Translate

Friday, July 28, 2017

BERPOLITIKLAH DENGAN HUJAH DAN FAKTA


Salleh Said Keruak

1. Lihatlah di Parlimen mana pun, debat politik tidak pernah sepi.  Ada sahaja isu yang dibahaskan.

2. Bagi Ahli Parlimen yang berkualiti, mereka menyampaikan hujah dengan tenang dan berfakta.  Bagi yang kurang berkualiti, mereka bukan sahaja tidak mempunyai fakta yang baik, tetapi sekadar mempunyai maklumat cakap dengar yang penuh andaian.

3. Justeru maklumatnya tidak kemas inilah, bagi menarik perhatian, apabila berhujah di Parlimen, cara cakapnya adalah sama seperti orang menjerit dan menempik.

4. Perlakuan sebeginilah yang menyebabkan Dewan jadi tegang dan kecoh.  Di luar negara, kekecohan sebegini kadangkala berakhir dengan tindakan melempar kasut, bergaduh dan bertumbuk.

5. Kita tentunya tidak mahu hal sebegini berlaku di Dewan kita.  Oleh itu, apabila berhujah di Dewan, tidak perlulah kita terlebih emosi sehingga menjerit dan menempik. Kebijaksaaan perlu ada dalam menyampaikan hujah dan pandangan.

6. Sampaikan sahaja hujah dengan tenang supaya Dewan kita tidak dilihat seperti pasar ikan.

7. Kita berpolitik untuk menggubal, mempertahan, dan meminda peraturan-peraturan bagi mengatur kehidupan bernegara.  Jadi, marilah kita lakukannya secara bersama biarpun mempunyai pandangan berlainan demi kebaikan rakyat dan negara.

No comments: