentunya Pakatan Harapan yang baharu ditubuhkan tidak mendapat keyakinan pengundi.

8. Dengan senario sebegini, nyatalah impian Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya dalam PRU ke-14 semakin jauh.

9. Sesungguhnya, sejarah menunjukkan PAS adalah tunjang kepada kekuatan pembangkang seperti mana UMNO adalah tunjang kepada kekuatan BN. Kini realitinya,DAP adalah tunjang kpd Pakatan Harapan.

Friday, July 14, 2017

DI MANA DAP DALAM BARISAN KEPIMPINAN PAKATAN PEMBANGKANG?


Salleh Said Keruak

1. Senarai barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang diumumkan semalam menimbulkan tanda tanya.

2. Ini kerana antara tiga jawatan tertingginya—Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden, tidak dinyatakan siapakah yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan.

3. Satu lagi pertanyaan ialah kenapa DAP tidak memegang salah satu jawatan tertinggi, sedangkan DAP mempunyai bilangan Ahli Parlimen terbanyak dalam Pakatan ini?

4. Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu ?

5. Biar apapun strategi pakatan pembangkang, kemunculannya tetaplah tidak sama dengan BN yang telah teruji kerjasama antara kaumnya dan sikap tolak ansur pemimpinnya tanpa mengabaikan prinsip-prinsip parti.

6. Sebaik sahaja mengumumkan barisan baru kepimpinannya, pakatan pembangkang ini telahpun memberikan janji politik yang hendak dilakukan dalam tempoh 100 hari setelah berkuasa.

7. Daripada terus berjanji, adalah baik bagi pakatan pembangkang ini menamakan dahulu Perdana Menteri pilihan mereka.  Pelik rasanya apabila ditanya hal ini oleh pemberita, Pengerusinya menjawab: kita isytiharkan PM kelapan dahulu.  PM ketujuh kita tentukan kemudian.

8. Dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sebegini, bolehkah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menerajui negara?  Tentunya tidak kerana masa depan negara bukanlah untuk diperjudikan.

Wednesday, July 12, 2017

BEZANYA DEMOKRASI DAHULU DAN SEKARANG


Salleh Said Keruak

1. Ada pihak yang mendakwa pemerintahan sekarang tidak demokratik.

2. Bagi membuktikan dakwaan ini, maka Akta SOSMA, POTA, dan MKN digunakan sebagai bukti negara ini tidak demokratik.

3. Dakwaan tersebut adalah putar belit fakta.  Ini kerana akta-akta di atas adalah akta pencegahan yang memenuhi peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan negara.

4. Akta sebegini adalah hard power yang digunakan oleh semua negara di dunia ini, baik itu negara demokratik atau negara komunis.

5. Dahulu akta pencegahan ini kerap digunakan.  Misalnya, ISA digunakan dalam tragedi Memali pada tahun 1985, digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang dan akitivis NGO dalam Operasi Lalang pada tahun 1987, dan digunakan untuk menyekat cabaran Anwar Ibrahim terhadap kepimpinan negara pada tahun 1998.

6. Bezanya ialah dahulu akta ini digunakan untuk mengekalkan kuasa kepimpinan pemerintah, tetapi sekarang ini, akta pencegahan ini digunakan untuk mengawal keselamatan negara.

7. SOSMA  masih membenarkan andaian ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, dan boleh dicabar di mahkamah, bukannya seperti ISA yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara.

8. SOSMA tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya seperti mana ISA.  Pada 20 Mei 2013, Mahkamah Tinggi telah memutuskan dalam kes penahanan Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Muhammad Hilmi Hasim bahawa Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai bagi tindakan ancaman keselamatan di Malaysia.

9. Jelasnya SOSMA itu bukan ISA.  Pertanyaannya, apakah pemerintah dahulu yang menahan lawan politiknya di bawah ISA itu demokratik, manakala kerajaan sekarang yang menghapuskan ISA sebagai tidak demokratik?

10. Kita perlu bersikap adil dalam menilai hal ini.  Ini kerana kerajaan pada hari ini lebih demokratik dalam menjalankan tanggunjawabnya untuk negara.

Saturday, July 8, 2017

If Anwar was really unjustly jailed then apologise for it


SALLEH SAID KERUAK

Tun Dr Mahathir Mohamad’s statement that Anwar Ibrahim was unjustly convicted for sodomy and that the decision of the court was influenced by the government was both shocking and comical at the same time. In essence, Mahathir is saying that Anwar was fixed up by a corrupt judiciary and that the judges are dishonest. That alone tantamount to contempt of court and saying so in a UK press interview is nothing short of trying to smear the image of the country.

The onus, therefore, is on Mahathir to prove what he alleges and prove he genuinely and sincerely believes that Anwar is a victim of a political conspiracy by apologising to Anwar for everything he has said about and done to Anwar since 1998. It is pointless to allege that Anwar was convicted for a crime he never committed and yet not make amends for it by at least saying sorry.

Failure to do the right thing by apologising for what Mahathir says was an injustice done to Anwar would prove what Prime Minister Najib Tun Razak said, which is Mahathir fears the Royal Commission of Inquiry (RCI) that is investigating Bank Negara’s RM30 billion losses gambling on the forex market. Mahathir’s main concern is that Anwar will testify against him and that the truth behind the RM30 billion losses would be revealed. This, therefore, is merely a move by Mahathir to appease Anwar and was not made sincerely.

Friday, July 7, 2017

FAKTA POLITIK PERLU TEPAT


Salleh Said Keruak

1. Dalam berpolitik, faktanya perlu tepat.  Fakta tepat ini penting untuk imej negara, keyakinan pelabur kepada negara dan kestabilan politik negara.

2. Dalam berpolitik kita boleh berbeza pendapat, tetapi dalam soal menjaga negara, itu adalah tanggungjawab kita semua.

3. Sebab itu apabila kita mahu memberi komen tentang ekonomi negara, adalah salah jika kita mendakwa kedudukan ekonomi negara merudum dan bankrap.  Dakwaan ini jauh dari fakta yang betul.

4. Sekarang di bawah kepimpinan Najib Razak, fakta menunjukkan ekonomi negara semakin kukuh.  Trading Economics 2017 melaporkan GDP negara berkembang pada kadar 5.6% pada suku pertama tahun ini berbanding tahun 1998 (-7.36%), 2008 (3.32%) dan 2009 (-2.53%).

5. Dengan data sebegini, saya hairan apabila ada pihak yang melabelkan ekonomi negara merudum dan bankrap.

6. Fakta tepat ini perlu untuk menjaga imej negara dan pemimpin negara.  Kita boleh tidak bersetuju dengan pemimpin, tetapi mempotraitkan gambaran yang tidak betul tentang perbuatan baik pemimpin adalah moral politik yang salah.

7. Misalnya, PM kita dituduh boros dan merugikan wang rakyat kerana kerap ke luar negara.

8. Ini adalah fakta yang salah kerana PM kita ke luar negara untuk menarik pelaburan luar, bukannya melancong.  Misalnya, lawatan PM ke India menghasilkan nilai pelaburan sebanyak RM159 bilion. Lawatan PM ke China pula menarik masuk pelaburan China bernilai RM144 bilion.

9. Dengan hasil pelaburan langsung asing sebanyak ini, kita membangunkan Projek Pelabuhan Pulau Carey yang bernilai US$9.39 bilion, Robotic Future City di Johor Bahru seluas 404.6 hektar yang bernilai RM15 bilion dan lainnya.

10. Hasil dari pembinaan projek ini, rakyat mempunyai pekerjaan dan ekonomi negara bergerak maju.

11. Justeru, saya hairan apabila ada pihak menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara gagal.  Bagaimana gagal jika laporan World Competitiveness Yearbook 2017 mencatatkan Malaysia berada di kedudukan 24 daripada 63 negara paling berdaya saing di dunia berbanding negara-negara Asean lain seperti Thailand di tangga 27, Filipina (41) dan Indonesia (42).

12. Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja dan Brunei tidak termasuk dalam senarai 63 buah negara ini.

13. Politik dengan fakta yang tidak tepat ini perlu kita hentikan.  Ini kerana fakta palsu boleh memberi impak kepada pembangunan dan keselamatan negara.

Wednesday, July 5, 2017

KEAMANAN DAN KEGEMBIRAAN RAKYAT MALAYSIA: KUATNYA FITNAH PEMBANGKANG


Salleh Said Keruak

1. Politik hari ini penuh dengan fitnah parti pembangkang tentang politik negara.

2. Antaranya mereka menuduh negara Malaysia tidak aman dan kehidupan rakyat tidak sejahtera.  Tujuannya adalah menakutkan dan menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

3. Tuduhan pembangkang ini jauh dari fakta sebenar.  Jika kita memberikan data sebenar dari laporan kerajaan, mereka menyatakan data itu tidak boleh dipercayai.

4. Bagaimana pula jika saya berikan data dari laporan indeks keamanan negara dengan menggunakan data Indeks Keamanan Global 2017 (Global Peace Index).  Data ini diterbitkan oleh Institute for Economics and Peace dan diterima pakai di seluruh dunia untuk mengukur tahap keamanan sesebuah negara.

5. Global Peace Index (GPI) menggunakan 22 indikator untuk mengukur tahap keamanan ini.  Antaranya ialah bilangan konflik yang berlaku dalam dan luar negara, bilangan kematian yang berlaku akibat konflik, tahap hubungan dengan negara jiran, aktiviti terorisme, ketidakstabilan politik, tahap keganasan jenayah, bilangan orang yang dipenjara bagi setiap 100,000 penduduk, bilangan anggota tentera dan polis bagi setiap 100,000 penduduk, kemudahan rakyat mendapatkan senjata dan beberapa lagi.

6. Dengan menggunakan indikator ini, GPI meletakkan Malaysia di tangga 29 negara teraman di dunia dari 163 buah negara.  Indeks ini juga meletakkan Malaysia sebagai negara kelima paling aman di rantau Asia Pasifik selepas New Zealand, Australia, Jepun dan Singapura.

7. Kedudukan Malaysia ini lebih baik dari negara anggota Asean lainnya. Misalnya, Laos berada di tangga 48, Indonesia (52), Vietnam (59), Kemboja (89), Myanmar (104), Thailand (120), dan Filipina (138).

8. Kedudukan Malaysia yang aman ini juga adalah jauh lebih baik dari negara-negara kuasa besar seperti United Kingdom yang berada di tangga 41, Amerika Syarikat (114), China (116), dan Rusia (151).

9. Dengan data ini, apakah rasional parti pembangkang mendakwa Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dan tidak aman?  Kenapakah mereka tidak menghargai usaha kerajaan yang berjaya menjadikan Malaysia ini sebagai negara selamat dan sejahtera untuk rakyat?  Inilah yang menghairankan saya dengan fitnah berterusan parti pembangkang menafikan kejayaan negara kita.

10. Tidak hanya itu.  Pembangkang juga mendakwa rakyat negara ini tidak lagi gembira di bawah pemerintahan Najib.  Asas dakwaan mereka ialah kos hidup yang tinggi akibat pelaksanaan GST, rasuah yang berleluasa, jenayah yang tidak terbendung, dan lainnya.

11. Betulkah rakyat Malaysia tidak gembira dan hidup dalam suasana kecewa dan tertekan? Mengikut World Happiness Report 2017, Norway, Denmark, Iceland, Switzerland, Finland, Belanda, Kanada, New Zealand, Australia dan Sweden adalah sepuluh negara yang rakyatnya paling gembira di dunia.

12. Nilai kegembiraan ini diukur dengan menggunakan lapan indikator iaitu pendapatan GDP per kapita rakyat, sokongan sosial kerajaan, jangka hidup rakyat, kebebasan rakyat untuk membuat pilihan hidup, sikap kemurahan hati rakyat, kadar salah laku rasuah, tahap keyakinan rakyat dan sikap kemanusiaan rakyat.

13. Dalam laporan ini, kegembiraan rakyat Malaysia adalah di tangga 42 daripada 155 buah negara, jauh lebih baik dari negara Asean lainnya kecuali Singapura (26) dan Thailand (32).

14. Bagi negara Asean lainnya, Filipina berada di tangga 72, Indonesia (81), Vietnam (94), Myanmar (114), dan Kemboja (129).  Malah bagi negara maju, Poland berada di tangga 46, Itali (48), Rusia (49), Korea Selatan (55), dan Hong Kong (71).

15. Tidakkah data ini menunjukkan tahap kegembiraan dan kesejahteraan hidup rakyat bukanlah seperti yang digambarkan oleh parti pembangkang?  Inilah yang saya katakan betapa selama ini parti pembangkang memfitnah tentang kejayaan yang dicapai oleh negara kita.

16. Kita akui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk menjadikan negara kita terbaik dalam kalangan negara yang baik.  Itulah yang sedang kita lakukan sekarang.  Malangnya, dalam usaha kita mengorak langkah ke depan, pembangkang pula semacam histeria menyatakan negara kita lemah dan merudum jatuh ke belakang.

17. Semoganya catatan ini boleh memberikan gambaran sebenar kedudukan keamanan dan kegembiraan rakyat kita.  Data yang diberikan menunjukkan betapa selama ini kejayaan kita banyak diputar belitkan oleh pembangkang.  Kuatnya fitnah pembangkang

Monday, July 3, 2017

BILA AHLI PARLIMEN KLUANG BERKHAYAL DENGAN ANDAIAN


Salleh Said Keruak

1. Tulisan Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang dalam Malaysiakini pada 30 Jun 2017 tentang perancangan strategik Najib untuk terus kekal berkuasa selepas PRU 14 penuh dengan andaian.

2. Beliau mendakwa Najib yakin akan terus kekal berkuasa kerana tiga sebab: kecelaruan pembangkang, kerjasama BN-PAS, dan kejayaan program ekonomi Najib hasil peningkatan eksport dan hubungan baik dengan China

3. Dengan alasan itu, Chin Tong menyatakan Najib merancang untuk membubarkan Dewan Rakyat pada bulan September atau Oktober.

4. Tiga sebab keyakinan Najib Razak tentang kekuatan Umno-BN yang dinyatakan Chin Tong ada asasnya.

5. Pakatan pembangkang nyata bercelaru dan tidak bersatu. Semua tahu parti pembangkang ini hendak memilih calon PM pun tidak bersepakat dan itu belum lagi mengambil kira pembahagian bilangan kerusi dan kawasan yang hendak mereka tandingi.

6. Umno dan Pas dalam keadaan hubungan yang baik sekarang ini memang benar.Kerjasama ini terjalin kerana mahu menjaga kedaulatan negara dari diceroboh oleh campur tangan asing.Bekerjasama dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan negara dan bersetuju untuk menentang sesiapapun yang mensabotaj kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi.

7. Keyakinan Najib kepada kemakmuran ekonomi memang berasas. Laporan MITI mencatatkan kadar eksport meningkat 21.2 peratus pada April 2017 kepada RM298.65 bilion. Nilai dagangan antara Malaysia dan China pula adalah sebanyak RM433 bilion dan dijangka terus meningkat kepada RM694 bilion pada tahun berikutnya. Bank Dunia pula dalam laporannya bertajuk East Asia and Pacific Economic Update menyatakan peningkatan eksport perdagangan dan penumpuan negara dalam pembangunan infrastruktur melonjakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.3 peratus pada tahun 2017 dan akan terus berkembang kepada 4.5 peratus pada tahun 2018. Oleh itu, pencapaian ini semestinya memberi manfaat kepada kekuatan, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.  

8. Jadi, dengan kejayaan kita memajukan negara ini, apakah sebabnya yang membuatkan YB Liew Chin Tong menggelabah?  Tidak bersyukurkah kita dengan kejayaan yang telah negara kita capai?

9. Chin Tong mendakwa dengan tiga pencapaian ini, maka Najib merancang membubarkan Dewan Rakyat pada bulan September dan Oktober.  Dakwaan inilah yang saya maksudkan sebagai andaian kerana tidak sesiapa pun tahu bila Najib akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian.

10. Umno dan BN sekarang ini menumpukan masa untuk merancang pembangunan ekonomi negara bagi mensejahterakan kehidupan rakyat. Pembangkang pula berkhayal setiap hari untuk menunggu waktu pembubaran Dewan.

11. Seterusnya dengan menggunakan sumber khabar angin, Chin Tong menyatakan selepas PRU nanti, Najib akan menggugurkan beberapa menteri besar dan ketua menteri, dan akan memindahkan beberapa MB ke pusat.  Jika mengikut andaian Chin Tong, hampir semua MB akan terlibat dengan perancangan strategik ini—sama ada digugurkan atau dipindahkan ke pusat.

12. Tujuan Chin Tong menulis begini adalah untuk menunjukkan betapa Najib sudah tidak percaya kepada MBnya sendiri.  Inilah andaian Chin Tong untuk memportraitkan kedudukan Najib yang lemah, sedangkan hakikatnya Najib terus mendapat sokongan dari kalangan pemimpin Umno, pegawai kerajaan dan rakyat.

13. Bukan hanya itu, Chin Tong juga berandaian Najib akan mengenepikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi laluan kepada sepupunya DS Hishamuddin.   Selain itu, Chin Tong menyatakan Najib akan menyisihkan Setiausaha Agong UMNO Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa.

14. Begitulah dakwaan Chin Tong.  Dari mana beliau mendapat tahu perancangan strategik Najib ini, tiada siapapun yang tahu. Yang beliau tahu ialah sumber beliau “mengikut khabar angin” dan juga andaian beliau sendiri.

15. Realitinya ialah hubungan Najib dengan Timbalannya dan pemimpin-pemimpin Umno adalah rapat. Tidak ada air yang berkocak, malah Tengku Adnan dan Annuar Musa setia menjalankan tugas masing-masing.

16. Umno tidak ada masalah.  Yang ada masalah seperti yang diakui oleh Chin Tong sendiri ialah pembangkang.

17. Dalam analisis selanjutnya, Chin Tong mendakwa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat.  Alasannya kerana Najib terpalit dengan banyak isu seperti 1MDB, DOJ, FGV, dan isu syarikat China yang tidak lagi mahu melabur dalam projek mega negara.

18. Isu-isu yang dinyatakan oleh Chin Tong ini telah banyak dijawab oleh kerajaan.  Peguam Negara telah pun menjawab tentang isu 1MDB, Jabatan Keadilan Amerika belum lagi memulakan dakwaannya di Mahkamah Amerika, peneroka Felda setiap tahun menerima dividen dan bonus dari FGV, dan syarikat China masih terus terlibat dalam projek mega negara sama ada itu ECRL, Forest City dan lainnya.

19. Dalam dakwaan Chin Tong ini, sehinggalah bukti nyata dikemukakan di mahkamah undang-undang, apa juga tuduhan yang dihalakan kepada Najib, maka itu adalah dakwaan semata-mata yang bertujuan untuk membina persepsi rakyat.  Sekarang ini, nyatanya rakyat sudah bosan dengan tuduhan sedemikian dan hari demi hari, kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa kepada ketelusan kerajaan semakin meningkat.

20. Contohnya, sepanjang separuh tahun 2017 pelabur-pelabur asing daripada China, Arab Saudi dan India terus melabur dengan nilai keseluruhan pelaburan sebanyak RM366 bilion. Fakta ini menunjukkan masyarakat antarabangsa percaya dan yakin dengan kestabilanpolitik dan ekonomi negara.
 
21. Dengan dakwaan banyaknya kes yang dihadapi Najib, Chin Tong pun menyatakan sekiranya berlaku 15% peralihan sokongan Melayu, maka Umno-BN akan kalah di 40 kerusi parlimen di Semenanjung dalam pilihan raya akan datang.

22. Congakan ini cukup menghairankan.  Tidakkah Chin Tong tahu 15% peralihan sokongan undi Melayu itu bukannya akan pergi kepada parti pembangkang, tetapi akan beralih sokongannya kepada Umno-BN.  Ini kerana hubungan baik Umno-Pas sekarang ini cukup melegakan orang Melayu.  Malah mereka sudah hilang sokongan kepada parti pembangkang.

23. Di akhir analisisnya, adalah cukup menakjubkan apabila dengan fakta yang ada Chin Tong masih berandaian bahawa Umno-BN dan Najib Razak sudah kehilangan sokongan.  Sesungguhnya, andaian Chin Tong tentang perancangan stsrategik Najib memakan diri.

Sunday, July 2, 2017

What a dictatorship really means


SALLEH SAID KERUAK

The concept and dogma of a dictatorship started from the Greek and Roman eras and did not initially mean something negative but just meant the person who dictates. A dictator, which is a Roman concept, means a political leader who wields absolute power. During Roman times it was not the Emperor but the Magistrates who wielded this power. In fact, they had more power than even the Emperors themselves. So a dictator does not have to be the person right at the top.

The argument that there cannot be two dictators at the same time is also not true. Russia had Stalin and Lenin both dictators at the same time while during the French Revolution both Robespierre and Napoleon emerged as dictators of France. And China saw more than two dictators at the same time while, in Cuba, Che Guevara abandoned the revolution because he did not want to be a joint-dictator with Castro.

Kit Siang said the UMNO propaganda campaign of lies, fake news and false information is meant to demonise him. It is more like the other way around. Is it not Pakatan Harapan that is planning an anti-Najib roadshow this month to not only demonise Prime Minister Najib Tun Razak but his wife, Rosmah Mansor, as well? So who is spreading fake news and false information and misleading Malaysians on what is really happening?